28

1.2K 113 68
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤

[ Keesokkan Harinya ]

Sabrina menanti seseorang di kafe.Dia mengambil tempat yang sedikit jauh dari pandangan orang.Cermin mata hitam masih di pakai dan sesekali dia melorotkan kebawah untuk melihat sekeliling dengan lebih jelas.

"Hey! "Sapa suara lelaki.Lelaki yang memakai baju kemeja bewarna biru laut.Topi di tanggalkan lalu di letak atas meja.Ice latte yang dipesan oleh Sabrina.

"Hey biy,why you ajak jumpa ni.You tahu kan orang kenal I "kata Sabrina sambil memegang tangan kekar lelaki itu.Dia memandang sekeliling bagi memastikan tiada siapa memerhatikan mereka.

"Relax okay baby.I dah tengok sekeliling.Semua clear "kata lelaki itu lalu menyedut Ice Latte miliknya.Dia mengusap perlahan pipi Sabrina yang tembam itu.

Sabrina tersenyum manja apabila lelaki pujaannya itu sedang memanjakan dirinya sekarang.Sudah lama mereka tidak berjumpa.

"Sampai bila kita perlu macam ni?Kalau Raihan tahu,I ni boyfriend you,sah-sah muka handsome I ni kena penumbuk dia tau "kata lelaki itu sambil mengenggam erat tangan Sabrina yang berada di atas meja.

Dia mengusap perlahan tangan Sabrina seraya menunjukkan perasaan rindunya pada teman wanitanya itu.Dia tidak faham kenapa Sabrina perlu meneruskan hubungan dengan Raihan.

"Biy,you tahu kan I ni famous.Bila netizen tahu I couple dengan budak pandai macam Raihan,of course rangking I makin naik.Lagi pun,Raihan bukan tahu pun yang you ni Zarif a.k.a kawan dia jadi boyfriend I "kata Sabrina panjang lebar.Dia mengacau minumannya menggunakan straw.

Zarif menolak sedikit kasar tangan Sabrina yang memegang tangan kanannya. "Sebab tu I tak suka.I do not want to fight with Raihan. After all, you were a couple with me first. I have the right to show you to people that you are my girlfriend.Tak akan itu pun you tak faham "kata Zarif dingin.

Sabrina sudah kelu di situ.Dia melihat muka Zarif yang sudah berubah.Selama ni Zarif hanya mengikuti rancangannya saja.Tapi kali ni dia takut Zarif akan rosakkan rancangannya.

"Okay look baby.I akan pastikan hal ini diselesaikan dengan cepat and time tu I will be completely yours..Okay? "tanya Sabrina sambil memegang muka Zarif yang tegang.Dia mengusap lembut pipi Zarif.

"I love you so much.I tak boleh tengok you manja-manja dengan Raihan.I cemburu "kata Zarif perlahan.Wajah tegangnya bertukar menjadi mendung.Mata tidak lagi memandang wajah Sabrina.

Sabrina mengangguk laju sebelum memeluk tubuh Zarif.Dia menepuk perlahan badan Zarif memberi kekuatan.Zarif tersenyum manis lalu membalas pelukan Sabrina.

Raihan melemparkan telefonnya ke atas katil.Dia menghantar pesanan kepada Sabrina tapi tidak di balas.Raihan mengetap gigi memikirkan kemana hilangnya Sabrina.

"Assalammualaikum,abang Han oo abang Han "Dijah memberi salam di tangga.Raihan dengan malasnya membuka pintu rumah.Senyuman paksaan di lakarkan pada tunangnya itu.

"Ye kenapa? "tanya Raihan perlahan.Tangan di lipat ke dada menanti balasan Dijah. "Dijah ni,bawak sarapan untuk Abang Han semua "kata Dijah.Hatinya berbunga apabila melihat kereta keluarga Hanna tiada.Jadi betullah apa yang diberitahu oleh Zikri.

Raihan mengangguk sebelum menyuruh Dijah masuk.Dijah tersenyum sinis. "Tak lama lagi..Abang Han akan jadi milik aku seratus peratus "kata Dijah dalam hati.Dia tersenyum manis pada Raihan.

"Dijah duduk lah dapur dulu ke atau ruang tamu.Han nak mandi kejap "kata Raihan sambil meletakkan tuala ke bahunya.Dijah mengangguk faham.Dia mengeluarkan kuih lalu diletakkan atas pinggan.

Bunyi air yang kena pada lantai menunjukkan bahawa Raihan sedang mandi.Dijah menjengukkan kepala ke dapur dan ruang tamu sebelum masuk ke dalam bilik tidur Raihan.

Dia tersenyum sinis apabila merasakan dia di ambang kemenangan.Dengan pantas dia mencabut baju serta seluarnya satu persatu meninggalkan tuala yang diikat kemas pada tubuh.

Dia mengeluarkan minyak wangi dari dalam beg tangannya.Minyak wangi di spray ke lehernya lalu dia tersenyum sinis di depan cermin.

Bunyi bukaan pintu bilik air semakin membuatkan senyuman sinis Dijah melebar.Ketukan pintu bilik membuatkan Dijah melepaskan rambutnya yang berwarna perang dari sanggul.

Tombol pintu di pulas lalu sepasang mata melihat tubuh Dijah yang hanya mengenakan tuala dengan mata membulat.Lelaki itu menelan air liur dengan kasar melihat tubuh gebu Dijah yang hanya dilindungi dengan tuala.Dijah menjerit nyaring.

Hanna duduk di kerusi makan.Kini mereka sekeluarga tengah bersarapan.Encik Shah sudah siap memakai baju kemeja untuk ke pejabat.Hari ni Puan Rose membuat nasi kerabu untuk sarapan mereka.

"Ayah boleh tak petang nanti Hanna nak keluar dengan Mia dan Husna?Nak tengok perlawanan futsal dekat dengan sekolah "tanya Hanna perlahan.Mata memandang ayahnya yang sedang memakai stoking.

"Perlawanan siapa?kamu kenal ke? "tanya Encik Shah tanpa nada.Dia memandang anak gadisnya sekilas sebelum kembali memandang stoking yang di sarung.

Puan Rose hanya senyap memgemas pinggan kotor suaminya itu.Dia tidak berani masuk campur dalam urusan Hanna untuk keluar melepak.Jika suaminya mengatakan A maka A lah sehingga habis.

"Lutfi..yang haritu temankan adik dekat rumah tu "jawab Hanna takut-takut.Nasi di tangan di bawa ke mulut sebelum di kunyah perlahan.Dalam hati sudah berdoa supaya ayahnya membenarkan.

"Ouh lelaki tu ye yang temankan adik tu?Ha pergilah.Ayah berkenan dengan budak tu.Baik budaknya "puji Encik shah pada Lutfi.Dia memang berkenan sangat pada Lutfi.Baginya Lutfi seorang lelaki yang bertanggungjawab.Menjaga seorang wanita walaupun tidak ada pertalian darah.

Hanna hampir tercekik apabila mendengar pujian dari ayahnya pada Lutfi dalam masa yang sama dirinya ingin bersorak apabila dibenarkan.

"Pergi nanti hati-hati.Jangan balik lewat sampai maghrib "kata Encik Shah tegas.Hanna mengangguk laju.Puan Rose tersenyum manis pada anak gadisnya sebelum mengikut langlah suaminya ke arah pagar.

Hanna menyudahkan makanannya dengan cepat.Dia tidak sabar ingin memberitahu Mia dan Husna yang dia telah mendapat green light dari ayahnya.

Puan Rose yang sudah menghantar kepergian suaminya mengunci pintu pagar rumah.Dia duduk di sebelah Hanna yang sedang makan.Di ambik sekeping keropok ikan lalu di bawa ke mulut.

"Kamu dengan budak nama Lutfi tu..ada apa-apa ke? "tanya Puan Rose sambil mengunyah keropok ikan.Hanna menggeleng laju pertanyaan mamanya.

"Dia ajak je ma..adik sebagai kawan datang lah support apa yang patut.Lagi pun kalau team dia menang,dia belanja makan..hehe "jujur Hanna mengatakan hasrat kenapa dia mahu ke sana.

Puan Rose menggelengkan kepalanya laju mendengar kata anak gadis sorangnya itu. "Nanti bawak baju kamu ke mesin.Sementara hari tak hujan boleh menyidai.Mama nak vakum bilik kejap "kata Puan Rose pada Hanna.

Dia mengambil tisu sebelum di lap pada jarinya.Vakum di tepi tangga di capai sebelum dibawa naik ke tingkat atas.Hanna hanya memerhati sebelum menyambung makannya.Dah lama tak makan nasi kerabu

Vote
Comment


Covid19

StayAtHome

Satu kata untuk Sabrina dan Zarif

Team Raihan?

Team Lutfi?

Author dah ada tajuk untuk cerita baru author👀Korang excited dok??🤪

Love You Budak Gangster

VS

Mysterious mafia's women

❤❤❤❤❤❤❤

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now