25

1.2K 111 33
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤

Dijah membancuh air kopi di dapur. "Rajin kau ye datang sini semata-mata nak buatkan kopi.Dekat rumah kau dah buatkan kopi ke belum? "kata Resha menyindir Dijah.

"Resha,shut up "kata Raihan tegas.Raihan memandang wajah Hanna yang hanya diam dan monyok tidak ceria.Dijah mengambil tempat di sebelah Raihan.

"Eh Hanna,kau macam mana semalam?okay tak? "tegur Zikri pada Hanna yang senyap dari tadi.Hanna hanya mengangguk dan tersenyum sebagai balasan.Dia tidak ada mood untuk bercakap.

"Ni abang,Dijah ada buatkan air kopi.Almaklumlah,nak harapkan yang sorang tu..mana reti kan "kata Dijah sambil menuang air kopi ke dalam cawan Raihan.

"Sorry but Han tak minum kopi "kata Raihan pada Dijah.Air kosong yang di minum Resha tersembur keluar pada wajah Rayyan. "Akak!apa ni! "marah Rayyan mengambil tisu lalu mengelap mukanya.

Muka Dijah bertukar merah menahan malu. "Ish,sia-sia je aku buatkan air kopi ni "kata Dijah dalam hati.Dia kembali duduk di kerusi.

Hanna bangun dari duduknya sebelum bergerak menuju ke arah kabinet dapur.Dia mengeluarkan serbuk coklat lalu dibancuh dalam gelas.

Raihan tersenyum nipis melihat Hanna yang membuat air coklat. "Tahu-tahu je air kegemaran aku "kata Raihan dalam hati.Matanya hanya memerhati kelakuan Hanna.

Hanna membawa gelas yang sudah berisi air coklat. "Thank you Han... "kata Raihan sambil tangannya ingin mengambil gelas yang berisi air coklat suam iu tapi kata-katanya terhenti apabila melihat Hanna menghulurkan air coklat itu pada Zikri.

Suasana menjadi senyap.Zikri sudah memegang cawan yang dihulur oleh Hanna sementara Raihan masih kaku sambil tangannya masih di gayakan untuk mengambil cawan itu.

"Kenapa kau bagi dia? "kata Raihan dingin.Tangannya dilipat kedada.Geram melihat Zikri yang sudah menghirup air coklat itu. "Thanks Han "kata Zikri mendapat anggukan dari Hanna.

"Awak nak?suruh lah tunang awak buatkan?Saya ni kan siapa je lah.Tak pandai buat kerja dapur,pakai tudung pun tak de cecah lantai "kata Hanna memberi sindiran kepada Dijah.

Dijah yang sedar bahawa dirinya di sindir menjegilkan matanya pada Hanna. "Eh abang nak ye?Dijah buatkan sekejap ye "kata Dijah perlahan pada Raihan.Raihan hanya mengangguk.

"Ouh haah yelah.Kau kan perempuan bandar,mana reti buat air.Lain lah tunang aku ni.Sopan,pandai buat kerja-kerja dapur "kata Raihan sengaja ingin menyakitkan hati Hanna.Resha sudah menggelengkan kepala melihat perangai abang sulungnya itu.

Dijah menghulurkan cawan yang berisi air coklat suam kepada Raihan. "Dari bau pun dah sedap.Thank you Dijah "kata Raihan sambil tersenyum pada Dijah.Dijah tersenyum senang.

Hanna hanya membuat tidak endah. "Aku harap kau minum tersembur "kata Hanna dalam hati.Dia menjeling tajam dua ekor gagak yang tergedik-gedik itu.Zikri tergelak kecil melihat jelingan Hanna pada Raihan dan Dijah.

Raihan membawa cawan ke bibirnya sebelum dihirup perlahan. "Pftt! Dijah sengaja nak bunuh Raihan ke?! "kata Raihan yang tersembur selepas minum air yang dibuat oleh Dijah.

Yang lain hanya memerhati.Dijah membuat muka terkejut. "Ermm,air dari tangan seorang perempuan yang pandai buat kerja dapur long.Memang lain dari yang lain "kata Rayyan memerli Raihan.

"Diam lah kau! "kata Raihan geram.Tisu di ambil lalu dilap ke mulutnya.Muka Hanna yang sedang bangga apabila kemenangan tidak berpihak pada dirinya dipandang geram.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now