Chapter 32

538 29 23
                                    

Keesokan harinya

Pukul 9.30 pagi

Iman: jadi sekarang ni nak buat apa?

Khai: sekarang ni, kita cari jalan pintas untuk ke kem.

Moon: jalan pintas?

Khai: ye. Kita kena cari jalan yang senang untuk pergi ke kem. Sekarang kita masih ada di hujung hutan. Jadi kita kena cari jalan pintas supaya cepat sikit kita sampai ke kem.

Iman: tapi ada masa lagi beberapa hari. Tak kan kena cari jalan pintas.

Khai terus mengambil begnya dan mencari sesuatu. Dia mengeluarkan 2 gulung peta.

Moon: mana kau dapat peta ni?

Khai: aku jumpa dekat dalam badan serigala yang Rudy serang. Ada seekor serigala tu sebenarnya robot.

Moon: mana kau tau yang serigala tu sebenarnya robot?

Khai: aku nampak serigala tu rosak bila Rudy campak dia dekat dalam sungai.

Iman: 2 peta ni berbeza la. Macam mana nak tau peta yang sebenar?

Khai: sebenarnya peta ni tak ada yang berbeza pun. Cuba kau tengok betul-betul. Peta yang satu ni menunjukkan keseluruhan pulau ni. Yang kedua, menunjukkan apa yang ada dalam hutan ni. Maknanya peta kedua ni lebih terperinci daripada yang pertama.

Iman: jadi sekarang buat apa?

Khai: kita berpecah

Moon: berpecah?

Khai: Iman dan Moon akan ambil peta kedua. Aku dan Zass akan ambik peta pertama. Aku dah siap tanda tempat rumah usang yang kita duduk sekarang dalam peta ni. Jadi kalau korang nak patah balik, tengok tanda ni. Korang akan pergi arah barat dan kitorang akan pergi arah timur. Kalau ada haiwan yang berbahaya, korang serang diorang dan cari robot yang menyamar jadi haiwan tu. Faham?

Moon: faham tuan!

Khai: pukul 12 tengah hari kita kumpul sini. Dah. Berpecah sekarang

Mereka pun berpecah dan pergi membuat tugas masing-masing.

Moon: Iman. Kau ada bawak first aid kit tak?

Iman: bawak. Kenapa?

Moon: fuh. Nasib kau bawak. Aku tak bawak. Kalau ada apa-apa kecederaan nanti boleh la rawat.

Iman: oh.

???: AHHHH TOLONGGGG

Iman: siapa yang menjerit tu?

Moon: suara tu datang dari arah sana!

Iman: eh tunggu Moon!

Iman berlari mangikuti Moon yang sudah jauh berlari ke hadapan.

Moon: Jet?! Chris?! Bulat?! Apa yang korang buat ni???

Jet: kau tak nampak ke aku kena gantung dekat dahan pokok ni?!

Iman: macam mana korang boleh kena gantung?

Jet: Chris ni lah! Dia pijak perangkap lepastu kitorang sekali kena gantung

Moon: Mana Bulat dekat Chris?

Jet: tu. Diorang dah terlepas tadi. Lepastu jatuh gaung pulak. Aku tak nak lah lepas daripada tali ni. Nanti aku sekali jatuh gaung.

Iman memanjat pokok lalu mengeluarkan pisau dan memotong tali yang mengikat Jet lalu Jet jatuh ke dalam gaung.

Jet: aduh. Hei! Aku baru je cakap tadi tak nak jatuh gaung. Tengok sekarang! Aku dah kotor!

Iman: eh sorry.

Iman mengambil tali yang mengikat Jet tadi lalu dia membawa tali bersamanya dan melompat turun. Dia mengikat hujung tali pada batang pokok lalu hujung tali yang satu lagi di baling ke dalam gaung.

Iman: korang yang kat bawah tu pegang tali dan panjat ke atas!

Jet,Bulat,Chris: okay!

Mereka memanjat naik gaung dengan bantuan tali yang diberi Iman. Akhirnya mereka bertiga berjaya naik ke atas.

Kriukk

Moon: bunyi apa tu?

Kelihatan Bulat dan Chris tersengih.

Iman: korang lapar eh?

Bulat: haah. Dari sejak masuk hutan ni, kitorang tak makan. Asyik kena kejar dengan haiwan liar je.

Chris: haah. Kesian Bulat, dah nampak kurus sikit sebab tak makan.

Moon: bukan kau selalunya bawak stok makanan ke Bulat?

Bulat: aku dah habiskan dalam kapal terbang semalam.

Moon: tak patut. Nah. Aku ada 5 keping roti je. Korang kongsi lah.

Iman: tapi korang kena bersihkan badan dulu. Badan korang kotor.

Chris: macam mana nak bersihkan badan? Air pun kitorang tak nampak.

Moon: ada sungai lah dekat sana. Korang pergi lah bersihkan diri. Kitorang tunggu sini. Dah siap baru dapat makan.

Bulat: alah. Baru nak makan

Bulat bangun dan pergi ke arah sungai yang ditunjuk Moon dengan langkah yang berat. Chris dan Jet sudah lari ke arah sungai untuk membersihkan diri. Setelah mereka bersihkan diri dan menukar pakaian yang baru, mereka pun pergi ke arah tempat mereka berjumpa tadi. Apabila sampai sahaja di tempat itu, kelihatan 5 ekor beruang yang sudah tumpas. Moon kelihatan terbaring kepenatan manakala Iman sedang mencari sesuatu pada setiap beruang itu.

Jet: eh? Apa jadi ni?

Moon: tadi beruang ni nak serang kitorang, jadi kitorang pun seranglah diorang.

Chris: Iman buat apa?

Moon: dia tengah mengesahkan yang mana satu beruang robot.

Bulat: robot?

Iman: Moon! Dah jumpa!

Moon: hah? Mana?!

Moon terus berlari ke arah Iman. Yang lain mengikuti langkah Moon.

Jet: apa yang kau jumpa?

Iman: peta yang menunjukkan jalan ke kem.

Chris: apa?!

Moon: cepatnya jumpa!😆

Bulat: jadi jom lah pergi sekarang!

Moon: eh tak boleh! Kita kena bagitahu Khai dulu pasal ni.

Jet: macam mana nak cari Khai?

Iman: kita balik dekat rumah usang tu lepastu kita tunggu Khai dan Zass balik.

All-Iman:okay
















To be continue

Hi👋🏻
Sorry lambat update.
Maaf kalau ada typo🙏🏻

FINALLY WE MEET AGAIN (BBB AND EA) *discontinued*Where stories live. Discover now