"Amboi sibuknya mama." Lutfi yang baru tiba kerumah menyapa mamanya bersama Khair yang kelihatan sudah berpeluh mengemas rumah. Macam nak buat kenduri pun ada."Abang Naqib kamu dengan kak Safi nak balik. Mama kena kemas lah rumah ni. Nanti cucu-cucu mama nak bermain." Balas Puan Ida sambil menolak perabot bersama Khair dihujungnya.
"Kejap Lutfi tukar baju tolong mama dengan Khair."
"Elok juga tu. Lepasni mama nak kamu tolong mesin rumput kat taman." Mendengar sahaja mesin rumput wajah Lutfi serta merta mencuka. Dia paling tidak suka memegang mesin itu.
"Khair boleh buat mama." Khair mencelah, tahu abangnya yang kerjanya dekat dalam pejabat itu tak akan gemar dengan mesin-mesin, berbanding dia yang kerja dibengkel.
"Tak payah. Kamu dah banyak tolong mama. Biar abang kamu buat."
"Ya ya baik.." Mendatar suara Lutfi yang sedang mendak tangga mengundang senyuman dibibir Puan Ida.
"Papa tak balik harini mama?" Soal Khair sebaik perabot itu siap diletak pada tempat diminta mamanya.
"Tak, papa dapat undangan dinner dekat Hotel Ctya. Papa ajak mama ikut. Mama penat lah nak pergi." Balas Puan Ida yang menepuk-nepuk tangannya lantas mengelap peluh di dahi dengan lengan baju.
Dia bercekak pinggang memandang sekeliling. Satu senyuman puas terukir dibibir.
"Kamu nak kemana Khair?" Berkerut dahi Puan Ida memandang Khair berlalu ke belakang rumah menuju ke stor.
"Nak ambil mesin rumput."
"Kan mama suruh abang Lutfi kamu buat."
"Tak apa lah. Abang Lutfi baru balik. Kesian dia." Balas Khair ringkas. Puan Ida geleng kepala dengan keluhan. Khair memang selalu mengalah dengan keluarganya.
Lily pandang jam tangan sebelum kepalanya diangkat menjenguk kearah pagar sekolah. Sebaik melihat seorang kanak-kanak berlari keluar dia pantas keluar dari perut kereta menghulur senyum kepada kanak-kanak itu.
"Kakak!!" Lisa menjerit menerpa ke arah kakaknya.
"Hai Lisa." Lily menyamai ketinggian anak itu.
"Kakak jemput Lisa harini?!" Soal Lisa teruja. Lily senyum tipis seraya mengangguk kepalanya.
"Kakak ingat nak bawa Lisa makan aiskrim. Kakak teringin nak makan aiskrim. Lisa nak teman kakak tak?" Soal Lily sambil mengusap rambut anak kecil itu.
"Nak!!" Lisa laju mengangguk kepalanya.
"Kalau macam tu jom?" Lily bangun lantas menghulur tangan buat anak itu.
"Yeay jom!!" Lisa menjerit teruja lantas menyambut huluran tangan Lily. Sejak dua menjak ini kakaknya Lily kelihatan berbeza, tidak banyak bercakap malam Lily hanya mengurung diri di dalam bilik jika pulang ke rumah.
Fikirnya mungkin Lily sedang ada masalah dan ingin tenangkan fikiran dengan makan aiskrim bersamanya.
PUAN SARAH menjenguk-jenguk kepala keluar tingkap kereta mencari Lisa. Sepatutnya Lisa sudah keluar dari kelas agamanya. Tapi kenapa anak itu masih belum-belum nampak batang hidungnya?
YOU ARE READING
Bukan Cinderella
Romance(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri sehingga putera raja datang menyarung kasut kaca. Ups! Dia tidak memerlukan putera untuk akhiri penderitaanya. Dia sendiri boleh melakukanya...