[M] Bekunya Tangisanku

574 20 0
                                    

CHARACTERS : Kris Wu | Jessica Jung
GENRE : Romance

----
Berpakaian serba hitam pada hari itu, Jessica mengelap segera solekan ala kadarnya. Dia merenung kosong cermin yang memantulkan figura polosnya. Sekali lagi, matanya berair. Dengan penuh amarah, dia membaling sebatang lipstik miliknya ke arah cermin sehingga ia retak besar. Dia menggenggam kepingan cermin yang pecah itu sehingga luka telapak tangannya.

Namun apa yang perlu dia kisah lagi?

Kini Tyler tiada di sisi. Hidup seolah-olah tiada makna lagi.

••

" Jadi? Mengapa aku perlu pulang? Tidak lagi aku diperlukan disana, bukan?" Balasnya dingin. Kedengaran Baekhyun mengeluh di talian.

" Tak bolehkah kau hentikan kedinginan kau dan pulang sahaja?"

" Buat apa aku pulang? Aku hanya akan dilayan seperti pengemis. Direndah-rendahkan dan dihalang untuk meneruskan hidup. Dihina sepuasnya walaupun dia tidak tahu siapa aku sebenarnya. Jika aku pulang aku pasti akan dipandang rendah lagi-"

" Dia dah mati," kata Baekhyun. Dia hampir hilang jejak nafasnya saat terdengar ayat itu.

" Dia.. Apa?"

" Tyler. Dia sudah tiada. Kemalangan kereta di New York empat hari yang lepas,"

Tiada. Kemalangan. Mati. Tyler?

1 Tahun Yang Lalu

" Wu Yifan!" Tengkingnya sementara dia asyik menikmati kopinya. Belum sempat Kris bangun, Tyler terlebih dahulu menyerang dengan tumbukan amarah. Kris mengaduh sakit pada bibirnya, terasa kebas dan sengal akibat tumbukan padu Tyler tadi.

" Kau tidak layaklah! Aku dah bagi amaran, bukan? Jessica tetap menjadi milik aku!" Marah Tyler lagi. Para pengunjung kedai kopi itu segera berkumpul turut serta mengikuti perbalahan itu. Kris kekal tenang dengan hanya berdiam diri.

" Kau tiada mulut ya? Apakah kau bisu?" Sindir Tyler lagi. Lantas, dia mengeluarkan pasport milik Kris dari dalam poketnya dan melemparkan ia ke arah jejaka tinggi itu bersama beberapa keping wang. Kris menahan geram apabila ia dilayan sebegitu rupa, tetapi dibiarkan sahaja dan mengutip kepingan-kepingan wang itu.

" Ya, begitulah sepatutnya kau lakukan. Jadilah seperti pengemis jalanan mengutip wang. Aku bagi kau peluang, duduklah kau di Beijing dan jangan berani kau kembali!" Kata Tyler pedas sebelum berpaling ke belakang untuk keluar dari kafe.

" Tyler," seru Kris. Langkah Tyler terhenti saat namanya dipanggil.

Dengan senyuman yang begitu menyakitkan hati, Kris menepuk-nepuk bahu Tyler dari belakang dan menyelitkan kembali kepingan-kepingan wang yang dilemparkan ke dalam poket blazer depannya. " Aku tidak lagi perlukan semua ini, kawan. Aku akan pergi tetapi bukan sebagai Wu Yifan yang kau hina," katanya sebelum memusingkan semula badan Tyler agar mereka saling berpandangan.

" Aku akan pergi sebagai Kevin Wu. Pemegang saham terbesar syarikat Blanc & Eclaire,"

Tyler tersekat-sekat nafas mendengar pernyataan Kris. Kris pula tersenyum dan mengenyitkan mata sebelum menyarung kembali kot panjangnya secara ala kadar.

Jessica baru sahaja tiba di hadapan kafe itu, masih tercungap-cungap dahagakan oksigen kerana berlari. Matanya terbeliak melihat Kris keluar dari kafe.

Mereka berdua bertentangan mata. Mata Kris kembali dingin dan memandang sekilas tangan Jessica yang tidak bersarungkan sarung tangan itu. Dia menghembuskan nafas berwap sebelum tersenyum lemah dan cuba untuk mendapatkan tangan Jessica.

EXO One-shots Collection [ M + E ]Where stories live. Discover now