"Apa semua ni Sarah?" Tegang suara Fajir menyoal isterinya. Wajah Sarah kelihatan kelu tidak tahu bagaimana mahu menceritakan perkara yang sebenar.
"Saya tahu awak tak akan percayakan saya Fajir.. Tapi Lily.."
"Tak habis-habis nak tuduh Lily!! Saya kenal anak saya macam mana Sarah! Kalau awak tak suka dia sekalipun jangan bawa nama dia dalam perkara ni! SAYA BENCI!!" Terbaik bahu Sarah dimarahi suaminya. Sudahnya dia hanya mampu terdiam memandang lantai.
Dia sendiri tidak terkejut dengan berita yang baru tular itu. Semalaman dia gagal melelapkan mata memikirkan apa yang sedang dan bakal berlaku pada dirinya. Dia tahu semuanya pasti Lily yang aturkan.
"Saya kahwin dengan awak untuk balas jasa Haris! Saya duakan Nisa, saya lakukan semua tanggungjawab sebagai suami kepada awak. Kenapa ini yang awak lakukan kepada saya?" Suara Encik Fajir mengendur penuh kecewa.
"Ini salah faham.."
"Salah faham kenapa awak berdua di dalam bilik hotel dengan Rozi?! Rozi suami kawan baik awak sendiri!!"
"Sia-sia saya jelas perkara sebenar. Lebih baik kita tunggu Rozi dan Ida sampai ke sini. Saya sudah penat dengan apa yang dah jadi." Belum sempat Puan Sarah ingin berlalu terdengar deruman enjin kereta dihadapan rumahnya. Dia hela nafas berat.
Kelihatan wajah Puan Ida yang tidak seperti kebiasaan dengan suaminya Encik Rozi kelihatan senperti menggalas beban berat.
"Ida.." Sarah menyapa rakannya, wajah Ida kelihatan kendur dan tawar menyambut salam sahabatnya. Dia tahu pasti hati wanita itu sedang ragu-ragu dengannya.
"Aku akan bersihkan nama aku nanti tapi sebelum tu, aku tak nak antara kita berselisih faham. Sebaiknya aku selesaikan semuanya disini dahulu." Encik Rozi kelihatan tenang menepuk bahu Fajir.
"Masuklah." Dengan tawar hati Fajir mempelawa tetamu itu masuk ke dalam rumahnya.
Jika betul ianya cuma salah faham, jadi betulkah Lily yang menjadi dalang semuanya?
•••
"Argh!! Apa lagi ni?!" Erma hentak stereng kereta sebelum dia tarik nafas cuba menenangkan diri. Satu sekolah mula bercakap-cakap tentang mamanya. Sungguh dia tidak betah duduk didalam pejabat itu lagi.Mata-mata yang menghina dan memandang jengkel padanya. Sama seperti orang-orang yang mengatakan mamanya perampas sehingga membunuh Puan Nisa. Sungguh dia tertekan.
Hari demi hari yang menyakitkan.
Erma merengus sebelum dia jatuhkan handbreak langas menukar gear keluar dari tapak parkir. Dia sudah menghantar surat untuk mengambil cuti separuh hari memandangkan emosinya sangat tidak stabil hari itu. Dengan berita yang tersebar luas.
Mulut-mulut guru dan pelajar tidak akan berhenti bercakap mengenainya. Dia sudah naik muak.
Seseorang di dalam perut kereta memakir tidak jauh dari situ menjatuhkan kaca mata hitam dengan senyuman tersungging dibibir. Tidak lepas matanya memandang kereta dipandu Erma keluar dari pagar sekolah.
Telefon bimbit didalam beg tangan dicapai lalu ditekap ke telinga.
"Segalanya sudah siap... Jumpa kau nanti." Sebaik itu talian dimatikan. Lily kembali memandang keluar pagar sekolah.
Terbayang-bayang gelak tawa mereka dirumah, saat dia mendiamkan diri sejak beberapa minggu yang lalu. Mereka yang bahagia berdiri dan hidup di dalam rumah menjadi tempat dia meraung kesakitan kerana kehilangan ibunya. Sabarnya sudah lenyap, sekarang dia mahu melihat seorang demi seorang merasa sakit yang dia rasa.
TALIA HEMPAS pintu kereta sebelum dia mendongak bengkel besar berdiri dihadapannya sekarang. Dengan kasut tumit tinggi dipakainya dia melangkah masuk tanpa riak.
YOU ARE READING
Bukan Cinderella
Romance(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri sehingga putera raja datang menyarung kasut kaca. Ups! Dia tidak memerlukan putera untuk akhiri penderitaanya. Dia sendiri boleh melakukanya...