8

1.5K 130 19
                                    

"Hai awak,awak yang haritu datang sekolah saya kan"tanya lelaki tersebut melalui perbualan di Instagram.Hanna tergamam melihat gerangan yang mesejnya.

"Ye..saya yang datang sekolah awak hari tu"balas Hanna.Bibir digigit untuk sembunyi senyuman.Menanti penuh kesabaran menunggu jejaka idaman untuk membalas mesejnya.

Ting!

"Jadi betul la awak ye.Ingatkan saya salah orang."balas Raihan.Hanna tersenyum suka.Belum sempat balas,masuk lagi mesej baru.

"Ingatkan dah tak dapat nak jumpa lagi.By the way,nama siapa? "tanya Raihan.Eh mamat ni,tanya-tanya nama syok dekat aku ke kata hati Hanna.

"Umm emm nama saya Nur Hanna. Panggil Nur boleh,Hanna boleh,sayang pun boleh.Ehh! "jawab Hanna bersahaja.

"Ouh ye ke.Kalau macam tu saya panggil awak mine je la"balas Raihan.Hanna membulatkan matanya.Kejap,kejap eh!Serius la..

"Eh main-main pulak awak ni.Malu la saya"balas Hanna.Pipi jangan la kata.Dah merah macam kan kena sengat dengan tebuan.

"Mana ada gurau.Saya dari awal memang dah perhati awak.Maaf lah kalau cepat sangat but saya nak tanya kalau awak nak jadi girlfriend saya"mesej Raihan memberi debaran yang tak terhingga kepada Hanna.

"Of course la saya na...."mesej Hanna tidak dapat diteruskan seperti ada yang menghalang jarinya untuk menaip.

"Hanna!Nur Hanna!Bangun sekarang!Dah pukul berapa ni!Nanti kamu lewat ke sekolah"suara ayah Hanna iaitu Encik Yusoff kedengaran sambil mengetuk pintu bilik anak bongsunya.

Hanna bangun dari tidurnya.Dia lantas duduk bersila diatas katil.Mata digosok perlahan.Rambut diikat.Telefon yang bercaj dipandang sepi.Bibir tercebik sebelum mata memandang pintu.

"Mimpi rupanya.Ingatkan betul.Baru nak bagitahu Mia and Husna yang aku taken"kata Hanna perlahan.Selimut dibuka kasar.

Tok!
Tok!

"Adik dah bangun belum?Cepat
siap hari ni ayah hantar"ketukan
berserta suara Encik Shah
bergabung.Selalunya Hanna akan naik motor sendiri ke sekolah,tapi hari ni Encik Shah tak kerja.

"Ye ye adik dah bangun.Nanti adik siap-siap turun"jawab Hanna dari dalam bilik.Dia terus bangun menuju ke arah tuala yang tergantung di pintu bilik sebelum menuju ke pintu bilik air.

Hari ni Hanna memakai baju sukan kerana ada latihan rumah sukan tahunan sekolah.Jadi bermakna dia akan balik lewat.

"Ayah hari ni adik balik lewat sebab ada latihan rumah sukan.Nanti dah balik,adik call"kata Hanna sambil menyuap kuey teow goreng ke dalam mulut.

Encik Shah yang membaca surat khabar hanya mengangguk.Itu la rutin pagi Encik Shah,mesti pagi-pagi baca surat khabar meski pun boleh menggunakan hujung jari saja.

"Jom la yah,adik dah siap makan.Hari ni adik tak jaga pagar.Guru disiplin yang jaga"kata Hanna lalu memakai beg sekolahnya.Tangan tua ibunya disalam sebelum kedua belah pipi ibunya di cium.

[Raihan Scene]
Aku baru saja selesai solat subuh.Kawan-kawan yang lain masih ada yang belum bangun dan ada yang tengah menunaikan kewajipan sebagai umat islam.

"Eh dari haritu aku tengok IG ni stalk aku.Macam pernah nampak perempuan ni,tapi dekat mana eh"bisik Raihan perlahan.

Gambar yang ada ditekan.Kening dan dahi mengerut memikirkan siapakah gerangan yang selalu stalk dirinya.Adakah dirinya kenal?

"Oii kerut-kerut dahi tu kenapa"soal Luqman yang duduk dikatil Raihan sambil memakai stokin.Pelik dia melihat Raihan yang terkerut-kerut.Nak berak ke mamat ni.

"Tak la.Ni ha ada perempuan asyik stalk aku.Story aku semua dia usya.Aku pelik la dia ni siapa"jawab Raihan.Telefon diletakkan ditepi sebelum dia memgambil stokin untuk dipakai.

"Apa kau heran.Kau kan famous lah jugak.Atlet,budak pandai,ketua pengawas pulak tu.Alah perkara biasa je tu"kata Luqman menyedapkan hati Raihan.

Iyalah,siapa je yang tak kenal dengan Muhamad Raihan Iqbal.Terkenal dikalangan perempuan.Bukan sebab dia playboy tapi sebab dia atlet setiap tahun dia antara yang menyertai peringkat negeri.

"Dah jom gerak.Hari ni ada majlis perpisahan untuk Puan Teoh Sie"kata Zahin.Lalu mereka bertiga bergerak ke dewan bagi menyiapkan majlis tersebut.

[Dewan Putra]

"Bro!lambat sampai.Lajak ke? "tegur Nizam iaitu exco keceriaan.Dia sibuk memasang perhiasan dikain rentang.Butang baju pertama dan kedua dibiar terbukak.Menambahkan kehenseman dirinya.

"Mimpi indah kot malam tadi.Hahahah"jawab Zahin bagi pihak Raihan.Dia sibuk memasang spiker dan mikrofon.Sesekali cermin mata yang terlurut dibatang hidung dibetulkan.

Raihan menunjukkan jari tengahnya.Kemundian dengarlah gelakkan suara lelaki memenuhi dewan tersebut.

"Otak kau mimpi indah.Kau ingat aku macam kau?Suka oyeh-oyeh? "kata Raihan bersahaja.Dia sibuk berdiri di atas pentas sambil memegang skrip bacaannya.

Murid-murid tingkatan 3 mula menyusun meja dan kerusi di dalam dewan."Farid,kau letak satu tepi pintu tu,nanti nak letak hadiah dekat situ"kata Raihan pada pelajar tingkatan 3 itu.

"Luq,tangkapkan gambar aku kejap.Alang-alang aku rasa tengah handsome ni"kata Zahin lalu mencampakkan iphone 11 kepada Luqman yang berada tidak jauh darinya.

Amboi anak orang ni,campak-campak je telefon.Tahulah anak orang berada.Aiyoo jenis tak sayang barang.Mentang-mentang apa nak petik jari dapat.

"Dah-dah cepat sikit.Dah nak dekat pukul 8 ni.Benda tak buat latihan lagi.Jangan main-main.Time bertugas, bertugas.Serius mood okay."tegur Raihan.

Dia memang seorang yang tegas apabila menjalankan tanggungjawab.Dia tidak suka orang bermain-main sewaktu bertugas.Walaupun mereka berkawan,dia tetap berlaku adil terhadap semua orang.

[End Raihan Scene]

Sambung Next Chap>
Vote
Comment

Stalker Si Abang PengawasWhere stories live. Discover now