39

1.2K 113 61
                                    

P/S:Jika ada typo sila comment,nanti author betulkan terus❤

Hanna sibuk menguruskan kelengkapan peralatan sukan yang akan digunakan.Semua yang di catat di atas kertas,diperiksa satu-persatu untuk menggelakan kesilapan.

Hanna menyelak sehelai demi sehelai fail yang diberi oleh Cikgu Ali.Sesekali matanya akan memandang beberapa orang pelajar lelaki tingkatan 3 dan 2 yang membantu untuk mengeluarkan peralatan sukan.

"Okay dah cukup.Nanti tolong ambik cangkul untuk pasir bahagian lompat jauh.Thank you "kata Hanna pada lima orang pelajar lelaki tersebut sebelum di berikan sedikit senyuman.

"Ha Hanna,kamu dah siap check peralatan sukan? "tanya Cikgu Ali yang baru datang ke stor sukan.
Dia melihat Hanna yang sibuk menguruskan peralatan-peralatan sukan yang akan digunakan nanti.

Hanna sempat meneliti sekali imbas sebelum memandang muka Cikgu Ali. "Dah cikgu,cangkul saya dah suruh budak-budak tadi pergi bawakkan "kata Hanna dengan senyuman.

Cikgu Ali sekadar mengangguk. "Okaylah,kalau macam tu saya nak kamu ikut saya.Kita ada perjumpaan dengan semua peserta-peserta "kata Cikgu Ali dengan nada tegas.

Tanpa banyak soal,Hanna hanya membontoti langkah Cikgu Ali.
Semamangnya Cikgu Ali adalah seorang yang garang.Semua pelajar di sekolah mereka,amat takut dengan Cikgu Ali.

Sampai saja mereka berdua di tempat berkumpul berdekatan padang. Suasana menjadi sunyi apabila melihat kedatangan Cikgu Ali secara tiba-tiba.

"Assalammualaikum dan selamat pagi semua.Hari ni adalah hari pertama kamu semua dalam sesi latihan acara sukan yang bakal diadakan tidak
lama lagi.Dengan kesempatan yang ada,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam acara sukan ini "kata Cikgu Ali dengan nada tegas.

"Untuk acara tahun ni.Pihak sekolah telah dimaklumkan mana-mana peserta yang berpotensi dan layak akan di bawa masuk ke peringkat negeri.Jadi dengan ini,saya berharap kamu semua yang berada di depan saya ini,bersungguh-sungguh dalam acara tersebut nanti "tambah Cikgu Ali kepada pelajar-pelajar yang hanya senyap mendengar ucapan dari Cikgu garang itu.

"Sebelum saya terlupa,untuk tahun ni.Pihak sekolah telah melantik AJK untuk menguruskan hal-hal acara sekolah nanti.Dengan ini saya nak mempersilakan,Nur Hanna dari kelas 4FX sebagai pemantau latihan-latihan kamu semua "kata Cikgu Ali lalu menyuruh supaya Hanna berdiri di sebelahnya.

Lutfi terkejut mendengar nama Hanna.Matanya terus memandang tubuh Hanna yang berada di sebelah Cikgu Ali.Kelihatan Hanna hanya tersenyum paksa memandang ke arah pelajar-pelajar di depannya.

"Uyoo,awek lawa jaga kitaorang
siot "jerit satu suara lelaki dari
kumpulan pelajar-pelajar itu.Jeritan itu mendapat gelakkan dari pelajar lain.

Lutfi memandang geram ke arah
Rifqi yang mengusik Hanna tadi.  Hakim dan Firdaus yang memahami panahan mata Lutfi terus menepuk kuat bahu Lutfi supaya pandang ke hadapan semua.

"Jangan main-main.Hanna akan menjadi mata-mata saya.Apa yang kamu semua lakukan,akan direport kepada saya.Jadi tanpa melenggahkan masa,itu saja yang saya nak katakan Selamat berjaya "kata Cikgu Ali sebelum meninggalkan Hanna bersendiri.

Hanna tanpa buang masa terus menuruni satu persatu anak tangga.
Bukan dia tidak perasan mata Lutfi dari tadi memandang dirinya.Tapi dia masih dalam mood merajuk.

"Eh Hanna,tak sangka kau dipilih
jadi pemantau doh "kata Batrisya
yang mengambil bahagian dalam larian baton.Hanna mengganguk mendengar kata Batrisya.

"Haah,rezeki weh.Aku terima je la "kata Hanna sambil menulis di atas kertas.Kini dia sedang mencatat maklumat setiap peserta mengikut rumah sukan masing-masing.

Tiba di rumah sukan kuning,Hanna mengeluh kasar sebelum memanggil peserta-peserta rumah kuning untuk beratur.Ini memudahkan urusan mengambil maklumat mereka semua.

"Eh,tak sangka kau jadi mata-mata Cikgu Ali.Nanti kalau aku ponteng latihan,kau cover-coverkan lah untuk aku ek "kata Shafiq iaitu kawan kepada Adam.Dia memang suka mengusik perempuan-perempuan yang agak pendiam.

Selesai menulis maklumat Shafik,dia menutup fail tersebut. "Kalau rasa nak ponteng,tak payah join.Kau berambus terus dari sekolah ni pun bagus "kata Hanna dengan nada sinis.Sebelum beredar,dia sempat menjeling ke arah Adam dan kawan-kawannya.

"Kecoh siak minah tu.Ingat aku hadap lah sangat dengan dia "kata Shafik sebal.Dia memandang satu persatu muka rakannya dan terhenti lama
di muka Adam.Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.

"Eh bukan minah tu ke yang jadi satu pengawas dengan kau kan "kata Shafik pada Adam yang hanya tersenyum sinis.Dari tadi mata Adam tidak lepas memandang Hanna.

"Haah,dia pengawas sama
macam aku "kata Adam perlahan.
Matanya memandang tepat mata Shafik."Kenapa? "tanya Adam apabila Shafik menyoalkan tentang Hanna.

"Ouh tak.Memang perangai dia macam tu ke?Menyampah nak mampus "kata Shafik geram.Botol
air mineral di buka sebelum di teguk perlahan.

Adam menggeleng perlahan sebelum gelak mendengar soalan Shafik. "Kena tengok orang jugak.Dia layan orang okay je.Tapi mungkin sebab muka kau macam Chimpanzi sebab tu jadi macam tu "kata Adam mendapat gelakkan dari rakan-rakannya yang lain.

"Babi punya member.Muka kau pun macam monyet tengah high.Ada hati kata muka aku "kata Shafik sebal.Dia sempat mencampakkan botol mineral yang telah kosong ke arah belakang badan Adam yang keluar dari khemah rumah sukan mereka.

Hanna kini berada di rumah sukan warna merah.Di mana Lutfi berada di dalam khemah tersebut.Dari jauh Lutfi yang tengah bersandar di kerusi tidak jauh dari situ memandang tajam pergerakan Hanna.

Bandana yang terikat di kepalanya menambahkan kekacakannya.Botol air yang sudah habis,digenggam kuat sehingga kemek sebelum di campak ke dalam tong sampah berdekatan.

Dia bangun dari duduknya sebelum bergerak ke arah Hanna yang nampaknya sibuk mengisi maklumat pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam acara sukan tersebut.

Tanpa Hanna sedar,Lutfi kini berada di depannya.Mukanya masih belum di angkat untuk memandang gerangan yang berada di depannya itu.Ini membuatkan Lutfi tersenyum sendiri memandang gadis pujaan itu secara dekat.

"Nama,class,number IC dan acara "kata Hanna sekilas.Kepalanya masih menunduk sambil tangan lincah menulis di atas kertas tersebut.Lutfi menggeleng perlahan perangai Hanna.

"Lutfi Hakim "kata Lutfi ringkas membuatkan Hanna dengan
cepatnya mendongak ke atas.Muka Lutfi dan dirinya dekat hampir saja bersentuhan hidung.

"Hai pretty "kata Lutfi dengan suara huskynya.Hanna masih tergamam apabila muka mereka hampir bersentuhan.Melihat reaksi Hanna yang masih membatu,Lutfi mengundurkan sedikit tubuhnya.

"Er Hai "kata Hanna perlahan.
Mukanya sudah berona merah apabila dia mendengar kata-kata
Lutfi sewaktu muka mereka hampir bersentuhan itu.Lutfi tergelak sinis melihat pipi gadis itu sudah kemerahan.

Selesai mengambil maklumat semua pelajar.Hanna terus memeriksa
setiap kawasan yang dijadikan
tempat untuk setiap acara.Melihat
air mineral yang masih banyak
tidak diagihkan kepada peserta, membuatkan Hanna mengambil keputusan untuk mengangkat kotak air mineral yang berat tersebut.

Sewaktu Hanna mengangkat kotak air mineral tersebut,tangannya kebas menyebabkan tangannya terlepas dari memegang kotak mineral tersebut.

Mata Hanna membulat akibat terkejut kerana kotak air mineral tersebut ingin timpa di atas kakinya.Sebelum kotak itu terjatuh atas kaki Hanna,ada sepasang tangan kekar yang menyambut.


Vote🦋
Comment🦋
Follow saya🦋

Siapakah gerangan yang menyambut air kotak itu?👀

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now