RUMAH SEWA
Story ni diceritakan oleh mama aku sndiri then dia suruh aku masukkan dalam story wattpad aku ni hehe.. jemput baca
Assalamualaikum..salam sejahtera semua.
1 kisah dimana lewat tahun 1993, Aku darjah 6 waktu itu..Ayah dikhabarkan kena bertukar tempat kerja baru..Kena pindah kerja daerah lain di Pantai Timur..Aku lagi 3 bulan nak ambik periksa UPSR..Ayah bincang dengan mak nak tinggalkan aku dengan Mak saudara untuk habiskan peperiksaan..Dengan hati yang berat aku turutkan..Selesai 3 bulan aku ditinggalkan mak ayah..Aku dengan Happynya mintak mak saudara hantar aku balik ke kerumah baru mak ayah..tak fikir pun nak kene siapkan urusan tukar sekolah bagai,yang aku tahu cuma nak balik sahaja..Tiba dirumah baru,rumah kampung..seronoknya aku dapat bersama dengan adik² dan mak ayah..takde nak bersedih² dah menahan rindu.UPSR aku semua kelaut sebab tak boleh nak fokus.Maklumlah hidup 12 tahun tak pernah berenggang dengan keluarga..Mak saudara pulak layan aku macam anak tiri..Bangun pagi nk kesekolah langsung tak pernah nak kejutkan..Subuh aku hanya berapa kali je aku solat..Nasiblah aku ni pengawas sekolah..tiap2 hari jam 7.45 pagi - 8 pagi baru sampai disekolah. 2km jalan kaki..Hari Khamis petang aku dihantar kerumah nenek lebih kurang 7km dari rumahnya..Balik dari sekolah baju aku rendam sampai lah Sabtu malam mak saudara ambik balik aku dari rumah nenek..Pagi Ahad nk pergi sekolah..Aku ambik je yg rendam tu pulas² tangan dan ironkan sdri sampai kering..Hari2 menangis rindu Mak ayah..Okay habis bab tu ya..
Seminggu dirumah baru mak ayah..baru aku selesa dengan jiran2 yg sebaya dengan aku..Tak lah sunyi sangat.Rumah tu adalah rumah sewa..Ayah tak mampu lagi nak beli rumah sendiri..Setelah setahun dirumah itu,mula mula sekali perkara pelik berlaku.Aku dengan 2 orang adik bermain bola pimpong didapur..Main ala squash gitu.Waktu tu dah nak masuk maghrib.Dah azan kami solat sama² dengan Ayah..Selesai solat rutin tengok berita jam 8mlm..Tv rumah kami letaknya di tepi dinding pemisah antara dapur..Tepi TV tu pintu nak turun ke dapur. Dengan tiba² bola kecik yg kami main tadi tu melantun dari ruang atas dinding betul² atas TV tempat kami baring².Kami semua terkejut dan hairan..macammana bola dari dapur boleh terbang keatas melantun ke dalam rumah?? Ayah nak sedapkan hati kami cuma cakap..Ishhhhh,tikus tu..hehe..Tapi aku tetap tak percaya apa yang ayah cakap tu.Lebih kurang pukul 11 malam,mak dan adik² semua dah masuk tidur.Tinggal aku dengan ayah je belum tidur,seronok layan movie inggeris..aku dan ayah memang suka menonton cerita mat saleh sampai lewat pagi baru tidur..Malam tu aku mengantuk awal..Aku cakap kat ayah nak masuk bilik dah..Tinggallah ayah sorang2 layan movie..waktu mana ayah masuk tidur pun aku taktau..Lebih kurang jam 3pagi, rasa nak buang air la pulak..Hujung² telinga dengar suara ayah kat dapur batuk² berdehem..memang jelas sangat..Dengar seperti sedang basuh cawan dekat sinki.Aku pun tanpa fikir panjang,bangunlahh keluar bilik..Tiba² tengok Aikkkkk......Pintu nak kedapur dah berkunci,lampu pun dah gelap..Tak jadi aku nak ketandas..berdebar debar kaki melangkah masuk bilik semula..Esokkan tanya ayah pukul berapa masuk tidur? Ayah kata pukul 1 dah masuk..Ohhh aku diamkan aje..Kerap kali jugak perkara yang sama terjadi..Hinggakan 1 malam tu aku nak ketandas buang air..masih awal lagi dalam pukul 12.30 mlm..tapi malam tu semua tidur awal,boring takder cerita TV kot..Aku ni jenis kerap buang air awal pagi..
Keluar pintu bilik tengok TV dah tutup, pintu ke dapur terbuka lagi..Ahhh ayah adalatu kat dapur..Turun je tangga nampak ayah tercegat menghadap sinki..macam basuh pinggan..tp tak dengar pulak airnya..biar jelah.Yang penting aku nk ke tandas..Lepas buang hajat..aku kedapur,ehhh mana ayah pergi ni..ke dah masuk bilik?? Aku pun masuk tidur jelahh..Masa sarapan pagi tu aku tanya ayah,kenapa cepat sangat naik atas, tak sempat tunggu saya masuk lepas ke tandas?? Ayah tengok aku dengan hairan...Ehhh ayah awal2 lagi dah masuk tidur..mana ada duk dapur..Allah!!!!... Kene lagi aku..Selang beberapa bulan,nenek aku belah mak sakit..Lepas keluar Hospital dia takmau balik rumahnya,nak tinggal dirumah kami..apa sebabnya Wallahua'lam..Mak ayah pun layankan ajelah..2 mlm nenek dirumah kami, atok dan mak sedara ada datang tidur sini sekali..mak sedara ni belah mak aku..baik macam kakak aku je..mlm tu Kakak dan mak sedara aku ni tidur sekatil je..waktu masih lagi awal..pukul 10mlm baru..Lepas gelak2 sembang2 aku bertiga..mak sedara ni rasa berat kepala..dia cakap mengantuk..Aku biarkan dia tidur..Tiba2 dengar dia meracau racau.bunyi percakapan tak jelas..aku kejutkan dia..Bila terjaga,marah2 dia cakap,Aiisssshhh setan ni suka sgt ganggu aku nak tidur..aku gelakkan aje dengar..Lepas tu pulak kakak aku pun nak tidur,tak sampai 10 minit dia pun sama cakap merapu masa tidur..Aku kejutkan dia,lama jugak nk boleh sedar..Hmmmm aku kata,ni mesti kerja setan kann?? Aku bangun nak capai tisu atas almari sambil kata kat mak sedara..duduk kejap aku nak g belakang dapur nak ambik pokok ubat..Sejenis pokok daunnya busuk..mak kata bolah halau setan dauntu..hahaha Bila nak capai je tisu tu,terus aku rasa panas dibelakang meremang sampai leher..Sempat aku cakap kat kakak..Tolonggg setan tu ade kat sini..Tiba2 je aku rasa badan jadi berat nak pitam..Kakak aku berteriak panggil mak ayah kat luar..Atok aku ambik air baca ayat2 Quran basuh muka aku..Alhamdulillah sedarlah dari mamai2 tu..Aku terus batalkan niat nak ambik daun tu...
Pagi esokkan aku sapu2 depan rumah,datang sekor labah labah berbulu hitam..mata tersembul merah..nampak garang sangat..aku halau dengan penyapu..Dia macam merengus nak terkam kat aku..Aku apa lagii cabut laa...hahaha
Tapi lepas peristiwa malam tu..macam2 perkara pelik terjadi dlm rumah..pintu utama kami jarang guna..ruang depan tu mak guna untuk jemuran..Sebelah tu pulak bilik aku..boleh katakan tiap2 malam dinding bilik aku macam di hempas sesuatu.kadang2 sampai bergegar dinding..bila aku keluar tengok tak ada kesan pun..sampai lah aku dah lali dengan gurauan si setan tuu..kadang2 boleh buat aku meremang jugak..
Seminggu nenek dirumah kami,..lepas masuk waktu asar hari selasa tak silap aku,nenek tenat..Petang tu jugak nenek meninggal..Sebelum meninggal dia pernah pesan kat mak,mati esok2 tolong kebumikan dia di tanah perkuburan di kampungnya..1jam setengah perjalanan dari rumah kami..memandangkan hari dah lewat petang..Jenazah akan di uruskan esok pagi..Jadi malam tu kami tidur dalam ketakutan..kikikii..Bilik mak kami jadi tempat tidur terakhir nenek malam tu..lepas maghrib aku,abang kakak dan sepupu2 yang datang duduk dalam bilik teman arwah nenek..sambil2 baca quran..sambil2 sembang..tiba2 Tuuuppp bergelap 1 rumah..Allahuakbar..aku betul² berada ditepi kepala nenek..Macam nak tersembul biji mata aku duk peratikan nenek bimbang dan bersedia nak cabut andai kata nenek aku bangun tiba2...Hahaha masatu takde akai panjang..kepala budak lagi..Aku boleh nampak dalam gelap tu raut wajah nenek yang cukup tenangg..bercahaya..sampai aku boleh tenung dia lama²..dalam gelap aku boleh tengok wajahnya..sungguh tenang sekali..Dalam kegelapan tu,aku dengar bunyi cakaran dinding..Allah, dugaan apalagi ni..bunyi tepuk2 dinding makin kuat..Lebih kurang 10 minit jugak bergelap..tiba² tingggg..kelip² cerah kembali ..letrik dah ada..Aku tengok sekeliling dalam bilik,Ya ampunnnn...
Abang aku dan sepupu rupanya bercakaran dan menepuk² dindingg dalam ketakutan..Nak tergelakk aku...Alhamdulillah,malamtu kami dengan lenanya tidur..Tak ada apa yg pelik berlaku..Semakin lama makin menjadi2 gangguan dirumah kami..tapi tak lah sampai teruk sangat..Aku jenis tak suka ikut mak ayah kemana2..Kerap jugak mak ayah tinggalkan aku sorang kat rumah..2 malam tu biasalah..Diorang pergi melawat nenek belah ayah dikampung..Malam kene tinggal tu,aku sorang2 duk rumah..lepas maghrib je hati ni tak sedap...dupdapdupdapp entah kenapa..Bila aku sorang²,aku suka tidur depan TV je..Takut nak tidur dalam bilik..Pernah sekali aku kene tinggal, mlm nak tidur dengar orang berlari..golek2 atas lantai kayu tepi bilik aku..sampailah dia melanggar dinding bilik..bergegar sampai tak boleh nak lene tidur aku..Sebabtu aku lebih rela tidur diluar..Tapi lain pulak gangguannya..Aku hanya dapat tidur² ayam je..Pili paip air depan rumah kedengaran semacam ada orang sedang basuh kaki..kuat bunyi airnya..Sekaligus dengar orang goncang pokok pokok puding yang mak tanam depan rumah tu..Kecut perut aku..Nak tenangkan hati,aku baca ayat² suci Al quran.. lebih kurang jam 4pagi ..Rasa nk buang air, suasana senyap sunyi je masatu..Aku kuatkan hati pergi ke pintu dapur ..bila langkah je kaki nak turun tangga bunyi orang seretkan baldi dalam tandas..Air paip pun terbuka dengan lajunya jatuh ke lantai simen..Rasa menggigil lutut aku,..Dalam ketakutan tu,aku kuatkan semangat intai di celah² lubang dinding kayu..konon nak tengok siapa yg usik aku duk rumah sorang²..Bila intai je,terus senyap tertutup sendiri air paip yang tadinya bersimbah2 ke lantai..Cepat² aku lari naik duk berbungkus dalam selimut..Sedar² je dah pukul 10 pagi..
Aku tak pernah sekali pun cerita gangguan tu kepada mak ayah..Aku tak tahu lah samada hanya aku atau orang² dalam rumah tu kene sama,sebab takda diorang bercerita..Satu pagi, kami siap siap nak ke sekolah..adik ke pintu utama nak ambikkan kasut sekolah dia..Tiba tiba dengan kuat dia menjerit...Maaaakkkk ada tangan kat ampaian..Cepat2 dia lari masuk bilik aku. Aku tanya lah kau nampak apa?
Sepasang tangan sekerat siku aje duk sidai kain kat ampaian tu..Tak tahulah aku apa kisah penyewa lama yang dulu sebelum kami pindah kesitu..Dengar dari jiran sebelah,.penyewa memang tak tinggal lam..paling lama pun 5@ 6 bulan camtu aje..Kami lah yang paling lama tahan tinggal disitu..8 tahun Ayah menyewa rumah tu..Akhirnya ayah buat keputusan beli sebuah rumah kos rendah..sekurang kurangnya,dapat lah kami tinggal dirumah sendiri..ayah pun dah tak lama nak pencen..Sejak berpindah,lama jugak aku tak lalu jalan kerumah sewa tu..Ada sekali aku dipanggil kenduri ,anak jiran kampung dekat rumah sewa kami nak kenduri..Aku pergi dengan mak pada majlis tu..Rumah sewa kami dulu hanya tinggal tangga batu sahaja kat depan pintu utama tu..Dengar khabar..lepas kami berpindah,macam² bunyi kedengaran dalam rumah tu hampir setiap malam..Mungkin tuan rumah ambil keputusan robohkan sebab nak hilangkan gangguan tersebut,wallahua'lam...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.Sekian dari aku..Maaf andai penulisan kurang difahami..Saya bukan seorang penulis yang baik..sekadar berkongsi pengalaman sahaja..
YOU ARE READING
Welcome To My Nightmare
HorrorBermacam2 cerita hantu dan pengalaman ku dan ahli keluarga ku sndiri...ada yang lawak, menyeramkn dan pelbagai lgi.. . Ingin mengetahui pengalaman ku? Sila lah baca dan untk rse best lagi cuba imagine korg dalam situasi tu okeyh.. hehe.. . Cerita n...