BAB 59.

9.5K 227 33
                                    


         Datin Rosnah dan Dato Hamdan terkelu tak terkata bila mendengar berita mengejut dari Mika. Perasaan mereka bercampur-baur antara gembira dan terkilan dengan sikap Sarah yang sanggup menyembunyikan cucu mereka.

" Mika cakap dengan papa betul-betul. Macam mana kamu tau anak Sarah ialah zuriat kamu?" Tegas Dato Hamdan inginkan kepastian kerana perkara ini amatlah penting.

" Kotlah kalau Sarah dah kahwin dengan orang lain dan itu anak mereka. Mika sedar tak dah 2 tahun Sarah tinggal di Perth? Memang tak mustahil kalau Sarah sekarang sudah berkahwin dan ada anak. Mummy tak nak kamu kecewa Mika."

" Tak. Mika yakin itu anak Mika. Tadi masa dekat airport Mika hampir nak terlepas penerbangan untuk ke Perth cari Sarah. Tapi takdir memang menyebelahi Mika bila Mika terlanggar anak sendiri. Mika bawa anak Mika pergi hospital untuk buat check up dan kebetulan nurse tu minta mykid untuk daftar. You know what I found? Mika nampak nama anak Mika, Rafa Irdani Bin Tengku Mikael. Dah terang-terang itu nama Mika." Kalau tidak disebabkan majalah yang kian tersebar, memang sampai sekarang Mika tidak tahu akan keberadaan Sarah.

" Habistu Mika nak buat apa sekarang? Sarah tinggal dekat mana?" Soal Dato Hamdan.

" Mika nak rujuk semula dengan Sarah. Mika tau apa yang Mika nak buat. Esok Mika akan pikat semula hati Sarah." Tersenyum lebar Mika memikirkan segala rancangannya untuk esok.

" Mummy doakan yang terbaik untuk kamu berdua. Mummy berharap sangat kamu dapat rujuk semula demi anak. Nama dia Rafa kan? Cantik nama tu." Puji Datin Rosnah.

Mika teringat semula perbualannya dengan Sarah beberapa jam yang lepas.

 
   Sarah terpaku dengan bicara Mika. Segera dia berpaling menghadap lelaki yang berada dihadapannya.

" Tengku cakap apa ni? Ni anak saya. Jangan nak melalut tak tentu pasal boleh tak? Jangan nak masuk campur hal hidup Sarah lagi. Cukuplah dulu Tengku dah musnahkan hidup Sarah."

" Anak Sarah anak abang juga, Sarah kena ingat benda tu." Tegas Mika.

" Apa bukti yang kukuh untuk Tengku mengaku ini anak Tengku?"

" Rafa Irdani Bin Tengku Mikael." Jelas Mika senafas cukup membuatkan riak wajah Sarah berubah serta-merta.

" Anak kita berbinkan nama abang. Abang tak percaya kalau dalam dunia ni ada nama yang serupa dan sebiji macam abang. Kalau ada pun mungkin ejaannya tak serupa."

" Abang mohon pada Sarah untuk kita rujuk semula demi anak kita. Abang yakin Rafa pun perlukan kasih sayang seorang ayah. " Rayu Mika.

" Rujuk? Tak. Sarah tak nak terima Tengku semula. Bila Sarah terima seperti Sarah membuka buku yang Sarah dah tau apa kesudahannya. Sarah tak nak memperjudikan masa depan Rafa. Cukuplah kasih sayang Ben kepada Rafa."

Berkerut dahi Mika mendengar nama lelaki lain meniti dibibir Sarah.
" Ben?  Siapa?" Tanya Mika inginkan penjelasan.

" Mom... Raf nak papa Ben. Raf nak intak (minta) ooi (dodoi) nantuk (mengantuk)." Ujar Raf dalam pelatnya.

" Biar mom ooi Raf. Papa Ben takde sini. Come." Ajak Sarah.

Belum sempat tangan Sarah mendakap Raf, tangan sasa Mika sudah mengangkat Raf dan mendodoikannya sehingga tertidur.

" Bagi balik Raf. Dia tak selesa dengan orang luar."

" Siapa cakap tak selesa? Ni dia dah tidur pun dekat papa dia."  Ujar Mika bersama senyuman manis. Dia gembira dapat memeluk anaknya sendiri.

HANYA SEMENTARA ✔Where stories live. Discover now