CHARACTERS : EXO-K's Kai x Jung Yeon-hee ( OC )
GENRE : Teenlit, Romance
- - - -
" Yeon? Kenapa tak nak makan ramen yang abang masak tu? Biasanya kamu yang paling suka ramen abang," tanya Yonghwa, ingin menceriakan keadaan. Namun pertanyaannya dibalas sepi tanpa respons. Yeonhee berasa terkilan kerana tidak dapat berada di sana bersama-sama menjerit untuk ahli kumpulan EXO kesukaannya, Kai. Duit sudah berada dalam genggaman, namun tiket pula habis terjual. Sudahlah mereka berdua menetap di London. Peluang untuk bersua muka dengan kumpulan EXO terlalu tipis berbanding dengan mereka yang menetap di-" Kita akan berpindah semula ke Korea Selatan," ayat yang disusun Yonghwa akhirnya menarik perhatian Yeonhee. Pindah semula?
" Kita akan pulang,"
" Miss? Please fasten your seatbelt, we are going to land soon," tegur si pramugara kacak berpakaian uniform segaknya itu, membuatkan Yeonhee tersenyum simpul. " Kamu ni, Yeonhee, sempat lagi menggatal ya," sindir Yonghwa. Adiknya mencebik dan membalas kembali. " Biarlah, sekurang-kurangnya Hee lebih pandai mencari teman lelaki yang tidak kolot mana," " Sudahlah, kamu ingat abang tidak tahu? Kamu takkan membuka hati kepada lelaki lain melainkan ahli EXO, Kai yang kamu tergila-gilakan itu," Yonghwa geleng kepalanya sekali lagi.Yeonhee kembali mengingati insiden yang berlaku di lapangan terbang sementara menunggu pesawat seterusnya tadi.
" Kamu tunggu sini, ya? Abang mahu ke tandas sebentar," pinta Yonghwa apabila sampai di ruang boarding. Yeonhee sekadar mengangguk, wayar telinga masih dipasang dengan kemas. Setelah Yonghwa melangkah pergi menuju ke tandas, Yeonhee mencari tempat untuk dia duduk dan merehatkan kaki.
'Tidak sabar untuk aku pulang semula ke Korea', fikirnya. 'Dapat juga aku menetap senegara dengan idola aku! 'Yeonhee menatap perincian wajah Kai yang menjadi paparan skrin telefonnya. Entah mengapa, tiba-tiba sahaja hari ini Yeonhee lebih gementar memikirkannya.
" Awak.. suka EXO?" sapa seorang jejaka yang tiba-tiba sahaja muncul di sebelahnya. Yeonhee terkejut dengan kehadiran figura misteri itu. Lengkap berpakaian smart casual dengan menggalas beg santai, namun mukanya dilindungi cermin mata hitam berjenama dan topeng muka hitam. Dan fasih berbahasa Korea sepertinya! Mungkinkah dia ni seperti Yeonhee; berasal dari Korea Selatan?" Er..," itu sahaja yang Yeonhee mampu katakan.Siapa pula lelaki ni? Tidak panaskah dia berfesyen sebegitu rupa? fikirnya lagi. " Y-ya, saya sukakan mereka," jawabnya ringkas. Tiada pula respons pantas yang diterima, seolah-olah jejaka itu masih asyik memerhati telefon bimbit Yeonhee dari tadi. Untuk menghilangkan suasana ganjil yang jelas dia rasai, Yeonhee mulai menjadi ramah dengan membuka cerita. " Sebenarnya, saya amat minat dengan Kai kerana skil tarian yang dia miliki. Saya pun seperti dia, ambik kelas balet dan kelas tarian lain. Tapi.."
" Tapi?"
" Saya tak pernah berjumpa dengannya secara bersemuka. Konsert mereka di London baru-baru ini pun saya tak dapat pergi kerana tiket sudahpun habis terjual. Saya harap, di Korea nanti, saya dapat berjumpa dengan Kai semula,"
" Semula? Maksud awak?" lelaki itu tiba-tiba menunjukkan sifat ingin tahu.
" Ya. Semula. Sebelum saya berpindah ke London semasa kecil, saya sempat juga berjiran dengan Kai. Kami tidaklah rapat. Awak tahu tak, Kai semasa kecil seolah-olah pemalu mengalahkan kanak-kanak perempuan! Jadi kami tidaklah serapat mana-"
Tanpa angin dan ribut, tiba-tiba sahaja lelaki misteri ini tergelak kecil. Psiko mungkin? Yeonhee mulai berasa gementar.
" Tak sangka, awak masih-"
' Perhatian kepada penumpang pesawat KR4520, panggilan terakhir ke boarding area penerbangan ke lapangan terbang Incheon, Korea Selatan. Sila bergerak ke boarding area dengan segera,' pengumuman memotong percakapan lelaki itu. Yeonhee berpaling sebentar mencari kelibat abangnya, namun setelah dia menoleh kembali ke belakang, lelaki aneh itu hilang dari pandangan.
' Misteri betul lelaki tu tadi! Siapa dia? Aku ni pun satu, kenapalah aku lupa bertanyakan nama dia tadi?' Yeonhee bermonolog sendiri.
YOU ARE READING
EXO One-shots Collection [ M + E ]
FanfictionA whole collection of EXO one-shots, compiled with different genres ; fluff, smut ( only available in English ), romance, dark, angst and supernaturals! One-shots available both in English and Bahasa Malaysia, chapter by chapter. Wishing to request...