"Tahu tahu je dah nak nikah. Lepas ni aku nak pergi check dengan doktor Ilham. Aku rasa jantung aku ni dah tak normal." Sambil mengomel sambil Dayang calit makeup di wajah sahabatnya. Kahwin pun mengejut mana mereka sempat nak tangkap mak andam. Sudahnya si Dayang pramugari ala-ala model itulah yang ditangkap.
"Orang kata kalau memasak sambil membebel tak ikhlas, nanti lauk jadi tak sedap." Talia yang bermain-main dengan baju pengantin pula menyambung.
"Apa kaitannya?" Dayang menjeling.
"Yelah, kau membebel sambil make up dia. Hilang seri dia nanti. Kau nak jawab apa dengan Khair?"
"Aku cakap je bakal bini dia ni selalu buat jantung aku sakit." Balas Dayang selamba.
"Semalam aku terfikir tau nak merayau rumah kau Lily. Tapi kalau aku datang mesti kau tak jadi kahwin dengan Khair kan?" Talia pandang Lily yang menadah muka dicoreng Dayang.
"Mungkin."
"Tak sia sia aku tidur awal malam tadi." Talia tersenyum bangga.
"Aku ingat kau dah bersekongkol dengan Khair." Sebelah mata Lily dicelik memandang Talia.
"Aku nak bersekongkol dengan Khair? Mestilah iya. Khair yang minta aku call pejabat agama malam tadi." Talia sengih menayang barisan gigi tersusun cantik. Wajahnya langsung tak menunjuk sebarang sesal!
"Apalah malang aku dapat kawan-kawan macam korang ni.." Dayang mengeluh sambil geleng kepalanya.
•••
Lily pandang sekeliling, tak ramai yang hadir cuma keluarga terdekat sahaja yang menjadi tetamu majlis akad nikahnya itu. Ya, Encik Fajir sendiri mahu adakan secara kecil-kecilan untuk elakkan kata-kata buruk orang pada anaknya. Mungkin majlis persandingan akan dilakukan beberapa bulan lagi. Bergantung pada persetujuan Lily Dan Khair.Puan Sarah dan Puan Ida duduk tak jauh darinya, keduanya tak banyak bercakap sejak dari tadi. Puan Ida juga tidak memunculkan diri dihadapannya atau bercakap dengannya walau sepatah. Mungkin masih kecewa dan menganggap dirinya perampas yang memerangkap Khair dalam sebuah perkahwinan. Buat apa dia fikir? Lagi wanita itu marah. Lagi dia suka.
Tak jauh Lily memandang Abang Naqib, abang sulong Khair bersama Lutfi yang duduk bersama di barisan pengantin lelaki yang sedang menghadap ayahnya Encik Fajir. dan yang lebih penting, sekarang akad nikah sedang berlangsung. Dia seperti kembali ke alam nyata memandang tangan Khair digoncang ayahnya.
Mata Lily membesar.
"Sah! Sah!"
"Sah!"
"Alhamdulillah.." Hanya itu yang dia dengar. Begitu lama dia mengelamun sehingga tidak sedar diri sudah sah menjadi isteri kepada Khair Bakhtiar.
"Talia.." Tengah menadah doa, Lily cuit Talia disebelah.
"Apa?"
"Aku patut menangis ke?"
"The heck! Kau nak berdrama apa menangis bagai?" Soal Talia kembali.
"Ye lah, biasa lepas akad nikah kan, pengantin akan menangis terharu." Bisik Lily.
"Jangan bazirkan make up aku. Tak payah menangis." Dayang mencelah tanpa riak buat Lily dan Talia serentak mengangguk setuju.
"Ehem!" Talia berdehem menunjuk ke arah Khair yang segak berbaju melayu sedondong dengan Lily sedang menuju ke arah isterinya. Seorang wanita muncul membawa bekas berisi gelang lalu dihulur kepada Khair.
Terkebil-kebil mata Lily memandang wanita itu, wajah yang dia pernah lihat sebelum ni. Tapi siapa?
"Jangan pasang wajah blurr, itu Kak Safi. Isteri abang Naqib." Khair capai tangan Lily seraya menarik gelang di dalam bekas dihulur kakak iparnya.
YOU ARE READING
Bukan Cinderella
Romance(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri sehingga putera raja datang menyarung kasut kaca. Ups! Dia tidak memerlukan putera untuk akhiri penderitaanya. Dia sendiri boleh melakukanya...