Kaki ini melangkah perlahan
Mengorak sejauh yang ia larat
Meskipun dibalas dengan panahan
Namun ia terus menyulam kudrat.Saat ditikam beribu panah
Ada seekor singa sedang mendekat
Mencari-cari dan menghidu mangsa
Hingga satu detik ia terlihat..
Sosok manusia yang kecil tapi kuat.Bermulalah episod bertarung nyawa
Maka kubuka seribu langkah
Tak mahu tewas di tangan sang raja
Maka aku berlari tanpa puas
Berharap agar mustahil menjadi nyata.Ya Tuhan, aku sudah hilang punca!
Kakiku makin lemah longlai
Terasa berat mencengkam dada
Mata ini seakan mahu tertutup rapat.Aku rebah..
Mataku memaksa agar ia terpejam
Namun aku bangkit semula
Sayang kudratku cukup lemah
Aku kembali rebah
Aku bangkit lagi buat kali kedua
Sekali lagi aku dihentam panah
Tepat menusuk dada
Kulaung seruan takbir
Allahuakbar!Walau dalam nada sayu
Kugenggam pasir dan rumput
Berharap agar kesakitan itu
Menghilang dengan sendirinya.Ya Rabb, ambillah aku
Ambillah aku..ya Rabb
Aku sudah tidak tahan..Beberapa detik aku menanti
Agar nyawaku segera terpisah dari jasad
Namun, hampa
Air mata ini deras mengalir
Menahan hiba yang menghentak dada
Lantas, cahaya terang tepat menyuluh peroman,"Wahai manusia, mengapa engkau begitu cepat berputus asa?"
"Sedarkah dirimu engkau rebah baru sekali dua"
"Tapi kau sudah mengalah dan berputus asa..
Mengapa semudah itu wahai teman?"Lantas aku lalu tenggelam dalam suluhan tajam itu.
Bila kubuka mata
Baru kusedar
itu hanyalah mimpiku saja.Allahuakbar!
Kulaung seruan ini buat kali kedua.:')
– adikdiary 13 Januari 2021
YOU ARE READING
Di Balik Mendungnya Awan - Puisi (Ongoing)
PoesiaSebuah nukilan kudus daripada seorang penggembala tinta. Nah, sebuah nukilan ringkas buat kamu. Dengarkanlah laungan dan gema suaranya. Bacalah satu persatu dan rasakanlah bahangnya. Terima kasih kerana sudi meraikan suara penaku ini. - adikdiary "©...