15💌

573 117 7
                                    

“Kau ke perempuan mata duitan tu?” soal salah seorang pelajar perempuan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


“Kau ke perempuan mata duitan tu?” soal salah seorang pelajar perempuan. Sudahlah, menghalang Aerin mahu masuk ke dalam kelas, ini mahu mengadakan sesi soal jawab pula.

Ingat sekolah ni balai polis ke?

Aerin hanya memekakkan telinganya. Soalan tersebut dibiarkan tidak berjawab. Sebaliknya, Aerin dengan beraninya merenung wajah pelajar perempuan itu.

Pelajar perempuan itu memeluk tubuhnya. Dia mendengus geram melihat kelakuan Aerin. “Sudahlah bercinta dengan Hyunsuk.  Sekarang kau bercinta dengan Hyunjin pula. Hei, perempuan. Jangan tamak!” provok pelajar perempuan itu. Tidak cukup dengan kata-kata, dia siap menonjol dahi Aerin lagi.

Perkara ini membuatkan Aerin geram. Sebuah jelingan yang tajam diberikan oleh Aerin kepada pelajar perempuan itu.

Pelajar itu membulatkan matanya melihat kelakuan Aerin. Tangannya terus diangkat untuk menampar Aerin. Aerin memejamkan matanya, menerima sahaja perkara yang akan berlaku selepas ini. Reda sahaja.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Empat saat.

Lima saat.

Aikk! Kenapa pipinya masih tidak ditampar? Ataupun pelajar itu sudah menampar Aerin tetapi Aerin yang tak rasa?

Aerin terus mencelikkan matanya untuk mengetahui perkara yang sedang berlaku. Aerin tergamam sebaik sahaja melihat Hyunsuk yang berada di sebelahnya.

Lelaki itu sedang menahan tangan pelajar perempuan itu daripada menyentuh pipi Aerin.

“H–Hyunsuk.” kata pelajar perempuan itu dengan tergagap-gagap. Mungkin takut dengan kehadiran Hyunsuk di hadapannya.

Hyunsuk melihat Aerin sekilas lalu melihat pelajar perempuan itu kembali. “Kau ada masalah dengan dia ke?” soal Hyunsuk secara kasar. Mata tajam merenung pelajar perempuan itu. Wajahnya didekatkan dengan telinga pelajar perempuan itu.

“Aku rasa kau tak perlu nak sibuk urusan aku. Lebih baik kau kisahkan teman lelaki kau si Han Jisung tu. Aku dengar dia keluar dengan perempuan lain semalam.” bisik Hyunsuk lalu menjauhkan wajahnya dari telinga pelajar perempuan itu. Dia menjeling pelajar perempuan itu lalu menarik lengan Aerin agar beredar dari situ.

Bumbung sekolah menjadi hala tuju mereka. Pintu terus ditutup dan dikunci oleh Hyunsuk. Dia tidak mahu perbualan mereka diganggu oleh sesiapa.

Hyunsuk melepaskan pegangan pada tangan Aerin. Dia melihat wajah Aerin sambil berdehem perlahan untuk menghilangkan rasa kekok.

“Pertama sekali. Aku tak pernah ada perasaan pada kau.” tutur Hyunsuk. Walaupun secara dasarnya, kata-kata itu agak berat untuk diterima oleh Aerin.

Aerin mengangguk perlahan. Faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Hyunsuk. “Jadi, awak nak kita putus?” soal Aerin kembali dan Hyunsuk menggelengkan kepalanya tanda jawapan kepada soalan Aerin.

Aerin melihat Hyunsuk dengan pandangan yang tidak percaya. Seakan-akan tidak percaya dengan jawapan Hyunsuk itu.

Hyunsuk tak suka dirinya jadi kenapa nak bercinta dengannya lagi?  Putus sahajalah. Kan senang.

“Aku nak kau berada di sisi aku.”

Aerin mendengus kasar. Senangnya Hyunsuk menuturkan ayat itu. Apa, ingat Aerin ni barang ke? Kalau nak,  simpan. Kalau tak nak buang. Ewah, ewah. Senangnya hidup.

Aerin mengusap wajahnya. “Awak tak suka saya?”

Geleng.

“Walaupun sedikit.”

Geleng.

Aerin mengeluh lemah, sebak.Sedih apabila mendapat tahu Hyunsuk tidak serius dengan hubungan mereka. “Jadi kenapa nak bercinta dengan saya? Awak boleh cari orang lain.” soal Aerin, cuba untuk mempertikaikan keputusan Hyunsuk.

Hyunsuk tersenyum sinis. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket. “Kau layak.” balas Hyunsuk selamba tanpa mempedulikan perasaan Aerin.

Aerin tersenyum sinis. Dia layak? Heh, layak untuk dipermainkan ke?

Aerin kecewa. Dia tak sangka perangai Hyunsuk seteruk ini.

Dengan kadar segera, Aerin segera meninggalkan Hyunsuk keseorangan di bumbung sekolah ini. Buang masa je bersembang dengan orang yang tiada perasaan ini!

_________

Tbc

[C] Best Mistake | HyunsukWhere stories live. Discover now