Here we go gais!! So kisah seterusnya mengenai adik aku. Dia seorg yg boleh nampak mende2 mcm ni sama mcm mama aku dia boleh nampak.So jom aku story mcm mne boleh trjadi and ape yg kami lalui.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Kitorang satu family pergi jalan-jalan dekat Cameron Highland selama 2 hari macam tu la. Aku duduk di Kuala Terengganu. Jadi kisahnya macam ni, waktu kitorang nak balik ke Kuala Terengganu tu kitorang memang selalu lalu highway kenyir. Highway kenyir ni jalan dia haih banyak lubang ape sume sebab jalan lori selalu lalu. So waktu kitorang lalu jalan tu tak silap dah petang maybe pukul 2 ataupun 3 macam tu lah. waktu tu pulak cuaca panas.
Semasa lalu jalan tu tetiba ada air pancut senang citer air dari bukit so ada orang letak macam paip ke ape entah so jadi macam air pancut la tepi jalan tu. lepas tu kitorang berhenti la dekat tepi jalan tu pergi main air. Adik2 aku semua mandi. Aku mmg tak lah nak mandi. Then dekat bawah tu aku nampak la mcm sungai. Aku nampak lawa pastu aku ingat nak pergi turun bawah tu then ambik gambar dekat situ. Tapi tak sempat ergi hati aku terdetik "ish klau aku ambk gambar kat situ nanti dalam gambar aku ada orang bunian ke ape macam mana?" aku pun tak tau kenape aku tetiba terdetik macam tu. Aku nak sangat2 pergi turun bawah tu then ambik gambar tapi aku berat sangat hati so aku tak pergi lah.
Aku nampak adk bawah aku and ayah aku pergi seberang jalan just tengok2 ke rumah kami.Masuk jer dalam kereta papa aku tunjuk dia ambk something mase dia pergi seberang jalan dengan adk aku. Barang tu macam terjatuh dari lori macam tu la sebab kawasan tu tempat lori lalu and berhenti rehat ape sume. Barang tu ialah spana ke ape entah org panggil. So takyah tau pun takpe lah kan. hehe sebab aku just nak bagitau yang kitorang ambik something tu je.
Then kitorg selamat sampai dekat rumah waktu magrib macam tu lah. Then kitorang mandi ape sume lepas tu macam biasa berkumpul dekat ruang tamu tengok tv sesama. Kitorang memang macam ni selalu berkumpul, selalu luangkan masa sama2. Then masa kitorang tengah duduk relax2 ape sume dalam pukul 9 lebih macam tu lah tetiba kitorang terbau something. Bau tu wangi sangat. Bau bunga mistik.. mmg kuat giler bau harum semerbak.. tetiba kitorg yg tengah rancak borak ni terdiam.. pstu rse seram sejuk ape sume. Then kitorg just abaikan je.
Aku dengan mak aku dah rasa lain sebab kitorg boleh rasa. Adik aku tu pulak yang ambik barang tu duduk diam je atas katil depan tv.Then adik aku yg bongsu tu umur 2thun dia nk g tandas so aku teman. Tandad kitorg dekat dapur tpi luar rumah. Mase aku bawak adik aku pergi tandas buka je pintu dapur tu untuk pergi bilik air adik aku tunjuk something "kak ayam kak ayam atas okok(pokok)" aku x faham actually ape yg dia cakap tu sebab dia pelat sikit biasa lah budak and adk aku yang tu memang dia boleh nampak. Aku marah dia "ish pebende adik nih cepat lah g tandas tadi kate nk kencing kn tkyh main tunjuk2 gitu"
Pastu siap tu masuk la dalam rumah then kitorg nak tido. Adik aku yang kecik tu tido dengan parents aku. Yang nom 3 tu tido dengan aku. So adik aku yg bawah aku dia tido kt ruang tamu.
👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻
Malam pertama
Adik aku yang bawah aku tido dekat ruang tamu. Pukul 3 pagi dia terjaga sebab dengar ada orang
Tarik kerusi dekat dapur. Then dia beranikan diri pergi dapur tapi dia cakap kerusi ke ape takde pun yang bergerak. Mase dia pergi dapur tu dia cakap dia meremang. Lepastu dia g sambung tido balik.Pagi tu dia bangun tido badan dia rasa panas. Dia tetiba kene demam panas.. lepas tu dia cerita dekat mama then mama cerita dekat aku. Mama diam je and aku pun tak tau nak cakap ape. Kitorang memang nampak dia lemah sangat.
Itu kisah malam pertama dimana dia diganggu
👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻
YOU ARE READING
Welcome To My Nightmare
HorrorBermacam2 cerita hantu dan pengalaman ku dan ahli keluarga ku sndiri...ada yang lawak, menyeramkn dan pelbagai lgi.. . Ingin mengetahui pengalaman ku? Sila lah baca dan untk rse best lagi cuba imagine korg dalam situasi tu okeyh.. hehe.. . Cerita n...