Lily tongkat dagu memandang sekeliling. Ruang rumah ibunya sekarang penuh dengan orang-orang. Ayahnya dan Encik Rozi kelihatan serius bercakap dengan orang-orang dari jabatan agama. Manakala Puan Ida tegang membebel sesuatu kepada Khair. Sedangkan dia disitu..
Menahan kantuk. Seharian dia bekerja keras sejak dari semalam. Dan akhirnya hanya rancangan Khair yang berjaya dan rancangannya digagalkan oleh lelaki itu.
Lily lepas keluhan berat sebelum dia menyandar tubuh pada sofa. Ini sangat tidak adil.
"Kami harap tindakan dari orang tua untuk menikahkan dua orang ni segera dilakukan dari perkara buruk berlarutan." Lily angkat wajah memandang seorang dari jabatan agama itu.
"InsyaAllah, esok atau lusa kami akan serahkan surat nikah di pejabat." Sambung Encik Rozi mengundang cemberut di wajah Puan Ida.
Lily kalih pula anak matanya memandang Erma yang sedang tersedu-sedu ditenangkan Puan Sarah disebelah. Siapa yang kena tangkap basah sekarang? Sepatutnya mangsa ditangkap basah itu yang sepatutnya menangis tetapi sekarang berbalik. Adakah dia patut menangks juga? Lily terkebil-kebil memikirkan adakah dia patut berlakon menangis seperti mangsa.
Hm bosan.
"Kalau tak ada apa, kami minta diri dulu. Bawalah berbincang anak beranak." Ujar seorang dari ahli jabatan agama itu.
"Maaf atas segala yang berlaku. Minta jangan hebohkan pada orang luar kami tak mahu keadaan kami anak beranak makin tertekan." Sempat Encik Fajir meninggal pesan.
"Aib orang tak baik dihebohkan. Cuma kami mahu perkara ini tak berlaku lagi dengan kahwinkan mereka berdua." Tenang pegawai agama itu menutur.
"Baiklah, terima kasih."
"Sama-sama."
Lutfi yang tadi mendiamkan diri bangun menghantar pegawai-pegawai agama itu ke muka pintu.
Sebaik semua mereka beredar Lily tarik nafas lega lantas bangun dari duduknya.
"Lily duduk!" Belum sempat Lily melangkah, suara keras Encik Fajir membuat langkahnya terhenti.
"Lily penat, Lily nak tidur."
"Penat dengan apa yang kamu dah buat dari semalam dan hari ni?!" Tegang suara Encik Fajir. Dia sudah tidak peduli dengan keluarga Khair yang ada disitu. Semua sudah tahu segalanya.
"Kalau iya kenapa?" Lily berpaling memandang ayahnya tanpa riak bersalah.
Encik Fajir mengetap gigi.
"Kamu dah coteng arang kat muka Ayah Lily!!"
"Setakat conteng arang di muka ayah nak dibandingkan dengan ayah yang dah buat hati ibu dan Lily berdarah tanpa henti!!" Tajam mata Lily membalas tatapan ayahnya.
"Ikutkan hati Lily, Lily nak perangkap je perempuan tu dengan uncle Rozi sampai kahwin!! Biar ayah rasa apa yang Ibu rasa!!"
"Lily!!" Deras tangan Encik Fajir diangkat ingin menampar wajah anaknya. Wajah Lily tidak beriak, tak berkelip menerima tamparan ayahnya.
Dia sudah bersedia dengan semua itu.
Terketar-ketar tangan Encik Fajir yang hampir mengena wajah Lily. Entah seperti ada sesuatu buat dia menghentikan tindakannya. Tamparan dan sakitkan Lily tiada gunannya. Dia malah akan menambah luka di hati itu. Perlahan-lahan Encik Fajir menjatuhkan tangannya.
"Ayah dan Ibu tak pernah ajar kamu jadi seperti ini Lily.." Bergetar suara Encik Fajir.
"Ya, Ibu tak pernah ajar. Tapi ayah.. Ayah dan manusia-manusia tu yang dah buat Lily jadi macam ni." Lily mengalih pandangan dari menatap wajah kecewa ayahnya. Entah kenapa dia turut merasa sakit.
YOU ARE READING
Bukan Cinderella
Romance(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri sehingga putera raja datang menyarung kasut kaca. Ups! Dia tidak memerlukan putera untuk akhiri penderitaanya. Dia sendiri boleh melakukanya...