27💌

488 107 0
                                    

Hyunsuk asyik melihat gambarnya bersama dengan Aerin sewaktu hari perniagaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hyunsuk asyik melihat gambarnya bersama dengan Aerin sewaktu hari perniagaan. Senyuman tidak lekang di bibirnya.

Jika orang tidak tahu yang dia merupakan pelajar sekolah, pasti orang sudah menganggap Hyunsuk ni gila.

Manakan tidak, sejak Hyunsuk masuk ke dalam cafe itu, dia asyik tersenyum-senyum. Malah, terkadang dia ketawa kecil.

Semuanya kerana gambar yang terpapar di skrin telefonnya itu. Di mana ketika itu Aerin mencium pipi Hyunsuk.

Hampir gugur jantung Hyunsuk apabila Aerin berbuat sedemikian. Jantungnya terus berdegup dengan kencang setiap kali dia menatap wajah gadis itu.

Fuh, memang penangan Cho Aerin betul!

Krek~

Kerusi di hadapan Hyunsuk ditarik oleh seseorang. Sejurus itu, individu itu terus melabuhkan punggungnya di tempat itu.

Hyunsuk mengangkat wajahnya dan melihat wajah individu itu. Terus skrin telefonnya dimatikan. Senyumannya yang terukir di bibir terus kendur. Mata redupnya merenung individu itu.

“Ada apa appa tiba-tiba nak jumpa saya?” soal Hyunsuk.

Lelaki yang bergelar appa itu terus meletakkan sebuah sampul di atas meja lalu ditolaknya ke hadapan Hyunsuk. Matanya mengarahkan agar Hyunsuk membuka sampul itu.

Hyunsuk terus mengambil sampul surat itu lalu dibukanya dengan laju. Sehelai kertas diambil lalu satu persatu ayat yang tertera di atas kertas itu dibaca dengan teliti.

Tahniah, permohonan pertukaran anda ke sekolah di Germany berjaya! Sila hadirkan diri anda pada minggu pertama pada bulan hadapan. Terima kasih.

Hyunsuk mengetap bibirnya. Kertas tersebut dironyokkan. Dia geram.

Appanya selalu membuat keputusan tanpa berbincang dengan dirinya. Secara tiba-tiba sahaja dia dipindahkan ke sekolah di German. Ini tidak adil!

“Kenapa appa buat keputusan macam ni?” soal Hyunsuk kasar.

Tuan Choi mengukir senyuman nipis. “Semua ni untuk kebaikan Hyun memandangkan keputusan pelajaran Hyun di sini tidak bagus.”

Hampir tergelak Hyunsuk mendengar alasan bodoh ayahnya itu. Huh, sekarang ayahnya mahu menyalahkan sistem pembelajaran Korea. Padahal sebab sebenarnya adalah ayahnya tidak mahu dia berada di Korea.

“Hyun tak nak pergi. Hyun suka duduk sini.” balas Hyunsuk, tegas. Tuan Choi mengeluh lemah.

“Hyu—”

“Apa kata kita buat perjanjian. Kalau keputusan peperiksaan Hyun kali ini bagus, appa kena ikut keputusan Hyun sama ada mahu pergi ke sana atau tak.” cadang Hyunsuk.

Tuan Choi berfikir buat seketika. Wajah terdesak Hyunsuk dilihat. Secara perlahan-lahan, dia menganggukkan kepalanya.

“Baiklah, appa setuju!”




• • • • •



Jihoon dan Haruto masing-masing menumpukan perhatian mereka kepada Hyunsuk. Kemudian, mereka mengerutkan dahi.

Pelik. Secara tiba-tiba Hyunsuk rajin membaca buku pada pagi ini. Rakannya itu juga datang awal ke sekolah. Sudah bukan macam Choi Hyunsuk yang mereka kenali.

“Hyunsuk, aku nak tanya ni.” tegur Haruto apabila hatinya meronta mahu mengetahui perkara apa yang telah merasuk Hyunsuk untuk belajar.

Hyunsuk memberikan isyarat membenarkan Haruto bertanya kepadanya tetapi matanya tetap pada buku yang berada di tangannya.

“Kenapa kau tiba-tiba rajin baca buku ni?” soal Haruto tanpa selindung. Hyunsuk meletakkan buku teks biologi di atasnya. Wajahnya diangkat untuk melihat Jihoon dan juga Haruto yang sedang berada di hadapannya.

Tidak cukup dengan itu, dua orang rakannnya siap merenung Hyunsuk dengan tajam. Seolah-olah Hyunsuk telah melakukan sesuatu kesalahan yang besar.

Padahal Hyunsuk hanya membaca buku sahaja pada hari ini.

“Salah ke?” soal Hyunsuk.

Haruto mengerutkan dahinya. Aiik! Aku yang tanya, dia tanya aku balik. Haihh..

“Yelah, selalu kau tak macam ni. Hari ni tiba-tiba datang awal lepastu siap baca buku lagi.” balas Jihoon pula. Hyunsuk terdiam.

Dia teragak-agak untuk memberitahu perjanjian antara dirinya dengan ayahnya. Takut sekiranya Jihoon dan Haruto bersetuju dengan ayahnya untuk belajar di German.

Manalah tahu kan. Mesti Haruto dan Jihoon akan menasihati kepada Hyunsuk bahawa itu adalah kebaikan untuk Hyunsuk.

Hyunsuk akhirnya bangun dari duduk. “Kalau kau tak nak aku pandai, cakap. Aku takkan belajar depan kau orang.” kata Hyunsuk secara kasar. Buku biologi yang berada di atas meja diambil lalu beredar dari situ.

Jihoon dan Haruto mula terpinga-pinga. Aikk, dia orang tanya je. Kenapa nak emo?

__________

Tbc

[C] Best Mistake | HyunsukWhere stories live. Discover now