07💌

614 119 4
                                    

Tergesa-gesa Aerin berlari ke pintu pagar sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tergesa-gesa Aerin berlari ke pintu pagar sekolah. Jam di pergelangan tangannya dilihat sekilas lalu kakinya secara perlahan-lahan berhenti berlari.

Tercungap-cungap Aerin mengambil nafas. Hidung juga terkembang kempis menghirup oksigen untuk dibekalkan kepada peparunya.

Setelah nafasnya sedikit stabil, Aerin mengetuk kepalanya perlahan. Dalam diam dia mengutuk dirinya kerana terbangun lewat pada pagi ini. Semuanya disebabkan kerja sekolah yang diberikan oleh Oh songsaenim semalam.

Hampir semalam dia menyiapkan kerja daripada guru itu sahaja. Itu belum lagi kerja-kerja daripada guru-guru yang lain. Nasib baiklah, kerja yang lain tidak diminta pada hari ini. Kalau tidak, pasti Aerin tidak tidur malam semata-mata mahu menyiapkan kerja rumah.

Aerin berjalan menuju ke pintu pagar sekolah dengan tenang. Dia langsung tidak berniat mahu berlari. Fikirnya, dia sudah pun terlewat, jadi buat apa mahu berlari? Bukannya dia boleh melepaskan diri daripada didenda pun. Membazir tenaga sahaja.

“Aik, Cho Aerin. Awak lewat hari ini?” soal Choi saem yang merupakan guru yang bertugas pada pagi ini. Aerin hanya tersengih mendengarkan soalan itu. Dia menundukkan sedikit badannya pada Choi saem lalu beratur bersama dengan beberapa orang pelajar yang senasib dengan dirinya.

Secara tiba-tiba mata Aerin bertembung dengan mata Hyunsuk yang berada tidak jauh daripadanya. Nampaknya Hyunsuk juga terlewat.

Aerin tersenyum nipis. Memanglah dia lewat, pelajar yang paling bermasalah lah katakan.

“Baiklah, awak semua perlu berlari lima pusingan padang sebagai denda pada hari ni. Satu, dua, mula!” arah Choi saem sambil memegang sebatang rotan di tangannya.

Mendengarkan arahan itu, semua pelajar yang lewat mula berlari mengelilingi padang. Tidak ketinggalan juga dengan Aerin. Dalam diam dia mengeluh kecil. Memang taklah dia nak datang lewat ke sekolah lagi pada hari lain. Sengsara!




° ° ° ° °


Dengan langkah yang longlai, Aerin masuk ke dalam kelasnya. Kakinya terasa sakit setelah berlari mengelilingi lima pusingan padang. Sudahlah padang itu besar, kalau kecil tak apa juga.

Hyunsuk pula asyik mahu berlari mengelilingi padang di samping Aerin sahaja. Rimas tahu tak? Sudahlah hari tu marah-marah Aerin. Ini, tiba-tiba mahu dekat-dekat pula. Stress!

Aerin terus melabuhkan punggungnya di tempat duduknya lalu kepalanya terus diletakkan di atas meja. Matanya juga dipejamkan. Dia mahu berehat buat seketika sebelum guru mata pelajaran selepas ini masuk.

Selang beberapa minit, kelas yang tadinya riuh-rendah menjadi sunyi dek sesuatu. Aerin ingat Yang saem sudah masuk ke dalam kelas jadi dalam keadaan yang malas-malas dia mengangkat kepalanya. Matanya juga dicelikkan.

Namun, kelibat Yang saem langsung tidak kelihatan di dalam kelas ini. Cuma ada seorang pelajar senior berdiri tepat di hadapan mejanya.

Aerin melihat wajah pelajar lelaki itu bersama dengan satu kerutan di dahinya. “Nuguseyo?” soalnya. Fikir Aerin dia tidak pernah mengenali pelajar ini, tetapi mengapa tiba-tiba datang ke kelasnya dan berdiri di hadapan mejanya?

Mata Aerin segera mencari tanda nama pelajar lelaki itu.

Haruto Watanabe

Haruto? Macam nama Naruto pun ada.

“Nak ap—”

“Cho Aerin, kan?” potong Haruto sebelum sempat Aerin menghabiskan soalannya.

Aerin mengangguk.

Haruto tersenyum nipis. Sebotol air minuman isotonik diletakkan di atas meja Aerin.

“Minumlah.”

“Ha?” soal Aerin kembali. Botol air isotonik itu dilihat dengan pandangan yang pelik.

Kenapa Haruto secara tiba-tiba memberinya air minuman ni? Haruto berminat dengan dirinya kah?

“Kenapa beri saya air?”

Haruto mengangkat sebelah keningnya sebaik sahaja mendengar soalan itu. Matanya merenung mata Aerin tajam.

“Perlukan sebab ke?” soal Haruto kembali.

Aerin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aik, aku yang tanya dia, dia tanya aku balik.

Pelik, pelik.

“Minum jelah. Kalau tak nak boleh buang.” kata Haruto dengan tegas lalu melangkah keluar dari kelas itu.

Aerin memandang botol itu lagi. Kenapa dia bagi air ni?

_________

Tbc

[C] Best Mistake | HyunsukWhere stories live. Discover now