16

1.3K 117 23
                                    

P/S:Jika ada typo,sila comment ye❤

Mia menarik lengannya dari pegangan Hanna.Dia mengerutkan kening melihat kelakuan Hanna. "Kau okay tak?apasal?tadi kau cakap apa dengan Raihan tu? "tanya Mia pada Hanna.

Terkejut jugak dia tadi apabila keluar saja dari tandas nampak Hanna sebelah Raihan.Tapi Raihan main telefon dan Hanna diam membatu.Ada apa-apa yang terjadi ke?

Hanna diam,hanya memandang ke bawah.Soalan Mia hanya dibiar sepi tanpa ingin rasa menjawab.Setitik,
dua titik air matanya jatuh.Mia sedikit terkejut.

"Oi beb!Kau kenapa?Kau okay tak? "Mia terkejut apabila Hanna tiba-tiba menangis.Dia memegang bahu Hanna.Dia memandang sekeliling sebelum matanya tepat memandang mata Raihan.

"Okay jom balik dulu.Nanti kau dah okay,kau cerita eh "kata Mia lalu menelefon grab.Hanna hanya diam tidak menjawab.Dari tadi hanya menunduk saja.

Setelah menunggu hampir 20 minit,mereka akhirnya balik ke rumah masing-masing.Hanna dalam kereta hanya memerhati luar tingkap.Mia mengaru kepalanya yang tidak gatal apabila melihat keadaan Hanna yang seperti baru kerasukan.

××××××××××××××××××××××××××××××

[ Keesokkan Harinya ]

Raihan hanya baring di atas katil sambil bermain telefon.Baginya waktu sekarang bukan waktu untuk belajar.Dia perlu memanfaatkan cuti sekolahnya dengan sehabis baik.

Tangan melipat ke belakang kepala.Kaki disilang sambil digoyang-goyangkan mengikut rentak muzik yang dipasangnya.Mata hanya memerhati skrin telefon.

Pintu biliknya bergegar diketuk seseorang.Dia terus bangkit dari baringnya lalu menuju ke pintu.Telefon masih ditangan.

"Ye ma? "tanya Raihan apabila mamanya iaitu Puan Lia sedang berdiri didepan pintu biliknya.Telinga yang gatal digaru perlahan,mata masuh memandang Puan Lia.

"Kamu siap-siap.Kita balik kampung.Bagitahu angah adik "arah Puan Lia pada Raihan yang merupakan anak sulung dalam keluarga.Raihan hanya mengangguk faham.

Raihan menutup telefon lalu dimasukkan ke dalam poket seluar.Dia menuju ke bilik angah dan adiknya.Bilik Rayyan Iqbal diketuk beberapa kali.Tapi masih senyap,kedengaran bilik adik keduanya bising.

Tanpa mengetuk pintu,Raihan terus membuka pintu bilik dengan muka yang beku. "Oi!Siap-siap.Nak balik kampung.Aku tahu,kejap lagi korang dah siap-siap and pack barang korang "kata Raihan sebelum menutup pintu lalu menuju ke biliknya.

Raihan memasukkan keperluan dirinya selama 4 hari di kampung ke dalam beg.Sedang dia sibuk memasukkan baju ke dalam beg,dia teringat ingin memberitahu Sabrina tentang dirinya tiada di Kuala Lumpur selama 4 hari.

Nombor telefon Sabrina dicari sebelum ditekan butang hijau.Dia sabar menanti suara pujaan hatinya menjawab panggilan itu.Bibirnya membentuk senyuman apabila suara pujaan hati sudah kedengaran.

"Yes beby.Why? "tanya Sabrina dengan nada risau. "Nothing sayang.Biy cuma nak inform yang Biy balik kampung untuk 4 hari.So I nak You take care.Don't go anywhere "kata Raihan sambil tersenyum.

Mereka bersembang selama beberapa minit sebelum panggilan telefon dimatikan.Raihan sambung semula mengemas keperluannya.

Hampir 20 minit menunggu Rayyan Iqbal iaitu adik bongsu dan Resha Imani iaitu anak kedua dalam keluarga mereka,mereka meneruskan perjalanan ke Kedah.

Hanna hanya memandang ke arah luar sepanjang perjalanan ke kampung.Mereka sekeluarga bercadang ingin balik ke kampung untuk beberapa hari atas urusan kerja ayahnya.

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now