20💌

545 113 3
                                    

“Shhh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


“Shhh.. ” arah Hyunsuk kepada Aerin. Mulut Aerin juga ditutupnya agar gadis itu tidak mengeluarkan sebarang suara.

Sudah penat mereka berlari, membelok ke kiri dan kanan untuk menggelakkan diri daripada dikejar oleh rakan-rakan Junwoo. Akhirnya, Hyunsuk menemui peluang apabila terdapat ramai orang di kawasan tersebut lalu dia dan Aerin menyorokkan di sebuah lorong yang agak tersembunyi daripada pandangan mata.

Hyunsuk mengintai melalui ekor matanya untuk melihat situasi terkini.

Kelihatan rakan-rakan Junwoo seperti tidak menjumpai Hyunsuk dan Aerin. Mereka agak terpinga-pinga di tengah-tengah jalan itu.

Salah seorang daripada mereka mengeluarkan telefon daripada kocek seluarnya lalu mendail nombor seseorang. Selang beberapa minit, mereka semua terus beredar.

Hyunsuk menarik nafas lega. Tangannya yang menutup mulut Aerin terus ditarik. Kemudian, wajahnya ditolehkan untuk melihat wajah Aerin.

Aerin seakan-akan begitu khusyuk merenung wajah Hyunsuk.

Tahulah kacak tap—

“Kau suka aku ke?” soal Hyunsuk secara tiba-tiba menyebabkan Aerin menggelabah.

Aerin terus melarikan matanya ke tempat lain. Kakinya berura-ura untuk beredar dari situ tetapi terus ditahan oleh Hyunsuk.

Hyunsuk menyandarkan Kedua-dua tangannya pada dinding untuk menghalang Aerin daripada beredar. Dalam erti kata lain, badan Aerin sudah terperangkap antara dinding dan badan Hyunsuk.

Aerin meneguk liurnya. Secara perlahan-lahan kepalanya diangkat untuk melihat Hyunsuk.  Matanya dan mata Hyunsuk bertaut.

Wajah Hyunsuk bertukar serius. “Soalan aku masih sama Cho Aerin, kau suka aku atau tidak?”

Jeda.

Aerin tidak tahu sama ada mahu mengangguk atau menggeleng. Dia sendiri masih keliru dengan perasaanya. Jadi, bagaimana dia mahu jawab soalan itu?

Hyunsuk tersenyum kecil. “Aku akan anggap jawapan kau ya.” kata Hyunsuk. Wajahnya terus didekatkan dengan wajah Aerin.

Drtt! Drtt!

Baru sahaja bibir mereka mahu bersentuhan, telefon di dalam kocek seluar Hyunsuk bergetar minta diangkat.

Lelaki itu berdecit kecil lalu wajahnya dijauhkan daripada Aerin. Geram apabila perbuatannya diganggu.

Telefonnya diambil dan panggilan tersebut terus diangkat.

“Kau nak apa?” soal Hyunsuk dalam kadar yang laju.

“Jangan telefon aku kalau bukan perkara penting.”

“Ok,bye.”

Hyunsuk terus menamatkan panggilannya. Aerin yang berdiri kaku di hadapannya dilihat. Kemudian, matanya jatuh pada telefon yang berada di tangan Aerin.

“Tu, ada orang telefon. Tak nak angkat ke?”

Terus Aerin melihat telefonnya dan panggilan tersebut diangkat. Hyunsuk yang berada di hadapannya dipedulikan.

“Eo, omma.

“Aerin dekat mana?” soal Puan Cho di seberang telefon. Mata Aerin terus melihat Hyunsuk. Kelihatan lelaki itu sedang memeluk tubuhnya.

Aerin buntu. Patutkah dia memberitahu pada ommanya yang dia keluar makan dengan seseorang? Ataupun perlukah dia menipu memberitahu yang dia berada di sekolah sekarang ini?

“Aerin makan dengan kawan.”

Hyunsuk terus merenung mata Aerin tajam sebaik sahaja Aerin mengungkapkan perkataan ‘kawan’.

Hyunsuk tersenyum sinis. Jadi, selama ini Aerin hanya menganggapnya seorang kawan? Kalau Aerin tiada perasaan terhadap dirinya pun perlu ke cakap begitu di hadapan Hyunsuk sejurus selepas dia meluahkan perasaan kepada Aerin?

Huh, memang sengaja nak sakitkan hati Hyunsuk ke apa ni?

Omma dah ada dekat sini? Cepatnya.”

“Ok, ok. Aerin pergi dekat omma sekarang. Bye!”

Aerin terus menamatkan panggilannya. Matanya membalas renungan mata Hyunsuk yang sejak dari tadi merenungnya.

“Saya kena pergi.” pinta Aerin.

Hyunsuk menundukkan wajahnya dan mengangguk perlahan. “Pergilah, omma kau tengah tunggu.” arah Hyunsuk. Bibirnya sengaja dicemberutkan sedikit sebagai tanda protes kepada Aerin.

Hampir tergelak Aerin melihat perangai Hyunsuk. Sudah serupa macam budak umur lima tahun pun ada!

Hyunsuk, Hyunsuk...

Aerin berjalan mendekati Hyunsuk.

Cup!

Sebuah ciuman dihadiahkan di pipi Hyunsuk membuatkan Hyunsuk membulatkan matanya.

Mata Aerin dicari lalu direnungnya.

Wah, Aerin cium pipinya!

Sebuah kejayaan yang patut dibanggakan.

“Itu jawapan saya.” ujar Aerin lalu beredar dari situ meninggalkan Hyunsuk yang masih terkaku.

Hyunsuk tersenyum kecil. Pipinya yang dicium oleh Aerin tadi disentuh.

Aerin bagi green light ke ni?


___________

Tbc



[C] Best Mistake | HyunsukWhere stories live. Discover now