1

54.6K 3.4K 148
                                    

Di hari yang indah seperti biasa, bunyi-bunyian riuh sebuah Restoran yang tidak lekang dengan pelanggan sudah lali ditelinganya. Senyuman tidak pernah pudar dibibir melayan mereka seorang demi seorang, malah rasa penat tidak sedikit mematah moodnya pada setiap hari. Dia sendiri yang turun padang memasak malah tak kekok melayan pelangganya.

Jika ditanya apa yang dia lakukan disitu. Jawapanya pasti sama. Dari kecil sehingga besar itulah tempat menjadi saksi dia menjadi seorang gadis yang berdikari walau apa yang dia ada cukup untuk dia goyang kaki dan meluang masa dengan memanjakan diri di spa ataupun berbelanja mewah seperti anak-anak gadis lain.

Tapi itu bukan dia.

"Lily!" Seorang gadis berambut ikal mayang terikat rapi dikepala berpaling dengan senyuman lebar mendengar namanya diseru dari meja sebelah. Dulang air di tangan dibawa ke sisi sebaik dia usai menghantar penyejuk tekak pelanggannya.

"Tambah air! Macam biasa" Ujar seorang lelaki ralit dari tadi melepak bersama rakan-rakanya di situ. Sudah menjadi kebiasaan buat Lily kenal dengan semua pelanggan-pelanggan tetap di Restoran milik keluarganya itu. Malah dia lebih rapat dengan mereka berbanding pekerja yang lain.

"Noted!" Lily hulur senyum sebelum melangkah melalui meja-meja sudah penuh dengan pelanggan.

"Teh Ais meja 8" Ujar Lily sebaik sampai dikaunter lalu meletakkan dulang air itu diatasnya.

"Baik, Lily." Gadis dikaunter segera mengangguk sebelum pantas menyampai maklumat buat orang di dapur.

"Lily phone" Seorang pekerja lelaki datang menghulur telefon. Lily senyum tipis sebelum menaggalkan apron tersarung separuh di pinggang rampingnya.

"Thank you." Sebaik itu dia menyambut huluran telefon bimbitnya. Lily terus berlalu naik ke tingkap atas menempatkan pejabat atau bilik rehat milik dia dan keluarga. Bukan dia tidak boleh menjawabnya di dalam restoran itu tapi bunyi restoran terlalu bingit dengan orang ramai takut pula mengganggu pendengaran si pemanggil.

"Ada apa?" Sapa Lily sebaik melekap telefon di telinga. Dia menghempas tubuh di atas sofa lantas mengurai rambut terikat kemas dari tadi.

"Macam tu je kau jawab panggilan sahabat baik kau sendiri?" Soal satu suara di talian. Lily tergelak kecil, macam tu pun nak kecoh Cik Bedah ni.

"Iya Erma. Ada apa yang aku boleh bantu?" Soal Lily memujuk. Setelah lama mereka berkawan dari kecil hingga besar. Lily lebih selesa memanggil gadis itu dengan nama sahaja tanpa meletak pangkat kakak di hadapan. Entah, mungkin dia sudah lebih selesa dengan begitu.

"Busy sangat ke hari ni?" Soal Erma ditalian.

"Macam biasa" Balas Lily senada. Terdengar keluhan Erma ditalian, Lily tersenyum sebelum bangun berdiri bersandar pada badan sofa. Pandangan dihala keluar tingkap jendela. Jalan diluar kelihatan agak sesak.

"Yee aku ambil kau kat sekolah hari ni. Kita keluar shopping" Bagai mengerti apa yang ada dalam fikiran perempuan ditalian itu.

Erma segera mengumtum senyum lebar.
"Betul ke ni?!!"

"Ya betul." Lily senyum tipis.

"Okay! Aku dah nak habis kelas ni. Pukul 2 ambil tau!" Jerit Erma teruja ditalian. Erma merupakan seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah kebangsaan. Manakala Lily sepenuh masa dihabiskan di Restoran keluarganya itu. Bukan dia tidak berpelajaran, malah dia sudah memegang ijazah dalam bidang pentadbiran sains. Tapi Lily malah hanya memilih untuk terus menyumbang pada usaha keluarganya.

Itu titik peluh keluarganya membesarkan dia selama ini. Tidak semudah itu untuk dia melepaskanya.

"Lily kau dengar tak?" Lily tersentak dimarahi Erma.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now