43

1.2K 99 47
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤

Hanna bersandar di tepi kereta menunggu ayahnya membeli sedikit barang dapur yang dikirim oleh ibunya.Akibat berasa bosan yang teramat,dia mengambil keputusan untuk pergi ke Family Mart.

Dia mengambil onigiri chicken
mayo dan tuna mayo lalu di bawa
ke kaunter untuk bayar.Dia menghulurkan not Rm50 kepada abang cashier tetapi ada tangan lain turut menghulur.

"Eh tak apa cik adik manis.Abang belanja ye "kata seorang lelaki yang mungkin berusia 26 tahun.Dia tersengih kepada Hanna sehingga menampakkan giginya yang kekuningan.

Hanna membuat muka menjengkel kan dan tidak menghiraukan pelawaan lelaki asing itu untuk membayarkan makanannya.Cashier lelaki itu mengambil not duit yang dihulur oleh Hanna menyebabkan lelaki asing itu menjerkah pekerja tersebut.

"Woi!Kau pekak ke aku kata,aku bayarkan! "kata lelaki itu menepuk meja kaunter.Rata-rata pelanggan disitu hanya memandang sebelum kembali membuat hal masing-masing.

"Aku kan....aishh!Dah lah geram dengan si Raihan asyik call-call.Ni datang pulak mamat gigi kuning "bebel Hanna sendirian sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Woi!Kau apasal buat kecoh dekat sini?! "marah seorang lelaki yang baru masuk ke dalam kedai itu.Sekali lagi suasana menjadi senyap apabila ada yang menjerit.

"Kau tak payah tunjuk hero lah bro!Ni awek aku!Suka hati lah nak buat apa pun! "kata lelaki bergigi kuning itu sambil mencengkam lengan Hanna. Hanna meronta-ronta untuk dilepas kan sambil mulutnya terkumat -kamit memaki lelaki itu.

"Woi gigi kuning!Lepaskan aku lah!Siapa nak jadi awek kau bodoh!Dah lah gigi kuning!Tak gosok ke?! "jerit Hanna pada lelaki asing itu.Dia mengumpul semua tenaganya lalu lengannya berjaya terlepas.

"Kau berambus sekarang sebelum aku report polis! "kata pekerja di Cashier itu.Pekerja lelaki itu sudah memegang telefonnya untuk menelefon polis.

Melihat dirinya diugut,lelaki itu bertindak ingin menumbuk muka Hanna tetapi sempat di halang oleh lelaki yang menjerit sewaktu masuk tadi.

"Tak gentle ah bro nak belasah perempuan.... "kata lelaki itu lalu mencekak kolar baju lelaki yang comot itu.Lelaki itu seperti berkhayal dan menyedut-nyedut hingusnya.

"Eee kuning! "kata lelaki itu lalu melepaskan cengkaman pada kolar baju lelaki itu apabila dia melihat warna gigi lelaki itu.

Lelaki itu lekas cabut lari.Hanna ingin mengucapkan terima kasih atas pertolongan lelaki itu tapi belum sempat berterima kasih,sekali lagi Hanna terperanjat apabila lelaki itu menjerit.

"Woi Hanna!Lah kau rupanya! "kata Firdaus sambil membetulkan topinya. Mata Hanna membulat apabila melihat lelaki yang menolongnya tadi ialah Firdaus iaitu kawan Lutfi.

"Lah kau rupanya... "kata Hanna perlahan sambil mencebik.Dia menghulurkan not Rm50 kepada cashier sebelum mengambil baki dan plastik.

"Kau buat apa ni?beli apa? "kata Firdaus lalu merampas plastik yang dipegang Hanna sebelum melihat isi plastik tersebut.Dia menghulur kembali kepada Hanna.

"Eee,patutlah kau ni gemok..malam- malam makan benda macam ni.Tak berkhasiat langsung "kata Firdaus dengan gaya lembut yang dibuat- buat.Hanna membulatkan matanya apabila mendengar perkataan gemok!

"Eee biarlah!Bukan guna duit kau
pun!Ha ni kau buat apa jugak?beli makanan dekat sini?Tak takut gemok? "kata Hanna sinis sambil bernada perli.

"Hek eleh minah ni.Kuat merajuk.. macam mana lah Lut boleh minat pun aku tak tahu... "kata Firdaus perlahan menyebabkan Hanna mengerutkan dahi kerana tidak berapa jelas.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now