10

1.5K 128 2
                                    

"Lutfi! "jerit Adam lalu menolak kasar bahu Lutfi.Lutfi yang tidak bersedia dengan tindakan Adam terjatuh ke lantai.

" kau apahal sial! Datang-datang terus tumbuk orang apasal?! " jerkah Hakim iaitu sahabat baik Lutfi.Dia membantu Lutfi bangun.

Lutfi gelak sinis sambil memandang Adam tajam." Kau kenapa bro?Ada masalah dengan aku? "tanya Lutfi.

" kau apasal ha nak buli-buli Hanna!Sedar la diri tu sikit,kau tu budak bermasalah dekat sekolah ni.Dah tak ada pelajar lain agaknya kau nak buli "marah Adam.Dia sedari tadi memerhatikan tindak tanduk Hanna dan Lutfi dari kawasan kantin.

Hanna terkejut memandang Adam.Dia menggeleng perlahan kepalanya. "A..Adam tak ada lah.Lutfi tak buli pun.Dia cuma belanja Hanna makan.Hanna nak pulangkan balik duit dia "jelas Hanna pada Adam.

"Tah kau ni.Datang-datang macam kan apa je main serang-serang.Lain kali tak tahu cerita,pergi tempat lain.Main masak-masak "bebel Husna pada Adam.

Hakim menunjukkan thumbs up pada  Husna sambil memasukkan tangan kirinya ke dalam poket seluar sekolahnya.Husna menunduk malu.

" Tak,aku tahu tu rancangan dia je nak buli kau la.Manusia macam budak bodoh ni tak boleh di bagi muka! " marah Adam.Dia tidak percaya dengan kata-kata Hanna.

Lutfi adalah seorang pelajar yang suka membuli pelajar yang lemah.Pengawas pun dia bulinya.Dia tahu jika itu sebahagian rancangan Lutfi untuk membuli Hanna.

" Oii!Kau pekak ke apa siak?Tak dengar ke perempuan ni cakap apa?Nak aku ulang atau kau nak aku lukis bagi kau? "tanya Firdaus yang dari tadi hanya memerhati.Dia begitu tidak senang dengan perangai Adam.

Adam ingin melangkah maju menuju ke Firdaus yang bersandar di dinding tapi sempat dihalang Hanna.Dia memandang tajam ke arah tiga pelajar lelaki yang bermasalah itu.

"Dah Adam!Saya cakap saya okay kan!Awak ni kenapa!Tolong jangan sibuk urusan saya! "tegas Hanna.Husna dan Mia mengangguk setuju dengan kata-kata Hanna.

"Dah jom!Buat apa lama-lama dekat sini.Buat semak mata je pandang budak perangai setan ni "kata Adam lalu menarik lengan Hanna untuk mengikutnya.

Hanna terkejut.Nasib baik Adam memegang lengannya yang berlapikkan kain.Hanna dengan langkah terpaksa mengikut Adam apabila ditarik sedikit kasar.

Mia dan Husna sudah marah pada Adam.Sesuka suki dia je nak tarik kawan baik mereke tu.Tiba-tiba suara mereka sudah berhenti.

Langkah Adam dan Hanna terhenti.Adam mengetap giginya lalu menoleh ke belakang.Matanya bergerak memandang lengan kiri Hanna yang ditarik dari belakang.Mata Adam bergerak mengikut lengan Hanna sehingga ke muka orang yang menarik lengan Hanna.

Lutfi tersenyum sinis pada Adam apabila kata mereka bertembung.Dia mengetatkan lagi pegangan pada lengan Hanna.Riak Hanna yang terkejut tidak di ambil peduli.

"Bro,kau nak berambus.Kau berambus sorang.Kau nak tarik perempuan ni ikut kau sekali buat apa? "tanya Lutfi memandang Hanna sebelum memandang Adam.

"Suka hati aku la!Kau nak menyemak apasal!Kau ingat aku nak biar perempuan ni dengan korang semua! "jerit Adam lantang.Pelajar-pelajar lain sudah berkumpul memandang drama yang mereka buat.

Husna dan Mia sudah gelisah apabila melihat kejadian yang berlaku.Mia memukul tangan Adam sebelum memukul tangan Lutfi menggunakan beg duitnya.

Serentak kedua-dua mereka melepaskan lengan Hanna.Pedih woo minah ni pukul dengan dompet dia.Ada jongkong emas ke siak.

"Oi oi!Ni anak orang tau.Bukan patung yang sesuka hati korang nak tarik sana tarik sini.Aku ni masih hidup tau.Sebelum korang dua ni aku pelakung dengan helmet aku.Baik korang dua ni berhenti.Jangan buat drama dekat sini "bebel Mia.Husna dan Hanna berdiri dibelakang Mia.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now