BAB 4.

7.8K 292 20
                                    


           " Yang kau keras kepala sangat tu kenapa Sarah?!! Nak aku layang kan penampar ni dekat muka kau!? Baru nak dengar!?" Marah Mika dengan muka bengisnya.

"Awak ni kenapa nak marah-marah? Suka hati saya lah nak duduk mana pun, depan ni kan tempat duduk saya selalu." kata Sarah geram.

"Yang awak nak bela sangat dia ni lebih dari isteri sendiri kenapa?" Marah Sarah kerana cemburu. Sepatutnya, Mika support lah bini, ini tidak, di back upnya hantu cina tu.

Sakit hati Mika bila Sarah melawan cakapnya. Di hempas pintu kereta dengan kuat dan meluru ke arah Sarah. Tanpa sebarang kata, di tampar pipi mulus itu dengan kuat sehingga berbirat. Terteleng kepala Sarah menerima tamparan padu daripada suami.

Terkejut Mia apabila nampak aksi tampar - menampar itu. Namun, dia tersenyum gembira.

"Dia bakal isteri aku dan madu kau, namanya, Mia Adriana!" tengking Mika dengan berang. Di tolak dengan kasar tubuh Sarah sehingga terjatuh di  pintu belakang kereta.

"Berambus kau dari pandangan mata aku! Aku tak nak kau duduk kat depan, nanti bau pulak gadis kampung macam kau. Kalau kau nak ikut aku balik, duduk kat sana belakang. Tempat tu sesuai sangat dengan kau, sedar diri tu sikit yang hanya menumpang dalam kemewahan aku." Angkuh sungguh Mika ketika itu. Dia tidak sedar yang semua kemewahannya itu datang dari Sang Pencipta.

Hampir menitis air mata Sarah bila di buat begitu. Di tahan air matanya kerana tidak ingin di sangka lemah depan lelaki. Sarah bangun perlahan-lahan dan masuk ke dalam perut kereta di bahagian belakang. Tidak di hiraukan senyuman sinis dari Mia.

"Bieeee, nanti bila kita kahwin, sayang nak tema warna pink boleh?" tanyanya mengedik. Sengaja dia berkata begitu untuk menyakitkan hati Sarah. Di kerling Sarah yang berada di belakang hanya membuat muka dinginnya tanpa sebarang riaksi. Makin bertambah geram Mia di buatnya.

"Sayanggg nak warna apa pun biee oky je, yang penting kita kahwin." Ujarnya sambil tersenyum manis ke arah Mia.

"Yayyyy!! Sayanggg bie." Di peluk dengan erat lengan Mika dengan selamba tanpa menghiraukan Sarah yang berada di belakang.

Suasana dalam kereta itu sungguh menyakitkan mata Sarah bila melihat aksi berpeluk dua ekor makhluk di depannya.

" Byeee, biee. Bawak kereta elok- elok tau. Muah." Di layangkan flying kissnya pada Mika.
Mika hanya tersenyum menggoda dengan perangai manja Mia.

Sampai sahaja di rumah mereka, Sarah keluar dari kereta tanpa menghiraukan Mika. Laju langkahnya di bawa ke bilik kerana air matanya hampir gugur ketika ini.

"Oiiii!!! Sarah! Tunggu aku!" Laung Mika dengan kuat.

Sarah yang tidak menghiraukan panggilan itu telah menaikkan darah Mika. Di tarik dengan kasar rambut ikal mayang milik Sarah. Terdonggak kepala Sarah di buatnya.

"Kauuu ni pekakk keee?!? Aku suru kau berhenti tu, BERHENTILAH!!!" Tengking Mika dengan kuat.

Sarah tidak mampu lagi untuk menahan empangan air matanya daripada tidak jatuh. Tersendu- sedan dia di hadapan Mika.

"Awak nak apa lagi? Tak puas ke dah sakitkan saya?" Soal Sarah kecewa bila di perlakukan sebegitu rupa.

Air mata Sarah tidak mampu melembut kan hati Mika yang keras seperti batu neraka.

"Yaaa... Memang aku tak puas lagi nak seksa kau!! Tapi takpe, aku masih banyak masa lagi untuk siksa kau habis-habisan" Ujarnya sinis.

"Aku nak kau jangan buka mulut dekat mummy pasal benda ni. Kalau aku tahu kau mengadu dekat mummy, siap kau! Aku hancur lumat kan badan kau ni!" Ugutnya. Di lepas dengan kasar rambut Sarah dan terus berlalu pergi ke biliknya.

HANYA SEMENTARA ✔Where stories live. Discover now