[ M ] Cinta Mata Biru Firus

264 12 2
                                    

WATAK : EXO-K's Sehun x Jennifer Choi Hyun-Ae
GENRE : Romance

••

Dear diary,

Aku ingin bertanyakan sesuatu kepada engkau.

Kalau hati aku berdegup kencang bila teringatkan dia,
Tersenyum kambing bila terlihat kelibat dia,

Apakah ia tanda aku sudah jatuh cinta?

~

" Oh Sehun! Kita ada pelanggan!" Jerit Tao sambil mengelap meja. Aku kembali memakai semula apronnya sebelum ke kaunter bayaran. " Ya, cik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

" Kenapa awak tak beritahu saya awak kerja di sini?"

Suara itu.

" Hyun-ae?"

***

Hatiku kembali berdegup kencang tatkala melihat senyumannya. Ya, senyuman itulah yang membuatku jatuh cinta kepadanya.

Ah! Lihatlah dia, ketawa gembira menghiasi perbualan kami. Matanya mengecil, seolah-olah dia ketawa melalui matanya. Berkantakan biru firus semula jadi, aku kembali mengingati jatuhnya cinta pertama aku. Profil dirinya yang pendiam tetapi ceria itu membuatku rasa ungin menjadi kesatria malam, melindungi tidurnya.

Menyambut jatuhnya jika dia pilu

Menjadi pendengar setia jika dia mahu

" Dan hidup di Amerika memang seronok! Saya dapat jumpa kembali ahli keluarga yang sudah lama saya lupakan...,"

Berada di sisi jika dia perlu

" Kek dan makarun di sana sedap sungguh! Saya ada bawa sedikit untuk awak! Mesti awak suka!"

Menyayanginya seumur hidupku.

" Oh dan saya akan berkahwin dalam masa sebulan sahaja lagi,"

Kahwin?

Malangnya itu semua mimpi semata-mata.
Mimpi yang tidak akan menjadi nyata.

***

Sejak hari itu, aku seolah-olah hilang semangat untuk berjumpa dengan dirinya. Setiap kali dia menelefon atau mengajak untuk secawan kopi, pasti aku mengelat. Alasan yang sama sering digunapakai.

" Maaflah, aku tengah belajar ni. Lagipun aku akan kembali untuk semester seterusnya tahun depan. Maaf ya, Hyun-ae?"

Aku akui, terlalu sukar untuk aku terus melupakannya. Terlalu banyak kenangan yang kami lakukan bersama. Mungkin juga salah aku kerana tidak meluahkan perasaan kepadanya sebelum dia berangkat ke New York beberapa tahun yang lalu. Aku cuma tidak sangka dia akan menemui cinta hati di sana. Aku fikir hanya aku sahajalah lelaki asing yang dia paling rapat dalam hidupnya. Aku fikir dia akan tetap kembali di sisiku, walau apa jua yang menghalang.

Ternyata, aku tidak berfikiran panjang.

" Kau tidak boleh terus begini, Sehun. Lambat laun dia akan sedar mengapa kau berkelakuan sebegini dengannya," tegur Tao setelah aku meluahkan isi hati. Kopi panas yang masih berasap itu hanya dipandang sayu. Teringat pula aku akan kekecewaan Hyun-ae kerana tidak dapat berjumpa dengannya. " Jangan biarkan persahabatan kau dengan Jennifer hancur disebabkan emosi kau sendiri. Aku yakin dia mahu kau berada di situ untuknya,"

" Ya, Tao. Aku akan selalu berada di satu tempat menunggu Hyun-ae. Bila dia susah, dia akan datang padaku, bila dia senang biarlah dia pergi dariku. Itu sahaja peranan aku, bukan?"

Aku kembali teringat akan kali pertama kami berjumpa. Ketika itu aku sedang santai membaca buku di sebuah kedai kopi. Kedai kopi itu terkenal kerana di dalamnya ada rak buku yang besar, diisi dengan buku-buku novel dan ilmiah umpama sebuah perpustakaan. Ya, tempat itu dapat digambarkan sebagai tenang dan mendamaikan jiwa.

EXO One-shots Collection [ M + E ]Where stories live. Discover now