[M] Putera Salju

773 20 1
                                    

CHARACTERS : EXO-M's Luhan × BESTie's Na Haeryung

GENRE : Romance, Teen Lit.

" Ahn Juhyun,"

" Present,"

" Kim Saeron,"

" Hadir!"

" Nam Woohyun,"

" Saya,"

" Na Haeryung,"

" Hadir,"

" Xi Luhan,"

Tiada suara didengari. Encik Go sekali lagi memanggil nama Luhan.

" Xi Luhan,"

" Hadir," Haeryung menolong. Encik Go mengalihkan pandangannya dari buku kehadiran, memandang Luhan.

" Encik Xi, awak sakit tekak ke-"

Dengan pantas Luhan bangkit dari tempatnya, menggalas beg sebelum meninggalkan kelas.

Sememangnya putera dingin.

" Apa? Awak mahu saya buat apa?" Haeryung tidak percaya dengan permintaan Saeron. " Saya tahu awak mampu mencairkan ais Luhan!" kata Saeron dengan yakin. Woohyun tersenyum dan menggosok kepala Saeron. Haeryung memandang Woohyun meminta penjelasan. " Nam Woohyun, apa sahajalah yang terkandung dalam otak Saeron ni? Kau yang hasut dia ke?" " Tidaklah. Kebelakangan ini Luhan lebih dingin dari biasa. Mungkin kau boleh tolong cairkan?"

" Mengapa aku pula?"

" Bukankah kau mampu mencairkan hati lelaki di sini?" sindir Woohyun. Haeryung menahan geram. " Apa?!"

" Relakslah, Hae! Lagipun saya kan ada kuasa psikik. Saya rasa awak mesti dapat cairkan kedinginan dia!" senyum Saeron kembali. Haeryung masih ragu-ragu dengan kenyataan Saeron. " Tapi.."

" Awak cuma ada satu minggu sahaja tahu!"

Haeryung mengeluh. Sudah tiga hari berlalu, empat hari masih berbaki. Mahu sahaja dia tidakkan cabaran Saeron, tetapi tiket untuk menyaksikan muzikal Singing in the Rain yang dipegang Woohyun masih menjadi kegilaan Haeryung. Ya, aku tidak boleh menyerah kalah! Haeryung bangkit dari pembaringannya, lantas menjenguk sekilas memo yang terlekat pada dinding. Ia tertulis nombor telefon Luhan oleh Woohyun. Dia menguatkan lagi tekadnya.

Tiket muzikal, aku pasti akan mendapatkanmu!

Angan-angan Haeryung terhenti apabila telefonnya menerima panggilan masuk.

Dari Saeron? Haeryung menarik nafas kurang senang. Pasti dia ingin mengingatkan aku lagi tentang permainan itu.

" Helo, Saeron. Saya tahu, empat hari sahaja tinggal untuk-"

" Na Haeryung! Mahu kami tolong tak?"

Mata Haeryung bercahaya. Pertolongan!

" Tapi mengapa pula?" tanya Haeryung ragu-ragu.

" Anggap saja ia talian hayat untuk awak kekal dalam permainan ni,"

Talian hayat?

Haeryung menggigit kecil bibir bawahnya. Ini yang Woohyun panggil talian hayat?

Ketika itu, hanya bunyi kipas yang laju berpusing sahaja mampu didengari. Kadangkala bunyi gesekan pen di atas kertas dan pen penanda di atas kad manila menjadi bunyi iringan.

Woohyun telah memohon kepada guru kelasnya untuk menjadikan dirinya dan Saeron serta Luhan dan Haeryung bersama dalam satu kumpulan bagi pembentangan projek seterusnya. Kata Woohyun, dengan cara ini Haeryung dapat mendekatkan dirinya dengan Luhan. Walaupun mungkin ia tidak menjadi, desis hatinya.

EXO One-shots Collection [ M + E ]Where stories live. Discover now