Part 10 - Jalan Hijrah

76 12 1
                                    

Tidak perlu meminta izin jika engkau mahu berubah

Tidak perlu kau tunjukkan pada satu dunia jika engkau sudah mengorak langkah

Tidak perlu kau tanyakan pada Tuhan mengapa engkau harus berubah

Tidak perlu kau fikirkan pula sampah yang suka menabur fitnah

Tidak perlu kau basahi tubuhmu agar dapat menyejuk api Hawiyah

Cukup kau nilailah hatimu dengan menoktah

Bahawa jalan hijrah itu -

Bukanlah suatu keperluan apatahlagi kewajipan
Namun itulah sebaik-baik jalan
Untuk engkau kembali ke kampung asalmu
Dengan sebaik-baik pengakhiran.

Bangkitlah dan berubahlah
Selagi Tuhan masih memberimu jalan.

:)

adikdiary, 13 Januari 2021

Di Balik Mendungnya Awan - Puisi (Ongoing)Where stories live. Discover now