WILDAN | 48

2.1K 170 46
                                    

   Usai menjamu selera, Alisa dan Sarah berbual-bual sambil menunggu Puan Mardhiah datang. Tadi wanita separuh umur itu ada berpesan agar menunggunya sebelum pulang.

   "Akak!" Mellisa yang datang secara tiba-tiba membuatkan Alisa dan Sarah terkejut.

   "Mel ni. Terkejut tahu!" Sarah menampar lembut lengan Sarah yang berpaut pada bahunya.

   Mellisa tertawa. Tahu. Dia memang sengaja pun.

   "Sedap tak makanan ni?" Tanyanya.

   "Sedap! Siapa masak?" Tanya Alisa. Memang sangat sedap makanan yang disediakan malam itu. Mahu sahaja dia menambah namun ditahan nafsu makannya.

   Lainlah orang sebelah ini. Dengan muka tak tahu malunya dia menambah mi goreng yang ada. Pekerja yang menjaga di meja buffet pula hanya tersenyum lucu.

   "Iya? Ada yang Mel masak, ada yang umi masak, ada yang Kak Long masak dan ada yang angah masak. Sedap kan?" Terjungkit-jungkit kening Mellisa.

   "Wah! Serius lah Encik Adam pandai masak?" Sarah terkejut.

   Alisa juga terkebil-kebil. Encik Adam...pandai masak? Uwauu!

   "Haah. Mi kari tu dialah yang masak. Sedap kan? Kan?" Kata Mellisa bersungguh-sungguh.

   Sarah melihat pinggannya. Dia ambil mi goreng. Mangkuk kosong di hadapan Alisa pula dikerling. Ha!

   "Sedap ke Sa? Aku nak try lah kalau sedap sangat?" Lengan Alisa digoyangnya.

   Alisa menepis tangan Sarah. Apa motif goyang tangan orang ni?

   "Ha, akak. Sedap tak?" Desak Mellisa.

   "Err-"

   "Sedap tak, Sa? Cepatlah, aku nak pergi ambil semangkuk ni!"

   Alisa mencubit tangan Sarah perlahan. Tak kenyang-kenyang ke mak cik?

   "Se-sedap. Tapi takkanlah kau nak makan lagi? Dah dua pinggan mi goreng kau tibai. Sedar tak?" Tangannya Alisa letak pada dahi Sarah. Sihat tak budak ni?

   Sarah menjuih bibir. Tangan Alisa di dahinya ditolak kasar. Rosak tudung ambe!

   "Tak apa, Kak Sarah. Pergilah ambil. Umi memang nak bagi makan pun, makan puas-puas. Nanti tak dapat kang kempunan pula," usik Mellisa.

   "Hah! Mel pun bela aku. Bluek! Bye, aku nak pergi ambil! Jangan harap aku nak share," kata Sarah kepada Alisa. Lidahnya dijelir sedikit. Hmph!

   Mi kari, mu tunggu aku mari!

   Alisa di meja membuat muka menyampah. Tergelak Mellisa dibuatnya. Akak berdua ni lucu la!

   "Em, akak," panggil Mellisa.

   "Ya?" Alisa berpaling. Kening diangkat tanda 'Ada apa?'.

   "Sedap kan mi kari tu?" Tanya Mellisa buat kesekian kalinya.

   Alisa angguk tanpa ragu. Memang sedap sampai menjilat jari. Macam kotak KFC tu, finger-licking good!

   Mellisa tersenyum misteri.

   Alisa terkebil-kebil. Dah kenapa pula tersenyum seorang-seorang ni?

   "Jadi..." Mellisa berhenti seketika.

   "Jadi?" Alisa menunggu. Air sirap di atas meja diambil sebelum diteguk.

   "Jadi...dah lulus lah untuk jadi suami orang kan?"

WILDAN ✓Where stories live. Discover now