"Terima kasih atas kerjasama Encik Dzul."Wajah Dzul mendatar memandang susuk-susuk dihadapannya. Pandangannya dingin tidak berperasaan memandang lelaki berkot hitam bersama wanita manis bertudung kuning susu disebelahnya.
Situasi yang boleh dikatakan agak janggal tapi itulah yang harus dia lalui sejak syarikat lelaki itu mula menjadi client dan memerlukan perkhidmatannya.
"Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu." Dzul mengemas dokumen dan lakaran plan dibawanya tapi belum sempat dia mengangkat punggung, tangan seseorang pantas menahan.
"Tak kan dah nak balik Dzul? Kita lunch dulu?" Pelawa Lutfi ramah. Tapi lain di mata Dzul, senyuman dihulur Lutfi kelihatan sangat sinis dan menjengkelkan dimatanya.
Anak mata Dzul bergerak memandang gadis di sebelah lelaki bernama Lutfi itu. Laju sahaja gadis itu mengalih anak mata.
"Aku sibuk."
"Come on Dzul, janganlah layan aku macam orang asing. Aku pun kawan adik kau juga.."
Mencerlung pandangan Dzul dihadiahkan buat lelaki bernama Lutfi itu.
"Aku nak kau jauhkan diri kau dari adik aku. Aku tak suka kau rapat dengan Dayang." Dingin dan lancar kata-kata meluncur keluar dari mulut Dzul buat Lutfi tersenyum sinis.
"Sampai bila kau nak kongkong adik kau Dzul? Kau patut cari life kau sendiri dan bebaskan adik kau cari life dia sendiri."
"Jangan masuk campur urusan aku." Dzul menepis tangan Lutfi memegang lengannya. Satu pandangan maut dihadiahkan buat perempuan yang dari tadi mendiamkn diri di sebelah Lutfi sebelum dia berlalu meninggalkan orang-orang itu.
"Haih.. Tak pasal-pasal aku terseret sekali." Lutfi hela keluhan berat sambil meraup rambut melihat susuk Dzul menjauh.
"Maaf Encik Lutfi," Suara halus seseorang disebelah buat Lutfi menoleh memandang.
"Awak sepatutnya tak bawa dalam situasi awak dan dia Fatnin." Balas Lutfi mendatar. Setiausahanya kelihatan menunduk wajah.
"Saya tahu.. tapi masa tu saya terdesak sebab terlalu ikutkan perasaan saya sendiri." Fatnin tarik nafas panjang buat Lutfi serba salah.
"Awak dah tak cintakan dia?"
"Saya cintakan dia. Terlalu cintakan dia. Tapi saya dah penat menunggu." Jawapan spontan Fatnin buat Lutfi terjeda memikirkan apa yang sudah dilalui mereka sehingga Fatnin nekad memutuskan pertunangannya bersama Dzul.
"Abang dah balik? Adik masak makanan sedappp untuk abang!" Laju Dayang menerpa lantS memeluk lengan abangnya sebaik tunuh Dzul keluar dari perut kereta.
"Adik masak ke beli?"
Dayang mencebik. "Beli tapi dah sejuk adik panaskan. Masak juga kan?" Balas Dayang tak bersalah. Dzul hanya tersenyum tanpa membalas. Bukan adiknya tidak tahu memasak tapi dia kenal adiknya seorang itu. Tak mungkin Dayang masak kalau baru pagi tadi gadis itu pulang dari kerja.
"Abang mandi kejap. Badan melekit." Dzul tarik lengannya daripada dipaut Dayang sebelum berlalu menuju ke biliknya.
Dayang jungkit bahu sebelum dia kembali ke garaj mengeluarkan kertas-kertas kerja abangnya. Hampir penuh pegangannya dengan gulungan-gulungan kertas.
Usai dia meletak kertas di atas sofa, dia kembali ke kereta untuk mengambil baki yang lain. Belum sempat dia bawa kertas kerja yang lain matanya terpaku melihat sekeping foto jatuh di bahagian kaki di kerusi penumpang. Perlahan-lahan tangan Dayang bergerak mencapai sebelum mata itu berubah dingin memandang raut wajah di dalam foto itu.
"Fatnim?" Dayang soal sendiri. Gigi diketap sebelum dia gumpal gambar itu lalu dibuang ke dalam bakul sampah.
•••
YOU ARE READING
Bukan Cinderella
Romance(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri sehingga putera raja datang menyarung kasut kaca. Ups! Dia tidak memerlukan putera untuk akhiri penderitaanya. Dia sendiri boleh melakukanya...