BAB 22.

4.9K 176 3
                                    


MIKA P.O.V

Ehh dah pukul 5:30 ni. Baik aku pulang. Kesian Sarah tunggu aku lama-lama.

Pantas aku mengambil jaket kulit ku yang berwarna hitam dan di sarungkan ke tubuh. Kunci kereta jugak di ambil untuk balik ke rumah.

Sampai di perkarangan rumah, aku berasa pelik bila pagar dan pintu berbuka. Kepala ku meliar ke kiri dan kanan untuk mencari kelibat Sarah. Namun kosong, tak ada langsung bayangannya.

"Sarahh?!!" panggil ku.

Jangan kata rumah aku kena ceroboh. Pantas aku berlari masuk ke dalam rumah.

Tak. Tiada langsung barang dalam rumah ni hilang. Tapi mana Sarah?

"Sarahhh!!!" panggil ku sekali lagi.

Ishh, mana Sarah ni?

Kaki melangkah ke tingkat atas iaitu di bilik tidur kami.

Nothing. Sarah tak ada jugak kat situ. Mana Sarah ni?

Ku seluk poket seluar untuk mengambil telefon apple ku. Nombor Sarah terus aku dail dan lekapkan dekat telinga.

Tut....tut....tut...tut...

"Hello?" suara dalam talian itu namun bukan suara Sarah.

"Erk... Ni siapa? Mana Sarah isteri saya?"

"Kamu ni suami Sarah ke?" tanya orang dalam talian.

"Ye, saya. Boleh saya tau ni siapa dan mana isteri saya?"

"Saya Mak Lang mak cik Sarah. Sarah ada dekat hospital besar kat Kampung Baru."

"What? Sarah balik kampung ke? Sarah sakit apa?"

Sungguh aku cemas bila dapat tahu yang Sarah tak ada dalam rumah ni.

"Mak Lang nak bagitau kamu, keluarga Sarah dah tak ada. Harap kamu dapat jengguk keluarga mentua kamu buat kali yang terakhir." jelas masih kedengaran senda sendu Mak Lang.

"Apa maksud Mak Lang ni?" tanya ku kurang faham.

"Mama dan papa Sarah dah meninggal di sebabkan kebakaran. Kamu balik lah cepat." desak Mak Lang.

Tak terkata aku dibuatnya. Kenapa Sarah tak bagitau aku? Aku taknak dia sakit seorang diri.

"Mak Lang tolong jaga Sarah baik-baik. Saya akan datang dengan family nanti." putus Mika dan terus matikan talian.

************************************

Aku celikkan mata dan memandang sekeliling. Aku masih kat hospital. Jadi semua ni bukan mimpi?

Sekujur tubuh yang tengah lena di buai mimpi menarik perhatian ku. Nampaknya dia kelihatan sangat penat.

"Abang?" panggil ku.

Terpisat-pisat Mika bangun dan mendapatkan ku.

"Sarah tak apa-apa kan. Sarah nak air?" tanya Mika prihatin.

Aku hanya mengganguk. Kering tekak ku akibat menangis dan berteriak teruk tadi.

Cawan yang berisi air Mika hulurkan kepada ku. Rakus aku minum sehingga habis.

"Abang, Sarah nak jumpa mama dan papa. Sarah rindu." tanpa dapat ku tahan, menitis jugak air mata ku untuk kesekian kalinya.

"Shuu...Sarah jangan nangis." pantas jemari Mika mengusap air mata ku yang gugur.
"Mama dan papa dah selamat di kebumikan. Kita banyakkan berdoa untuk ketenangan mereka erk." pujuk Mika.

Tercenggang aku seketika.
"Mama dan papa dah di kebumikan? Kenapa abang tak tunggu Sarah!!?" tanpa aku sedar, aku telah menengking Mika.

Terkejut juga Mika dengan perubahan ku. Namun, di pujuk hatinya untuk tidak terasa memandangkan isterinya tengah bersedih dan emosinya terganggu.

"Sarah, abang minta maaf sebab tak tunggu Sarah. Abang tak dapat nak tunggu sampai Sarah sedar sebab hari dah lewat malam baru Sarah sedar. Abang minta maaf." ucap Mika ikhlas.

Aku tak dapat menahan pedih di dalam hati. Habis basah baju aku gara-gara menangis.

"Kenapa abang sanggup ketepikan Sarah? Sarah nak lihat mama dan papa buat kali yang terakhir.... KENAPA ABANG BUAT MACAM NI?!!" marah ku lagi.

Mika tidak menghiraukan marah ku malah dia peluk tubuh ku dengan erat untuk menenangkan.

"Sarah tarik nafas dalam-dalam, hembus. Please jangan ikutkan emosi sangat abang merayu." pinta Mika membisikkan di telinga ku.

Baru aku tersedar dari kesilapan ku. Argg, aku tewas dengan godaan syaitan.

"Maafkan Sarah abang." perlahan saja aku bersuara.

"It's okay, abang maafkan. Sarah jangan nangis lagi. Sakit hati abang bila nampak Sarah nangis." pujuk Mika.

"Semuanya berjalan dengan lancar ke?" tanya ku.

"Apa yang berjalan lancar?" soal Mika tak faham.

"Pengkebumian mama dan papa." ujar ku perlahan. Macam tak nak keluar je suara nak ungkapkan perkataan itu. Macam semuanya mimpi. Baru saja aku dan orang tua ku bergurau senda. Tup,tup, dorang dah tinggalkan aku keseorangan.

"Semua dah selesai. Banyak orang yang jengguk dari kampung. Mummy dan papa pun ada sekali."

Aku hanya menggangguk.

Mika memulakan perbualan bila keadaan hening.

"Sarah, abang nak tanya something. Tapi abang nak Sarah jangan fikir yang bukan-bukan."

Aku hanya memandang Mika dengan mata yang merah dan sembab.

"Sarah ada seterika baju ke waktu kat rumah arwah mama sebelum kita balik?" soal Mika berhati-hati.

Aku berfikir sejenak. Berubah air muka ku bila mengingati perkara yang aku akan menyesal seumur hidup.

"Abang... Jangan kata yang kebakaran tu berpunca dari seterika?" sungguh aku takut untuk mengetahui kebenaran itu.

Mika hanya menggangguk sambil memandang aku tanpa lepas.

Melihat anggukan Mika, pecah lagi tangisan ku. Aku pembunuh orang tua ku sendiri. Kenapa aku begitu cuai!??

"Abang, look. Sarah ni memang tak berguna. Abang tak sepatutnya kahwin dengan Sarah sebab Sarah ni pembunuh! Sarah tak sangka akan jadi macam ni. Macam mana Sarah nak minta ampun dengan mama dan papa!?"  terhinjut-hinjut bahu ku menangis.

Tak terkata Mika dengan pengakuan ku. Mukanya nampak terkejut dengan semua ini. Sebagai ketua keluarga, Mika perlu bersikap profesional untuk tidak menghakimi Sarah terlebih dahulu dan perlu mendengar penjelasan.

"Cuba Sarah cerita kat abang, apa sebenarnya yang jadi?" pujuk Mika.

Berat mulut ku hendah meluahkan sekarang. Namun, aku tak kuat nak pendam semua ni seorang diri. Biarlah aku gunakan Mika sebagai suami untuk menjadi tulang belakang ku.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Done.... Next chapter, nnti sy bgi tolobek skit psal kebakaran tu terjadi yerr heheheh. Jngan lupa nak comment dan vote yerr muah

HANYA SEMENTARA ✔Where stories live. Discover now