Beruang: Tolong selamatkan ayah saya.
BBB+Elementals: Hah?!?
Permintaan beruang tu agak mengejutkan mereka. Beruang tu menangis teresak-esak. Mereka rasa kasihan pulak pada dia. Mereka turunkan dan simpan senjata mereka. Boboiboy menghampiri beruang tu dan melutut lalu mengusap belakangnya.
Boboiboy: Boleh kami tahu,kenapa?
Beruang: Sniff....sniff. Sebenarnya saya ni anak kepada Bear Lord,ayah saya.
Mereka terkejut mendengar pernyataan tersebut.
Boboiboy: Apa dah jadi sebenarnya?
Beruang: Sebenarnya,kami puak Bloody Bear memang puak yang hebat berperang. Tapi kami bukan hidup dengan senang. Kami pernah diburu untuk dijadikan hamba,atau untuk ambil daging dan bulu kami. Malah,kami juga menghadapi bencana alam yang menyebabkan kami hidup berpindah-randah. Tapi datang seseorang untuk tolong kami
Gempa: Siapa?
Beruang: Demon Lord Jester.
Mereka semua terkaku bila dengar Demon Lord. Demon Lord wujud di dunia ni?!
Beruang: Tapi dia selamatkan kami dengan syarat,ayah saya kena jadi Bear Lord dan berikan dia kristal berwarna hijau gelap. Bila ayah saya letak kristal tu di dadanya,dia terus berubah. Mereka yang lain pun sama. Mereka tak fikir perkara lain selain 'untuk raja mereka'. Saya seorang je yang normal.
Taufan: macam mana boleh jadi macam tu?
Beruang: Tak tahu. Tapi mereka semua dah berubah. Mereka makan semua yang di laluan mereka. Tak kira siapa atau apa.
Mereka melihat sesama sendiri. Mereka kalau boleh tak nak tanya tentang puak Night Cat tapi mereka gagahkan.
Halilintar: Kalau semua yang berada di laluan mereka,adakah itu termasuk puak Night Cat?
Beruang: Ya.
Mereka terdiam. Jadi memang betulah yang mereka yang lain dah tiada. Semuanya sebab Bear Lord. Tapi yang mengawalnya adalah....
Demon Lord Jester
Boboiboy dan Elementals tak kata apa. Bayangan menutup mata mereka dan angin bertiup lembut. Mereka tak berkata apa.
Beruang: Tolonglah. Tolong saya.
Beruang tu terus menunduk dan merayu untuk ayahnya diselamatkan. Dia rasa kalau mereka mungkin ayahnya akan diselamatkan.
Beruang: Saya akan buat apa saja. Tolonglah selamatkan ayah saya.
Mereka hanya melihat beruang tu merayu. Boboiboy yang melutut di hadapannya bertanya
Boboiboy: Kalau kami bantu kamu,apa yang kamu boleh beri pada kami?
Elementals tak sangka yang Boboiboy akan tanya soalan macam tu.
Gempa:B-Boboiboy!
Boboiboy: Tak. Dengar dulu.
Boboiboy memegang bahu beruang tu.
Boboiboy: Saya tanya cuma nak tahu. Saya takkan minta kalau ia di luar kemampuan kamu. Kalau kamu mampu,saya tak kisah.
Beruang: S-Saya akan berikan kamu kesetiaan saya! Bukan saya je,puak saya juga. Tolonglah!
Beruang tu menunduk dan merayu. Dia tak kisah kalau dia dijadikan hamba asalkan ayahnya selamat.
Boboiboy: Baiklah.
Beruang: Hah?
Boboiboy: Saya terima kalau kamu nak sumpah setia kepada saya tapi saya nak kamu berbincang dengan puak kamu dulu. Selepas itu,baru kamu bercakap dengan saya.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: ENTER MAGIC REALM
FanfictionBoboiboy tiba-tiba mati dan dilahirkan ke dunia lain. Dunia penuh magis dan fantasi yang bakal ditempuhi. Nama anime yang author gunapakai untuk fanfic ni: -Tensei Shitara Slime Datta Ken -In Another World With My Smartphone -Kuma Kuma Kuma Bear Dan...