BAB 53.

8.4K 242 24
                                    


Sudah sejam Sarah berlatih dalam bilik tersebut. Mahu tercabut jantungnya apabila Ben memberitahu bahawa dirinya akan memperagakan baju khas yang dibuat oleh Ben sendiri pada minggu hadapan.

Ulang suara. Pada minggu hadapan.

Langsung tiada persediaan yang Sarah dapat lakukan kecuali berlatih bersungguh-sungguh. Dia tidak ingin memalukan Ben atas kesilapannya nanti.

Seketika, pintu bilik praktis itu dibuka dari luar. Muncul kelibat Ben bersama segelas air di tangan.
Keruh sekali wajah Ben ketika ini.

" Do you know how long you've been here?" Soal Ben memandang Sarah tajam.

" Sejam." Balas Sarah perlahan.

" Can't you stop? You need to rest, Sarah. Look at your condition know" Tegur Ben. Sudah puas Ben memujuk Sarah untuk berehat dan menyambung semula pada hari esok. Kalau tidak dihiraukan pada kandungan Sarah, memang Ben akan menyuruh Sarah berlatih sehingga dapat.

" I can't. Majlis tu dah nak dekat.  I don't want to ruin your day. " Ucap Sarah perlahan.

Ben memandang Sarah lama. Sebelum tubuh Sarah didakapnya erat.

"Thanks, Sarah. I really love you,sweetie. But, please take it slowly okay?" Bisik Ben di cuping telinga Sarah. Pipi kanan Sarah sempat menjadi mangsa ciuman Ben.

Membulat mata Sarah akibat terkejut. Tidak disangka olehnya untuk menerima kucupan hangat di pipi dari Ben. Tangan laju sahaja menolak tubuh besar Ben.

"Ben! " Jerit Sarah nyaring.

Ben yang bagaikan baru tersedar dari kesilapannya segera menggenggam erat tangan Sarah.

"I'm so sorry, sweetie. That's was my bad habit."

Sarah hanya diam membisu. Masih lagi terkejut dengan keadaan sebentar tadi. Perth sangat bebas sehingga ciuman dianggap perkara biasa. Namun, tidak bagi Sarah.

           ~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

Senyuman tidak lekang di bibir Mika bila mendapat tahu bahawa baju pengantin yang ditempahnya bersama Mia sudah siap. Disangkanya baju tersebut akan disiapkan pada minggu hadapan, tau-tau dah kena call suruh ambik.

Memang tak sabar nak bagi kejutan dekat Mia. Biar majlis mereka berlansung lebih awal dari yang telah ditetapkan.

Nak bagitahu mummy? Papa? Huh. Mereka dah tak peduli pasal Mika. Semua keputusan terletak di tangan Mika. Dia berhak melalukan segala-galanya tanpa perlu persetujuan orang tuannya.

Kereta milik Mika laju sahaja diparkingkan di pinggir jalan memandangkan butik pengantin itu hanya berhadapan dengan keretanya dan perlu menyeberang jalan raya besar.

Dengan berhati-hatinya Mika melintas jalan raya setelah melihat kiri dan kanan tidak ada kereta.
Namun, dipersimpangan, terdapat satu kereta hitam laju meluru ke arah Mika.

Bommm!

Tanpa sempat mengelak, Mika jatuh tersungkur. Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Kereta yang melanggar Mika segera memecut laju meninggalkan dia sendirian.

Mika kaku menahan kesakitan. Orang ramai laju sahaja mengelilingi Mika untuk memberi bantuan. Sempat juga salah seorang dari mereka menghubungi ambulance.

Samar-samar pandangan Mika sebelum semuanya menjadi gelap gelita.

"Mampus kau!" Ejek Johari bersama sengihan sinis. Puas hatinya dapat melanggar musuhnya. "Aku harap kau mati cepat. Tapi kalau kau tak mati pun bagus sebab aku masih belum puas nak kenakan kau lagi! Ni baru permulaan Mika, kau dah lemah. Macam manalah Mia tu boleh suka dekat kau? Dasar lemah!"

Mika telah ditempatkan di wad kecemasan. Laju sahaja pihak hospital menghubungi keluarga Mika untuk memberitahu hal tersebut.

Belum sampai 5 minit, Datin Rosnah dan Dato Hamdan telah sampai di hospital dengan muka cemas. Segera mereka ke wad yang menempatkan anak lelaki mereka.

Pintu wad Mika dikuak dari dalam. Terjenggul wajah seorang doktor lelaki yang merawat Mika.

" Macam mana dengan anak saya doktor?" Tanya Datin Rosnah gusar.

" Macam ni, hentakan di kepala mangsa sangat kuat sehingga menerima 15 jahitan. Kemungkinan, mangsa akan koma dan mengalami kerosakkan saraf muka yang dikenali sebagai Bells Palsy. Tapi jangan bimbang, anak puan akan segera sembuh. Kita perlu banyakkan berdoa puan." Terang doktor lelaki itu panjang lebar sebelum meminta diri.

Datin Rosnah yang menahan tangisnya akhirnya pecah juga. Hati ibunya terusik bila mendengar keadaan anak sulungnya.

"Bang, anak kita koma... Mikaaa koma.." Tangis Datin Rosnah teresak-esak. Dato Hamdan segera memeluk isterinya untuk memberikan ketenangan.

"Mikaa...bangun nak. Mummy dan papa datang. Mika bangunlah kejap. Mummy nak sangat berbual dengan Mika. Mummy nak minta maaf sebab dah marah Mika haritu. Maafkan mummy. Mummy sayang sangat kamu, Mika." Ubun-ubun Mika menjadi tempat singahan bibir Datin Rosnah. Dielus-elus dengan lembut jahitan di kepala Mika.

Tanpa mereka sedar, Mika mengalirkan air matanya.

Datin Rosnah segera mengelap air yang berada di pipi Mika.
"Sorry, Mika. Air mata mummy kena kamu. " Ucap Datin Rosnah perlahan.

Seketika, bilik wad Mika di buka. Kelihatan Mia bersama ibunya meluru masuk.
Mia terus memeluk tubuh kaku Mika.

"Mika... Bangunlah. Kenapa tinggalkan sayang? Please wake up"
Digoncang-goncangkan tubuh Mika.

"Anak saya belum lagi mati. Dia tak tinggalkan pun sesiapa." Celah Datin Rosnah. Hatinya menjadi sakit bila anaknya dibuat seperti orang yang tak bernyawa.

Mia menjeling tajam ke arah Datin Rosnah. Bila mendapat cubitan dari ibunya, baru dia menyambung kembali tangisannya.

" Datin, Dato kenalkan saya ib----"

"Bang... Jom kita balik dulu. Ros rasa penat. Petang nanti kita lawat anak kita balik." Potong Datin Rosnah. Dia nampak akan muka menyampah ibu Mia. Dia peduli apa?

Dato Hamdan hanya menuruti isterinya. Sempat dia meminta diri untuk keluar.

" Kurang ajar punya perempuan tua! Dia ingat dia siapa nak palaukan aku?" Hambur ibu Mia, Puan Yaza.

"Rilek lah. Baru dia palaukan mama dah bising. Mia dulu sampai kena caci maki tau tak?"

" Takpe. Harini hari dia, esok-esok hari kita pula." Balas Puan Yaza bersama senyuman sinis.

"Maa, Mia ada tanya jururawat tadi, dia kata Mika akan lumpuh sebelah muka. Eeeee buruklah muka dia nanti. Mia tak nak. Mia jijik."

" kamu kata dia koma je. Kenapa tak bagitau awal-awal yang dia cacat? Kalau mama taulah dia cacat, takdelah mama buang masa nak lawat dia. Tak hingin mama nak ada menantu cacat. Baik kamu dengan Johari. Dia dah kayakan?" Soal Puan Yaza.

"Kaya tu kayalah juga. Tap--"

"Target kamu sekarang ni, Johari. Jangan lepaskan dia Mia." potong Puan Yaza.

Mia hanya menurut. Ingin membantah sama sekali tidak kerana dirinya sudah biasa dipenuhi dengan wang ringgit.

"Maa.. Rosak tak make up Mia? Penat tau Mia berlakon nangis tadi tup-tup kena sindir dengan perempuan tu." Kata Mia tidak puas hati.

" kamu pergilah masuk tandas. Tengok rupa hantu kamu tu."

"Maaaa... Janganlah ejek Mia." Rengek Mia manja.

Mereka lupa bahawa orang koma tidak pekak. Mika telah mendengar semuanya dengan jelas akan keburukkan Mia dan ibunya. Merekalah manusia yang bertopengkan syaitan.









Done..... Hye guys sy telah kembali😂 hehehehe. Rindu tak? Mestilah tak kn...huhuhuhu. sorry klau hambar sebab dah lama tak buat cerita😂....kalau korang nak crita ni cpt update, target korang mestilah vote 40 keatas dan comment 100 jer😂. Byeee

#vote
#comment

HANYA SEMENTARA ✔Where stories live. Discover now