"Talia pun ada kat sini?" Lily menegur Talia sahabat baik Dayang. Mereka berdua memang rapat sejak zaman sekolah. Talia dikenali antara pelajar paling bijak disekolah itu tapi sifat santainya buat orang senang berkawan dan selesa untuk bergaul dengan perempuan itu.
Kadangkala perangainya tidak seperti imej pelajar pintar yang lain.Otak sahaja mungkin bijak tapi akalnya separuh sihat.
"Yup! Aku bosan tak ada kerja nak buat." Talia sengih menayang barisan gigi buat Lily senyum kekok.
"Aku yang ajak Talia. Dia memang tak ada kerja, dari dia merayau kacau orang sana sini. Ada faedahnya kalau dia tolong kau kemas rumah Ibu kau nanti."
"Sorry?" Talia jenggil mata memandang Dayang.
"What? Aku cakap benda salah ke?" Soal Dayang buat Talia juih bibir. Memang tak ada salahnya juga. Memang kerjanya mengacau orang lagi-lagi mengacau sepupunya merangkap pujaan hati. Walaupun pujaan hatinya sudah berpunya.
Huhu
"Talia tolong bawa kotak ni." Dayang tunjuk kotak barangan yang isi didalamnya mengandungi kelengkapan rumah baru dibeli Lily semalam. Cukup untuk gadis itu menginap seorang diri.
"Baik.."
"Kau rasa kau boleh duduk rumah ni sorang-sorang Lily?" Soal Dayang sebaik mereka sampai dan memunggah barang di dalam kereta masuk ke dalam rumah. Walaupun rumah itu dihuni penyewa sebelum ini, mujurlah rumah itu masih terjaga rapi oleh mereka.
"Boleh, taman ni ada security, aku tak risau sangat." Balas Lily senada. Dayang senyum seraya memandang Talia yang tak berkelip memandang Lily.
"Kau ni pula dah kenapa Talia? Tenung Lily macam nak telan dia?" Dayang cekak pinggang memandang sahabatnya. Talia jungkit bahu sebelum juih bibirnya.
"Aku sebenarnya Lily,, aku tak sokong kau larikan diri macam ni.." Akhirnya Talia bersuara sambil tenang melangkah lantas melabuhkan duduk di atas sofa dalam rumah itu.
"Aku tak boleh tengok muka mereka Talia, hati aku sakit. Lagi-lagi teringatkan ibu aku.." Lily menunduk memandang lantai.
"Kalau kau larikan diri macam ni.. Kau rasa hati kau puas ke?" Talia peluk tubuh sambil menjungkit keningnya.
"Talia!" Dayang jenggil mata.
Talia senyum sinis.
"Kalau kau takut nak hadap mereka sampai bila bila lah sakit hati dan penderitaan ibu kau tak akan lenyap. Mereka boleh bergembira disana menikmati hidup.." Talia geleng kepala dengan mimik seseorang sedang sakit.
"Jadi apa yang aku perlu buat?" Lily pandang Talia penuh minat. Dayang pula hela nafas berat. Bukan dia tidak tahu sifat nakal Talia yang pegang dengan prinsipnya. Lakukan apa yang hati inginkan sehingga puas!
"Untuk permulaan, lakukan apa yang mereka tak suka.. Lakukan apa yang boleh buat ayah kau rasa terkilan. Banyak benda Lily! Banyak yang boleh kau fikir." Talia bangun mendekati Lily seraya menepuk bahu sahabatnya.
Lily bagai ada tanduk yang sedang menghasut dirinya sekarang.
"Dayang pasti tahu apa perlu buat? Itu cadangan aku?" Talia jungkit kening memandang Dayang kelihatan tergamam mendengar cadangannya.
"Kau gila Talia?!" Dayang membulat mata.
"Oh come on! We are the queen of this story! F*ck them all! Kau buat jahat atau baik, kau tetap Queen of your own life. Don't let them step on your crown." Tidak berkelip Lily pandang Talia yang bersungguh-sungguh dihadapannya.
Dayang hela nafas berat sambil menggeleng kepalanya.
"Balas dendam yang terbaik adalah berbahagia dengan cara dan hidup sendiri Lily. Kalau kau masih larikan diri dan bersedih macam ni. Kau kalah." Talia tepuk bahu Lily dengan senyuman penuh makna.
YOU ARE READING
Bukan Cinderella
Romance(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri sehingga putera raja datang menyarung kasut kaca. Ups! Dia tidak memerlukan putera untuk akhiri penderitaanya. Dia sendiri boleh melakukanya...