BAB 61.

8.9K 224 12
                                    


           Mika memandang lelaki dihadapannya atas bawah. Dari pandangan mata kasarnya lelaki di depannya boleh tahan kacak. Biasalah mat salleh.

" Who are you? Where is Sarah?"

" Tepi." Tolak Sarah perlahan dan terus meluru ke arah Ben diikuti dengan Rafa. Tubuh tegap Ben dipeluk Sarah erat bagai melepaskan rindu.

Mika tergamam. Tidak menyangka yang Sarah akan bertindak sedemikian rupa. Wajahnya jelas keruh. Terbit rasa marah dan cemburu dalam dirinya. Laju sahaja tangan Sarah ditarik untuk mengundur diri dari memeluk tubuh tegap lelaki di hadapannya.

" Apa ni main tarik-tarik Tengku? " Bidas Sarah.

" Kenapa sayang peluk stranger? Ntah-ntah lelaki depan ni pencabul ke, susah nanti abang. "

  Tersenyum sinis Ben dibuatnya. Dipandang Mika dengan riak dinginnya.
" Excuse me. Aku pencabul? Pffff...kau salah oranglah nak judge aku, Tengku Mikael. Right?"

" Mana kau tau nam---"

" Jom masuk Ben. Panas kat luar ni." Potong Sarah cepat sekaligus menghentikan ketegangan antara dua orang lelaki di hadapannya.

" Papa Ben...Rafa miss nak angkat oleh?" Rengek Rafa manja. Laju sahaja dia naik ke riba Ben tanpa sempat Ben membuka jaket kulitnya untuk di letak di tepi. Panas.

Tersenyum Ben melihat telatah comel Rafa. Diangkat Rafa untuk menyelesakan kedudukannya. Terus
di gomol-gomol pipi tembam Rafa untuk melepas rindu.

" Papa Ben pun miss Rafa." Bisik Ben ditepi telinga Rafa. Sengaja di tiup-tiup telinga Rafa kerana dia tahu Rafa akan berasa geli.

Tertawa manja Rafa dibuatnya. Ben terus menerus mengeletek pinggang Rafa untuk membuatkannya ketawa. Baginya, hilaian tawa Rafa sungguh merdu di pendengaran telinganya.

Sarah bahagia melihat anaknya gembira bila bersama Ben. Segala kasih sayang Ben telah dicurahkan sepenuhnya pada Rafa. Sungguh Sarah beruntung dapat mengenali Ben Martin.

" Sweetie, can you help me to get some drinks? I'm thirsty." Ben membuat wajah kesiannya pada Sarah.

Sarah tertawa kecil. " Sorry, Sarah lupa nak buat minuman. Sarah buatkan Ben air sirap erk?"

Ben mengangguk perlahan tanda mengiyakan. Di kerling seketika Mika yang sedang duduk berhadapan dengannya. Jelas sekali riak tidak puas hati diwajah Mika. Tajam panahan mata Mika ke arahnya. Namun, Ben tidak endahkan. Tak penting.

" Sayang kejap." Halang Mika. Terhenti terus langkah Sarah yang ingin menuju ke dapur.

" Tolong buatkan abang hot chocolate boleh? Abang rindu nak minum minuman kegemaran kita dulu."

Sarah memandang Mika pelik.
" Bukan ke tadi Tengku dah minum sirap dengan Rafa? Kenapa nak minum lagi?"

Mika tersenyum sumbing. Kepalanya yang tidak gatal digaru seketika untuk menghilangkan rasa janggal.
" Tadi sirap, sekarang abang nak minum hot chocolate pula khas air tangan sayang."

Sarah mengecilkan bebola matanya tanda geram. Terus sahaja dia melangkah ke dapur untuk membuat minuman.

" Rafa, jom dekat papa." Gamit Mika. Di depakan tangannya seluas yang mungkin untuk memeluk Rafa.

" Rafa nak papa Ben. Later, Rafa dekat papa ok?" Tolaknya.

Ben tersenyum sinis. Sengaja dia tunjukkan kemesraannya dengan Rafa di hadapan Mika.

" Rafa, papa ada hadiah tau nak bagi dekat Rafa. Come." Pujuk Mika lagi.

Rafa dengan mata yang bersinar-sinar segera turun dari riba Ben. Dia terus menuju ke arah Mika untuk minta diangkat.

HANYA SEMENTARA ✔Where stories live. Discover now