Pada suatu pagi,seorang remaja lelaki bernama Boboiboy berjalan kaki dari rumah ke kedai atoknya. Perjalanan dari rumah ke kedai agak dekat jadi taklah penat mana.
Boboiboy: Selamat pagi Tok Aba.
Tok Aba: Selamat pagi,awal kau bangun harini. Biasa kalau Ochobot tak kejut kau,kau tak bangun lagi.
Boboiboy: Harini Boboiboy ada quiz matematik tu yang bangun awal harini.
Tok Aba: Patutla.
Tok Aba,pemilik kedai Tok Aba Kokotiam yang popular di Pulau Rintis. Satu Pulau Rintis kenal dengan Tok Aba. Tok Aba Kokotiam juga merupakan pengeluar dan pembekal utama koko di seluruh Pulau Rintis.
Tok Aba: Ha,mana kawan kau si Gopal tu? Kau kan selalu pergi sekolah dengan dia.
Boboiboy: Entahlah. Biasanya waktu macamni dia dah terpacak depan kedai atok dah ni.
Tok Aba: Hhmmm.......... hah! Tu dia sampai dah.( tunjuk ke arah belakang Boboiboy)
Boboiboy menoleh. Ya,kawan baik dia Gopal datang ke arah Boboiboy dalam keadaan rilek.
Gopal: Selamat pagi Boboiboy!
Boboiboy: Selamat pagi.
Gopal duduk di sebelah Boboiboy dan memesan Special Ice Chocolate satu. Sementara tunggu pesanan dia siap,dia bertanya kepada Boboiboy.
Gopal: Weh,kau tengok tak anime semalam?
Boboiboy: Tengok. Memang best giler!!
Gopal: Kan!!! Nanti balik sekolah kita tengok sama-sama nak?
Boboiboy: Hah! Ok jugak tu.
Boboiboy dah terjebak ke dalam dunia anime disebabkan Gopal. Sekarang ni dia kaki anime dan dah menonton banyak siri anime-anime yang popular.
Tok Aba: Ha, nak tengok boleh. Tapi jangan sampai abaikan pelajaran,faham?
B&G: Faham tok.
Tok Aba: Baguslah macam tu. Nah, order kau dah siap!
Gopal: Terima kasih Tok Aba!
Gopal makan coklat dia dengan penuh berselera sementara Boboiboy hanya makan roti bakar dengan coklat panas.
SKIP DI SEKOLAH
Boboiboy dan Gopal tiba agak awal ke sekolah memandangka harini ada quiz matematik dengan cikgu kebenaran,Papazola.
Gopal: Dey Boboiboy nanti tolong aku hafal formula matematik tau.
Boboiboy: Boleh. Formula tingkatan 4 atau 5?
*Dalam fanfic ni,Boboiboy dan kawan-kawan dia semua berumur 17 tahun. Dah nak SPM dah.*
Ketika mereka berdua sedang mengulangkaji pelajaran, dua orang budak perempuan masuk ke kelas. Mereka adalah Yaya dan Ying sahabat baik Boboiboy dan Gopal.
Y&Y: Selamat pagi!
B&G: Srlamat pagi!
Yaya: Awal betul korang berdua harini.
Ying: Yalor,tidak pukul 7.40 baru nampak batang hidung.
Gopal: Aku taknak kena marah dengan appa aku sebab gagal quiz ni nanti. Tu yang aku ajak Boboiboy datang awal harini.
Boboiboy: Sebab kau taknak nanti tak boleh tengok anime lagi kan?
Gopal: Ha,tau takpe!
Yaya: Patutlah gred kau kebelakangan ni semakin meningkat. Kau ada motivasi kau rupanya.
Ying: Manyak bagus. Tapikan jangan sampai pelajaran kau terabai drbab anime tau.
Gopal: Ye aku tahu.
Krrrrriinggggg!!!
Yaya: Oklah, aku nak pergi jaga pagar kejap. Korang sambunglah ulangkaji.
Lalu Yaya meletakkan beg sekolahnya di atas mejanya dan berjalam ke arah pagar dengan buku nota dan pen biri-biri.
Ying: Jomlah kita ulangkaji sama-sama.
B&G: Jom!
SKIP QUIZ
Kini Boboiboy dan kawan-kawannya berada di kantin selepas quiz matematik.
Gopal: Quiz dah habis. Aku nak balik tengok anime puas-puas!!!
Boboiboy: Sama *thumbs up*
Ying; Korang tengok anime apa?
Gopal: Ini anime yang popular! Paling feymes! Bernama Tensei Shitara Slime Datta Ken!!!
Yaya: Serius!?! Aku pun tengok anime tu. Seronok lah!
Boboiboy: Memang pun! Aku rasa kalau aku jadi macam dia,memang aku eksaitet sangat sebab boleh keluarkan skil yang unik dan amazing!!!
Gopal: Tapi kau kan dah ada Manipulasi Elemental. Buat apa nak kuasa banyak macam watak utama citer tu?
Boboiboy: Hehehehe,saja.
Ying: Tapi kan,cakap pasal anime bukan Fang pun minat jugak ka dengan siri Railgun tu?
Boboiboy: Haah.......kejap. Mana Fang?
Yaya: Dia ada di bilik kaunseling dengan cikgu yang lain. Dia kan ahli jawatankuasa macam aku?
Gopal: Haah. Betul jugak tu. Dah tu, donut lobak merah ni macam mana? Aku beli tiga untuk dia ni.
Ketiga-tiga mereka terkejut Gopal baik sangat belikan donut untuk si Fang ni. Ada apa yang dia rancangkan agaknya?
Boboiboy: Baik betul kau belanja dia makan donut lobak merah ni. Ni mesti ada apa-apa ni.
Gopal: Dey mana ada. Aku cuma nak berbaik dengan dia jelah.
Ying: Yelah tu.*ternampak Fang* Weh tu Fang dah datang.
Semua orang tengok. Fang dah sampai dengan keadaan berbalut-balut. Muka dia nampak penat dan baju dia sedikit terkoyak.
Boboiboy: Apa jadi kat kau Fang? Berbalu satu badan kau ni.
Fang: Takde apa. Tadi waktu aku kemas bilik kaunseling ada kotak lama jatuh atas aku. Kotak tu pulak berat,aku tolak kotak tu ke tepi dan buka. Penuh dengan trofi dan pingat sekolah punya.
Yaya: Patutlah.
Fang: Hmm. Dahla aku nak pergi beli........
Gopal: Donut lobak merah? Aku dah belikan untuk kau dah.*hulurkan donut dekat Fang*
Fang(•0•) Kau serius la ni!!?
Gopal: Yela,kenapa taknak? Taknak takpe.
Fang terus rampas donut tersebut dan makan dengan berselera sekali seperti tiada esok lagi.
Fang: Therima khasih Gopal*mulut penuh*
Yaya: Tak baiklah cakap mulut penuh.
Gopal: Takpe. Tapi aku nak tanya.
Fang: Apedia?
Gopal: Pinjam semua siri Railgun kau boleh?
Yaya,Ying dan Boboiboy terus anime fall mendengar kata-kata Gopal. Memang ada udang di sebalik batu ni.
Fang hanya mengangguk dan Gopal terus melompat gembira sebab dapat tengok siri anime Railgun.
Boboiboy: Terbalik.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: ENTER MAGIC REALM
FanfictionBoboiboy tiba-tiba mati dan dilahirkan ke dunia lain. Dunia penuh magis dan fantasi yang bakal ditempuhi. Nama anime yang author gunapakai untuk fanfic ni: -Tensei Shitara Slime Datta Ken -In Another World With My Smartphone -Kuma Kuma Kuma Bear Dan...