[M] Hanya untuk Semalam.

1K 22 2
                                    

CHARACTERS : EXO-K's Sehun × Park Jiyeon

GENRE : Romance

Musim luruh di Seoul. Pokok-pokok yang menghiasi laluan pejalan kaki di sepanjang jalan lebat ditumbuhi daun yang ranum kemerahan. Warna perang, kuning dan merah menjadi kombinasi dan harmoni terbaik buat salah satu dari empat musim di ibu negara Korea Selatan itu.

Daun-daun yang berguguran sering kali menjadi muzik latar belakang buat mereka yang berjalan kaki. Bunyinya seakan-akan rangup, menenangkan sesiapa sahaja. Selalunya, musim luruh merupakan musim romantis buat pasangan-pasangan bercinta, tidak mengira usia. Tua, muda, mereka semua menggunakan masa yang ada sebaik mungkin bersama pasangan mereka.

Park Jiyeon hanya mampu tersenyum pahit melihat mereka berjalan melepasinya. Dengan fon kepala padat menangkup telinganya, Jiyeon kadangkala berharap jodohnya bertembung atau berlanggar dengan dirinya semasa dia berjalan. Ya, mungkin ia kedengaran terlalu dramatis dan amat jelas ia sekadar angan-angan, namun Jiyeon lebih suka personalitinya dikatakan sebegitu. Lebih kerap menyendiri, tiada sebarang deringan telefon mahupun notifikasi dari aplikasi perhubungan dalam telefonnya. Ya, Jiyeon lebih menyukai cara hidupnya kini. Senyap tanpa gangguan sesiapa.

Orang gemar menganggapnya sebagai Puteri Salju. Mempunyai keayuan wajah tersendiri, tetapi amat dingin terhadap sesiapa sahaja yang dia kenali.

Namun hakikatnya, Jiyeon mempunyai kehidupan lain di dalam rumah sendiri.

Jira tidak pernah hidup mewah dan tidak sekali terfikir untuk membeli mana-mana rumah agam di kejiranan Cheongdam. Studio rumahnya sudah cukup besar untuk dia seorang. Dekorasi rumahnya boleh dikatakan agak sofistikated dan matang. Perabot rumah hingga ke skema warna dinding, segalanya berpaletkan warna gelap. Dari biru firus, biru tua hinggalah hitam. Setelah menikmati nafas musim luruh di sepanjang jalanan Seongcham-dong, Jira telah tiba di muka pintu rumahnya. Tidak menunggu kehadiran sesiapa, Jira membuka pintu dan melangkah masuk, meletakkan selipar di hujung koridor ruang masuk rumahnya sebelum memakai selipar rumah.

Pintu telah dikunci.

Jiyeon duduk bersandar pada pintu rumahnya. Dia merenung siling. Dia tidak mampu menahannya lagi. Dia memejam mata dan perlahan-lahan terduduk di atas lantai. Jiyeon menundukkan kepala, mengunci kedua-dua kaki dengan lengannya. Dengan pantas, Jiyeon mengalirkan air matanya, menangis.

Sampai bila aku akan jadi begini?

Oof!

Pintunya tiba-tiba sahaja mengeluarkan bunyi, seolah-olah dilanggar. Jiyeon segera bangkit dari posisinya. Apa yang berlaku?

Dia pantas berlari, walau dalam malam yang hening. Batu-batu kerikil yang menyakitkan serta ranting-ranting kayu yang tajam tidak lagi diambil kira. Ya, terus sahaja berlari. Jangan kau berpaling lagi.

Tenaganya tiba-tiba sahaja hilang. Lariannya terhenti sebelum rebah menghadap bumi, melalui kesakitan yang tidak dapat ditahan lagi. Kulitnya terasa seolah-olah dicarik dan ditoreh. Nafasnya menjadi sesak dan warna anak matanya berubah dari warna keemasan ke palet biru firus. Mukanya turut melalui fasa kesakitan yang tidak terhingga. Ia terasa seperti tulang-tulang mukanya itu dipatah-patah dan dibentukkan. Dua baris giginya yang sebelum ini tajam bertaring perlahan-lahan berubah menjadi dua baris gigi yang kemas tersusun dan rata.

Dia meraung kesakitan saat bulan berubah menjadi purnama penuh. Cahaya bulan yang terang itu bersinar melalui anak matanya.

Ya, kau sedang bertukar. Balasan atas perbuatan kau sendiri.

Dengan perlahan, badannya bertukar menjadi abu, hilang ditiup angin.

Oof!

Belakangnya tiba-tiba sahaja terlanggar sebuah permukaan yang rata, mungkin pintu. Dia tidak mampu lagi untuk membuka mata. Nafasnya masih sesak, cuba untuk menghirup sebanyak oksigen yang mungkin.

EXO One-shots Collection [ M + E ]Where stories live. Discover now