BAB 33.

4.6K 182 10
                                    


Hari aku sekarang ini tidak lagi bermakna seperti hari sebelumnya. Mika masih melayan aku dingin. Lebih dingin dari sebelumnya.

Apa salah aku sebenarnya? Kenapa Mika layan aku macam ni? Aku tak kuat, sebab aku mulai sayang dengan suami aku sendiri, Tengku Mikael.

Perlahan aku berjalan ke bilik Mika untuk mengajaknya makan tengahari memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 12:05.

Pintu itu aku ketuk perlahan.

"Masuk!"

Tanpa banyak bunyi, laju aku masuk ke dalam bilik Mika.
Kelihatan Mika sedang sibuk dengan komputer ribanya sampai tidak melihat ke arah ku. Jeling pun tak.

"Errr...abang. Jom kita lunch." ajak ku sedikit gementar.

Mika menjeling aku tajam. Panahan matanya tepat memanah mata ku bagaikan hendak berkata sesuatu.

"Please be professional. Sini pejabat and make sure Sarah pandai gunakan panggilan yang sepatutnya." perli Mika sebelum menghadap kembali komputernya.

Aku mengigit bibir menahan sakit hati. Memang salah aku sebab tak professional.

"Maaf, Tengku." ucap ku perlahan.

Terus aku berlalu pergi tanpa menunggu balasannya. Mungkin dia memang sengaja tak nak layan aku. Aku batalkan niat ku untuk makan kerana mood aku hancur.

Perut ku dari tadi memulas dan berbunyi. Gara-gara Mika, aku tak dapat makan sebab mood hancur. Aku juga yang kena tanggung akibatnya. 

Sabar ye wahai perut. Kejap lagi dah nak balik, tinggal 20 minit je. Balik nanti, aku isikan banyak makanan.

Tunggu punya tunggu, jam sudah menunjukkan pukul 6.25 p.m. Yayy, masa balik dan time to eat. Ujar ku riang.

Tapi bila teringatkan Mika, berubah terus mood aku. Arhh! Aku kena masuk bilik Mika dan sama-sama balik. Herm...

Tok! Tok!

Tiada sahutan dalam bilik itu.

Sibuk sangat ke Mika sampai tak nak layan aku?

Sekali lagi aku mengetuk pintu pejabat Mika.

Masih tidak ada sahutan.
Mungkin dia tak dengar kot.

Tombol pintu itu aku pulas dan menjengguk ke dalam.
Kosong. Mana Mika?

Tandas dan juga bilik tidur aku masuk. Sama juga tidak ada kelibat Mika. Mana Mika ni?

Shaza. Nama PA kedua Mika menerja minda ku. Mungkin Shaza tau mana Mika pergi.

Ku cari kelibat Shaza di mejanya.
Found it. Nasib Shaza baru hendak mengemaskan meja kerjanya.

"Hyee Shaza." kata ku berbasa basi. Senyuman manis tidak lupa juga ku berikan padanya.

"Ehh, hii Puan Sarah. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya Shaza ramah. Sempat juga dia membalas senyuman ku.

"Tak perlulah nak panggil puan. Panggil je Sarah." kata ku kekok.

Shaza hanya menggangguk mengiyakan.

"Saya nak tanya Shaza sikit. Tengku ada tak bagitau dia dekat mana sekarang ni?"

Shaza menepuk dahinya kuat bila aku menayakan soalan tersebut.

"Sorry Sarah. Shaza lupa nak bagitau Sarah yang Tengku dah balik. Dia kata nanti pandai-pandailah Sarah cari kenderaan sendiri." terpapar riak bersalahnya.

Terkejut aku bila Shaza kata begitu. Sampai hati Mika tinggalkan aku sendirian dekat pejabat. Cecair jernih hampir jatuh ke pipi.
Namun aku tahan sebaik mungkin.

HANYA SEMENTARA ✔Where stories live. Discover now