TASIK KENYIR.
So here story from my mom jugak.. and ank perempuan tu ialah aku.. okeyh.. so jemput la baca..
Salam semua..
Kisah ini berlaku bulan 1 2020..Kiranya ini memori tahun lepas lah.Laluan Tasik Kenyir memang dah jadi laluan kebiasaan kami apabila pergi melancung ke Cameron Highland..Boleh katakan Setahun 5@6 kali kami ke sana..Agak agak 2@ 3 bulan sekali,kalau tak pergi kesana rasa macam tak lengkap pulak..Kira macam ketagih dah..hahha..En.suami la syok sangat kesana..melepaskan penat bekerja..Maklumlahh bekerja sendiri..Siang malam..Sebabtu kami suka kesana..Cerita seram semasa menginap di CH pun banyak jugak tapi tak menarik mana pun..Biasa2 aje..Yang saya nak kongsikan ialah semasa perjalanan kami ke sana melalui jalan Tasik Kenyir..Begini kisahnya..Kami kalau nak ke CH memang tak lupa bawa mak sekali.Sebab dulu² sebelum tahun 2018 kami selalu bawak Ayah mak sama2..Setahun 2 kali adalaa..Sambil sambil Laluan ke KL rumah akak..Nak ke Kedah rumah adik,kami akan menginap di CH untuk semalaman..okeh..
Lepas ayah meninggal,Kami tak lupa bawa mak..Haritu banyak sangat halangan nak tinggal rumah..Biasanya Pukul 9pagi kami dah bertolak..Boleh la sampai Masjid Lojing Pukul 1tghri..Tapi haritu Bila berkemas nak keluar rumah, datang pulak orang mintak tolong nak baiki kereta..emergency! Memang suami akan tolong lah dulu.Tunggu punya tunggu,sampailah ke petang..Dah hampir jam 5 pun..Sebabkan dah janji dengan anak2..Kami pun teruskan jugak la..Bertolak dari rumah macam biasa lah..ajak anak anak baca surah pelindung..Doa naik kenderaan..Terus ke rumah mak..Jam sudah pukul 6 petang dah nak maghrib pulak..Anak duk potpet² lapar..kami singgah di satu warung selepas 30minit bergerak..Nak solat tak ada surau berdekatan..Lepas makan kami teruskan perjalanan dulu.Jalan yang kami lalu malam tu jarang sangat kami guna..Laluan sawit dan jarang je ada perkampungan.Kereta pun sesekali je ada.Hati aku memang rasa tak sedap dah..semacam gelisah je..Sampai di laluan Tasik Kenyir waktu maghrib dah memuncak..Anak perempuan duk bahagian seat belakang sekali sorang2..Dah pesan jangan tidur sangat waktu maghrib ni..Mak dan anak yang lain duk di seat tengah..Jalan punya jalan,laluan tu memang selekoh banyak sesekali nampak macam kita lalu jalan yang sama..tapi kalau tengok tanda tanda tepi jalan tu..taklah..Kebiasaan mula naik dari Sungai Gawi akan ambik masa 1jam untuk sampai ke simpang tiga Nak masuk ke Felda Aring..30 minit dari Pintu utama Felda nak ke simpang 3 Jalan Felda Ciku..Malam tu perjalanan kami kat situ terlalu lama sangat..Lalu selekoh2 Tasik kenyir rasa macam laluan sama je..3x lalu nampak tanda yang sama tepi jalan..Aissss hati makin rasa tak selesa..dah Stgah jam kami pusing2 jalan yang sama..Suami pun nampak gelisah..Saya nampak dan boleh dengar dia baca surah2 pendek..Saya alih perhatian dia ajak sembang2..Sebelum ni pernah dengar orang cakap..Kalau lalu kawasan² keras jangan baca apa2..Nanti makin diganggu..Kat belakang kete dengar anak pempuan macam dengus2 begitu..saya panggil² 2 3x baru ada sahutan..Saya pesan skli lagi,jangan leka dan tidur..Alhamdulillah tengah duk sembang2 tu baru rasa laluan yang lalu tadi dah lain..Lebih kurang 2jam perjalanan,sampailah kami di kawasan rehat dan rawat Gua Musang..Disitu kami berhenti makan dulu Solat dan rehat kejap..Selesai solat, anak perempuan pun buka cerita,..semasa saya panggil dia dalam kereta td,dia tak tidur..tapi dia dicekik diangkat hingga dihimpit ke bumbung kereta..Allahuakbar..Dia duk jerit2 panggil saya dan nenek dia kat depan..tapi sorang pun tak boleh dengar jeritan dia.Tapi saya kata..memang saya rasa anak panggil tadi..Sebabtu saya pusing kebelakang nak tengok dia..Tetapi elok je tidur saya tengok..rupanya dia sedang diganggu makhluk kawasan tu..
Saya kerapkali pesan kat suami..bila lalu kawasan macamtu jangan baca apa apa bimbang mengganggu makhluk disitu..
Perjalanan kami selamat sampai ke CH lebih kurang jam 1 pagi..Dalam suasana berkabus selepas jambatan kedua tertinggi di asia tenggara tu..ada jugak nampak kelibat2 kain putih beterbangan dilereng² bukit..tapi saya diamkan aje..Malam tu kami tidur di BS depan pasar malam baru..Sekali lagi ada gangguan kecik masa tengah tidur..Anak lelaki 2beradik tidur depan tv je..kakak dan mak tidur di bilik depan..saya dan suami dibilik utama..Baru aje mata nak terlelap..Tiba tiba pintu bilik terhempas kuat seakan2 daun pintu tu terbuka luas,sedangkan hanya sedikit saya buka, boleh dengar kalau anak kat luar panggil..jantung berdegup seolah tak dapat nak bernafas..Suami tenangkan saya,dia cakap angin kuat tu..mana ada angin kuat malam tu..tingkap semua tak terbuka pun..saya istghfar dan selawat banyak2..rasa ngantuk sangat dah..Dalam mamai2 bunyi pintu bilik air terkuak..Haiihhh..tak kenal penghuni ke dia ni??? Bukan sekali dua kami nginap kat situ..kerap sangat dah..Saya abaikan jelah..tak larat nak layan..bunyi air paip terbuka dekat sinki pun saya malas nak nak layan dah..tidur je..
YOU ARE READING
Welcome To My Nightmare
HorrorBermacam2 cerita hantu dan pengalaman ku dan ahli keluarga ku sndiri...ada yang lawak, menyeramkn dan pelbagai lgi.. . Ingin mengetahui pengalaman ku? Sila lah baca dan untk rse best lagi cuba imagine korg dalam situasi tu okeyh.. hehe.. . Cerita n...