03💌

696 130 11
                                    

_________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_________

Destinasi Aerin tidak lain dan tidak bukan adalah bumbung sekolah. Tempat yang paling sunyi dan selamat serta jauh daripada pandangan mata pelajar-pelajar yang lain. 

Aerin melepaskan pegangan pada lengan Hyunsuk apabila Hyunsuk sedari melihat tangannya yang dipegang oleh Aerin. Aerin mula melangkah beberapa langkah ke belakang apabila menyedari kedudukannya dengan Hyunsuk agak rapat.

Rambut yang ditiup angin diperbetulkan beberapa kali. Dia cuba untuk menghilangkan rasa kekok yang sedang menguasai dirinya. Sejak dari tadi, Hyunsuk hanya mendiamkan dirinya sahaja. Ini membuatkan Aerin berasa agak tidak selesa.

Mungkinlah semua ini salah dirinya, sebab itu Hyunsuk tidak mahu bercakap dengannya. Mungkin lelaki itu cuma mahu mendengar permohonan maaf dan meminta Aerin agar membayar duit pampasan.

Iyalah anak orang kayalah katakan. Tahu sangat.

“Maafkan saya.” pinta Aerin. Badannya ditundukkan 90 darjah kepada Hyunsuk. Dia berharap agar Hyunsuk menerima permohonan maaf daripadanya.

Hyunsuk mempedulikan perbuatan Aerin. Tidak cukup dengan itu, wajahnya juga dikalihkan ke tempat lain agar wajah Aerin tidak menjadi tatapan matanya.

Aerin kembali berdiri tegak setelah sekian lama menundukkan badannya 90 darjah. Belakang badan Hyunsuk dilihat lama. “Saya tahu saya salah. Saya dah memalukan sunbae.” luah Aerin dalam nada yang sedih. Kepalanya ditundukkan ke bawah sambil memejamkan matanya.

“Saya akan buat apa sahaja yang sunbae suruh asalkan sunbae maafkan saya.”

Hyunsuk tersenyum kegembiraan mendengarkan kata-kata Aerin. Matanya terus dipusingkan menghadap Aerin lalu tubuhnya dipeluk.

“Betul ke ni?”

Aerin mengangguk.

“Tak tipu?”

Aerin menggeleng.

“Tak menyesal?”

Aerin geleng sekali lagi membuatkan Hyunsuk tersenyum.

“Baiklah kalau begitu, aku akan maafkan kau.” kata Hyunsuk. Sejurus selepas itu, Aerin segera mengangkat kepalanya memandang Hyunsuk. Matanya bertembung dengan mata Hyunsuk.

“Tapi dengan satu syarat, kita jadi pasangan kekasih.”

° ° ° ° °

“Haihhh..” keluh Aerin buat kesekian kalinya. Kepalanya diletakkan di atas meja. Rakannya, Jia yang duduk di sebelah mejanya terus menoleh melihat Aerin.

Wajahnya dikerutkan. “Kau kenapa asyik mengeluh je dari tadi?” soal Jia prihatin. Aerin mengeluh lagi tetapi kali ini lebih kuat.

“Aku rasa aku dah gila.”

Jia mengerutkan keningnya.

“Aku cuma harap yang semua ini hanyalah mimpi.”

Jia mula pelik. Aerin ini sudah gilakah? Takkan secepat ini? Dia masih muda kut.

Aerin mengangkat kepalanya secara tiba-tiba dan memandang Jia. “Cuba kau cubit aku. Aku rasa ni semua mimpi.” arah Aerin membuatkan Jia terus mencubit lengan Aerin. Terus sahaja Aerin mengaduh kesakitan menyebabkan Jia melepaskan cubitannya.

Berkerut-kerut muka Aerin apabila dicubit oleh Jia. Sakit. Sakit sangat!

Tahulah Aerin yang semua ini bukanlah mimpi tetapi nyata. Dia berada di dunia nyata dan kejadian Hyunsuk mengajaknya menjadi pasangan kekasih tadi adalah benar.

“Jadi, semua ini bukan mimpi?” soal Aerin perlahan membuatkan Jia mengerutkan dahinya kembali.

“Ha?”

“Matilah aku.” Aerin meletakkan kepalanya di atas meja semula. Matanya dipejamkan sambil keluhan kecil keluar dari mulutnya.

__________

Tbc

[C] Best Mistake | HyunsukWhere stories live. Discover now