05💌

695 118 17
                                    

Hyunsuk melepaskan pegangan pada lengan Aerin setelah mereka berdua jauh daripada kedudukan Hyunjin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hyunsuk melepaskan pegangan pada lengan Aerin setelah mereka berdua jauh daripada kedudukan Hyunjin. Mata Hyunsuk melihat Aerin dari atas hingga ke bawah kemudian matanya tertumpu pada lengan Aerin yang kemerah-merahan.

“Terima kasih.” ujar Aerin sambil tersenyum nipis pada Hyunsuk. “Sunbae tak perlu kisah pada Hyunjin tu. Perangai dia memang macam tu. Degil macam batu.” kata Aerin berbaur kutukan. Dia tersengih.

Hyunsuk hanya mendengarkan kata-kata daripada Aerin itu. Dia langsung tidak mahu memotong kata-kata gadis itu.

“Lagipun saya okay.”

“Tapi aku tak okay.” ayat tersebut secara spontan keluar daripada mulut Hyunsuk. Lelaki itu mengangkat wajahnya lalu membalas renungan mata Aerin.

“Kau teman wanita aku. Jadi, kalau dia musuh kau, dia akan jadi musuh aku.” balas Hyunsuk.

Terkebil-kebil mata Aerin mendengar kata-kata itu. Tiba-tiba je cakap tentang musuh. Aerin tak pernah pun cakap pada sesiapa yang Hyunjin itu merupakan musuhnya. Ni dah kenapa Hyunsuk salah faham pula ni?

“Dia bukan musuh s—”

“Itu dulu. Sekarang ya.” potong Hyunsuk. “Sebab dia dah jadi musuh aku.” kata Hyunsuk lagi membuatkan Aerin mengeluh lemah.

Apa yang kau dah buat ni Cho Aerin?

° ° ° ° °

Aerin mengerutkan dahinya sebaik sahaja melihat sebungkus roti coklat bersama dengan sekotak susu berada di atas mejanya. Kakinya terus melangkah ke tempat duduknya dalam kadar yang segera.

“Siapa yang bagi ni, Sunoo?” soal Aerin kepada Sunoo memandangkan dia seorang sahaja yang berada di dalam kelas buat masa sekarang.

Sunoo mengangkat bahunya tanda tidak tahu. “Entah, tadi aku masuk kelas memang ada atas meja tu.” balas Sunoo. Aerin hanya mengangguk tanda faham. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi lalu susu kotak itu dicapai.

Terdapat sebuah sticky note pada susu kotak tersebut.

Minumlah, aku tahu kau tak makan tadi.
ps: kalau tak nak boleh buang.

Aerin tersenyum kecil membaca tulisan yang terdapat pada sticky note itu. Fikirnya, pasti Hyunsuk yang meletakkan roti dan susu kotak ini.

Ahh, lelaki itu nampak sahaja kasar tetapi dalam hati ada taman!

Tanpa membuang masa, Aerin terus membuka bungkusan roti coklat tersebut lalu memakannya. Susu coklat juga tidak lupa untuk disedut.

“Wah, machita!”


° ° ° ° °

“Hyunsuk sunbae!” jerit Aerin dari kejauhan. Hyunsuk yang mendengar suaranya dipanggil terus memberhentikan langkahannya lalu menolehkan ke belakang. Di situ, dia dapat melihat Aerin yang sedang melambaikan tangan ke arahnya.

Aerin terus berlari-lari anak ke arah Hyunsuk. Nafas disedut dan dihembus berulang kali setelah berada di hadapan Hyunsuk. Dia tersengih.

Hyunsuk mengerutkan dahinya. Pelik dengan Aerin. Sudah kenapa Aerin tiba-tiba mahu berlari ke arahnya? Selalunya gadis itu takut dengan dirinya. Ini tidak. Sudah kena sampuk dek hantu ke?

“Ada apa?” soal Hyunsuk sedikit kasar. Telefon yang berada di tangannya diletakkan ke dalam kocek seluar. Matanya memandang wajah Aerin.

“Terima kasih.”

“Untuk apa?” soal Hyunsuk kembali. Aerin masih tersengih.

“Terima kasih untuk roti coklat dan susu kotak tadi.”

“Aku tak bagi kau makanan tu.” balas Hyunsuk. “Takkanlah kau ingat aku yang bagi kot?”

Senyuman Aerin mula kendur. “A–Apa maksud sunbae?”

Soalan daripada Aerin membuatkan Hyunsuk tersenyum sinis. Dia menundukkan wajahnya lalu mengangkat wajahnya kembali memandang Aerin. Kali ini riak wajahnya bertukar serius.

“Aku tak bagi kau makanan tak guna tu. Kau siapa sampai aku nak belikan makanan untuk kau?”

Fuh, sungguh kasar kata-kata yang dilontarkan oleh Hyunsuk kepada Aerin. Mata Aerin mula berkaca-kaca.

“S–Say—”

“Sebab kau teman wanita aku, aku perlu kisah pada kau, belikan makanan untuk kau? Maaflah, aku bukan lelaki macam tu. Lagipun, kau yang nak bercinta dengan aku dulu kan? Sekarang terima nasib kau jadi teman wanita aku.”

Setelah melontarkan kata-kata yang pedas itu, Hyunsuk terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Dia langsung tidak kisah dengan keadaan Aerin buat masa ini.

Aerin terkaku. Dia sangat sangat terasa dengan kata-kata Hyunsuk itu. Terlalu kasar untuk Aerin terima. Secara perlahan-lahan, air matanya mula tumpah.

Hik!
Hik!
Hik!

_________

Tbc

[C] Best Mistake | HyunsukWhere stories live. Discover now