Tuhan tidak mahu engkau patah lebih parah
makanya Tuhan jauhkan engkau dari dia
Jangan kau jadikan dirimu laksana dahan yang hampir patah
Jangan kau berani menuai risiko
Kerana bimbang nanti di akhirnya
Kau akan merana
Bahkan jauh lebih sakit
Sakit yang tak akan sudah.Percayalah
Akan ada sinar yang menantimu di sana
Cukup kau langitkan doa
Tanpa kau putuskan tali gantungmu
Hanya pada Dia.Akan menjengah waktunya
Kau akan bertemu dahulu
Sama ada dia atau Dia
Kau akan mengerti
Akan segala teka-tekinya
Bila sampai suatu masa.– adikdiary, 10 Januari 2021
YOU ARE READING
Di Balik Mendungnya Awan - Puisi (Ongoing)
PoesíaSebuah nukilan kudus daripada seorang penggembala tinta. Nah, sebuah nukilan ringkas buat kamu. Dengarkanlah laungan dan gema suaranya. Bacalah satu persatu dan rasakanlah bahangnya. Terima kasih kerana sudi meraikan suara penaku ini. - adikdiary "©...