15

36.5K 2.6K 333
                                    

"Mama kenapa ni?" Lutfi pandang mamanya tidak senang duduk memegang telefon bimbitnya di dapur. Dia capai botol air lalu dituang ke dalam gelas .

Puan Ida mengeluh, lantas melabuhkan duduk di atas counter island. Lutfi turut mengambil tempat di sebelah mamanya.

"Mama tak sangka Lily akan jadi seperti sekarang. Mama risau Lut." Luah Puan Ida, dia sampai tidak dapat bertenang sebaik menerima panggilan dengan esakan Erma sebentar tadi. Sejak dua menjak ini Erma banyak meluah rasa padanya memandangkan Erma juga ada perselisihan dengan ibunya. Segala dukanya diluah pada Puan Ida.

"Mama risaukan Lily?" Soal Lutfi kembali.

"Itu pun iya tapi sekarang mama lebih risaukan Erma. Lily pergi serang dia dekat Restoran tadi. Habis basah baju Erma disiram Lily. Ya Allah.. kenapa jadi sampai macam tu sekali Lily.." Lutfi   diam sejenak.

"Lily itu,, hati dia memberontak mama. Hidup bahagianya dirampas, siapa je tak rasa sakitnya. Kalau Lut ada kat tempat dia, mungkin Lut akan buat lebih dari itu." Balas Lutfi mendatar. Puan Ida pandang wajah anaknya, tidak menidakkan tidak juga mengiyakan.

"Tapi tidak seperti ini Lut.. Mama risaukan jika sesuatu berlaku pada Erma dan Sarah."

"Sudahlah mama, jangan masuk campur urusan mereka. Pandai-pandailah Encik Fajir uruskan."

"Itu yang mama risaukan Lut! Fajir itu terlalu sayangkan Lily. Mama takut dia diamkan apa-apa yang Lily lakukan pada Sarah dan Erma kerana rasa bersalahnya. Kamu faham kan apa yang mama nak cakap?"

"Ma.. cukup! Lut tak nak lah mama masuk campur urusan rumah tangga orang. Lagipun Lily dan Erma tu dah besar! Tahu mana baik mana buruk." Lutfi bangun dari kerusinya lantas kembali menyimpan botal air ke dalam peti sejuk.

"Ni Khair pergi mana? Weekend pun hilang." Omel Lutfi, dia baru ingin mengajak adiknya itu pergi jogging bersama.

"Dia ada kat bengkel dia lah."

"Aik weekend pun buka ke?"

"Kamu ni! Bengkel Khair tu tutup hari ahad je, lagipun harini sepatutnya buka separuh hari. Tapi budak budak bengkel tu nak overtime sebab banyak kereta katanya." Mendengar balasan ibunya, mulut Lutfi membentuk O.

"Lutfi keluar dulu ma."

"Aik nak pergi mana Lutfi?!" Terkebil-kebil Puan Ida memandang anaknya.

"Culik anak bongsu mama. Ajak dia teman Lut jogging!" Laung Lutfi sambil melangkah menuju ke biliknya.

"Jangan lupa bawa baju untuk adik kamu sekali! Takkan dia nak jogging dengan baju bengkel dia."

"Aip aip madam!" Tersenyum Puan Ida mendengar balasan anaknya.

•••
Lepas tiga round mengelilingi taman Lutfi terlebih dahulu berlari kelelahan mencari tempat melepas lelah sebaik melihat bangku tidak jauh dari situ. Khair tergelak kecil memandang abangnya termengah-mengah.

"Itulah kau lama tak bersenam." Kutuk Khair.

"Penat lah!" Lutfi tarik nafas panjang lantas menghembusnya.

Khair menyungging senyum sebelum bergerak ke arah kereta mereka yang terpakir tidak jauh dari situ. Tak lama dia kembali bersama botol mineral ditangan.

"Thanks." Ujar Lutfi sebaik sebotol mineral dihulur Khair buatnya. Tanpa membalas Khair turut melabuhkan duduk disebelah abangnya. Rambut diraup kebelakang sambil matanya jauh membuang pandang ke arah tasik buatan di tengah tengah taman itu.

"Mama ada sebut pasal Lily tadi." Ujar Lutfi sebaik menutup kembali botol mineral itu.

Dia perasan wajah adiknya sedikit berubah mendengar nama gadis itu.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now