29💌

466 99 1
                                    

From: hyunsuk💘+esok kau free? +kalau free teman aku belajardi perpustakaan negara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


From: hyunsuk💘
+esok kau free?
+kalau free teman aku belajar
di perpustakaan negara.

Disebabkan mesej Hyunsuk pada malam tadi, di sinilah Aerin berada, Starfield Library. Perpustakaan terbesar di Seoul, Korea Selatan. Keadaan dalamnya juga sudah seperti kompleks membeli-belah. Besar yang amat!

Aerin mengangkat wajahnya untuk melihat Hyunsuk buat seketika. Rasanya sudah hampir satu jam mereka berada di sini, namun Hyunsuk tetap khusyuk menelaah bahan-bahan di atas mejanya.

Membuat latihan, melihat buku rujukan dan kadang kala lelaki itu berfikir sejenak untuk menyelesaikan soalan-soalan itu. Itu yang membuatkan Hyunsuk kelihatan begitu berkarisma.

Hyunsuk akhirnya meletakkan pen di atas meja. Tengkuknya juga digerakkan ke kiri dan kanan. Lenguh apabila terlalu lama berkeadaan seperti tadi. Sakit pun ada.

"Nak air tak? Saya ambilkan." Aerin menawarkan dirinya. Hyunsuk terus mengangkat wajahnya memandang Aerin lalu kepalanya digeleng perlahan.

"Biar aku yang ambilkan." balas Hyunsuk dan dia terus bangun dari duduknya. Kakinya terus melangkah ke arah vending machine yang berdekatan.

Aerin terpinga-pinga. Dia baru sahaja mahu ambilkan air. Alih-alih Hyunsuk sudah pergi dahulu. Nak halang pun tak guna sebab lelaki itu terlebih dahulu melangkah pergi dari situ. Laju betul!

Selang beberapa minit, Hyunsuk kembali bersama dengan dua botol air mineral di tangannya. Dia meletakkan botol itu di atas meja lalu kembali duduk di tempatnya iaitu berhadapan dengan Aerin.

Hyunsuk mengambil sebotol air lalu dibukanya dan diberikan kepada Aerin. Tangannya mengambil lagi botol yang kedua. Tangannya sibuk memusingkan penutup botol. Setelah terbuka, dia meminum air itu.

Terharu. Tipulah kalau Aerin tak terharu. Ini adalah kali pertama ada seorang lelaki yang melakukan perbuatan ini kepada dirinya. Ini yang buat sayang ni. Ewahhh.

"Kenapa pandang aku macam tu?" soal Hyunsuk apabila terperasan Aerin asyik merenung dirinya. Penutup botol air diambil lalu botol air itu ditutup.

Sejak Hyunsuk mula minum, Aerin terus-terusan merenung dirinya.

Ada sesuatu pada mukanya ke?

Kalau tak pun, kenapa Aerin memberikan pandangan sebegitu kepada dirinya?

Aerin mengukirkan senyuman lalu menggelengkan kepalanya perlahan. Dia menundukkan kepalanya ke bawah.

"Tak ada. Saya suka tengok muka awak." balas Aerin malu-malu.

Hampir tersenyum Hyunsuk apabila mendengar kata-kata Aerin itu. Berbunga-bunga hatinya apabila Aerin berkata sebegitu. Senyumannya cuba untuk disembunyikan tetapi gagal. Akhirnya, Hyunsuk membiarkan sahaja senyuman lebar pada bibirnya.

"Kalau macam tu tengoklah lama-lama. Aku benarkan." balas Hyunsuk. Aerin terus mengangkat wajahnya memandang Hyunsuk.

Dia terpaku. Hyunsuk tersenyum.

Satu perkataan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Satu perkataan. Kacak. Sungguh kacak ciptaan Tuhan dihadapan matanya.

Dahulu, jika Hyunsuk tidak tersenyum pun kacak. Inikan lagi apabila lelaki itu tersenyum. Lagilah kacak.

Aerin cair dengan kekacakkan Hyunsuk itu.

"Cho Aerin." panggil Hyunsuk. Aerin mengangkat keningnya supaya Hyunsuk meneruskan ayatnya.

"Jom bercinta seperti pasangan kekasih yang sebenar."

Aerin terpaku. Secara tiba-tiba jantungnya berdegup dengan laju. Betul ke apa yang dia dengar ni? Tak tipu?

"A–Apa?" soal Aerin meminta kepastian.

Hyunsuk mengeluh lemah. Tangannya mencapai tangan Aerin dan memegangnya erat. Matanya turut merenung mata Aerin dalam.

"Kita bercinta Cho Aerin seperti pasangan kekasih yang sebenar. Aku akan ambil berat  tentang diri kau. Aku akan ambil berat tentang perasaan kau dan paling penting sekali kau adalah orang yang paling penting dalam hidup aku mulai sekarang."

"You're my love, Cho Aerin."

Aerin hampir pengsan apabila Hyunsuk meluahkan perasaan. Tak sangka pula Hyunsuk pandai berkata-kata. Muka sahaja beku tapi perbuatannya hangat.

Aerin tersenyum. Tangan Hyunsuk yang mengenggam tangannya digenggam.

You're my love too, Choi Hyunsuk

__________

Tbc



[C] Best Mistake | HyunsukWhere stories live. Discover now