22

1.2K 117 74
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤

Sepanjang mereka di rumah Nek Mah,Hanna hanya menghabiskan masa dengan bermain telefon.Dia hanya bersembang dengan semua orang di dalam rumah itu kecuali Raihan.

Raihan yang duduk di atas lantai sambil mengunyah manga memandang geram pada Hanna yang tengah bergelak ketawa bersama Resha dan Rayaan. "Ooo,dengan aku,kau buat bodoh je "kata Raihan dalam hati.

Raihan bangun dari duduknya lalu berjalan ke arah mereka bertiga sambil membawa balang berisi manga.Dia duduk di sebelah Hanna sambil mengunyah manga.

Hanna menjeling Raihan yang sesuka hati saja duduk disebelahnya.
Semakin dia menjauh,semakin Raihan mendekat. "Ish nak apa? "kata Hanna memandang Raihan dengan pandangan maut.

Balang manga di letakkan atas meja kopi. "Ouh ada mulut.Ingatkan tak ada mulut tadi "kata Raihan memandang Hanna.Hanna membuat muka mendengar kata Raihan seolah-oleh tengah memarahi anak kecil.

"Bang long,kau ni kenapa.
Datang-datang terus cakap macam tu?Ha mana tunang kau?tak datang pulak "kata Rayyan pada Raihan yang sedang memandang tajam pada Hanna.

Raihan perlahan-lahan memandang dingin wajah adik bongsunya. "Kau boleh diam tak? "kata Raihan dicelah gigi.Rayyan terus diam tidak berbunyi.Hanna mengerutkan kening melihat perangai Raihan yang seperti kebudak-budakkan itu.

"Jom keluar "ajak Raihan pada Hanna.Penutup balang dipulas sehingga ketat lalu lengan Hanna di pegang sebelum di tarik untuk bangun berdiri didepannya.

"Ish nak pergi mana! "kata Hanna dingin.Lengan nya cuba ditarik dari pegangan Raihan tetapi malang sekali tidak cukup kuat untuk melepaskan dari genggaman tangan Raihan.

"Sungai.Mandi jom.Korang kalau nak siap pergi bawa baju semua.Kau
pun "kata Raihan mendekatkan mukanya didepan Hanna membuatkan mata Hanna membesar.Dia menolak badan Hanna ke laluan bilik tidur mereka.

Rayyan dan Resha sudah bersorak gembira apabila abangnya mengajak untuk bermandi sungai.Mereka berdua tanpa membuang masa terus berlari ke arah bilik masing-masing.
Raihan tersengih lalu duduk di sofa sambil menonton tv seementara menunggu yang lain.

Bunyi notification membuatkan Raihan mengambil telefon miliknya di atas meja.Dia mengeluh perlahan sebelum di letak kembali ke atas meja.Mata ralit melihat kartun ultraman.

"Abang dah siap "kata Rayyan yang membawa 1 beg baju.Raihan memandang mereka bertiga sebelum mematikan tv. "Ma,Han guna kereta.Nak mandi sungai "kata Raihan menjerit sedikit kuat pada ibunya yang berada di dapur.

"Dah pergi letak barang "kata Raihan pada Resha dan Rayyan.Mereka berdua mengangguk lalu keluar dari rumah.Raihan memandang Hanna yang dari tadi senyap.Dia menilik pemakaian Hanna.Not bad.

"Jom gerak sekarang "kata Raihan lalu menyatukan kedua belah tapak tangan mereka.Raihan mengenggam erat tangan Hanna lalu di tarik untuk berjalan di sampingnya.Hanna terkejut lalu memandang tangan mereka sebelum memandang Raihan.

"Duduk depan dengan aku "arah Raihan yang bergerak ke tempat pemandu.Hanna sudah membuat muka sedih apabila diarah untuk duduk di sebelah tempat pemandu.Walau di dalam hati sudah membuat pesta.

Raihan membetulkan sedikit rambutnya melalui cermin pandang belakang.Rayban dipakai lalu radio ditukar ke siaran Inggeris.Hanna hanya memandang ke depan.

Kereta mula bergerak ke belakan perlahan-lahan.Raihan memandu dengan tenang dan tidak bawa terlalu laju.Dikerling sedikit Hanna yang senyap disebelahnya.Tangan kirinya yang berada di gear,dialihkan lalu dia mengambil tangan Hanna dan diletakkan atas pehanya.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now