BERLATIH

593 53 4
                                    

Boboiboy kini berada di tempat latihan askar diraja. Dia berada di sana atas arahan R.Crom supaya berlatih dengan askar yang lain untuk selamatkan puterinya. Tapi dia rasa menyesal.

Boboiboy: macam mana boleh jadi macam ni?

BEBERAPA MINIT YANG LALU

Boboiboy: Selamatkan puteri tuanku?

R.Crom: Ya. Beta nak kamu selamatkan dia.

Boboiboy: Apa yang dah jadi pada puteri tuanku?

R.Crom: Begini. Dua minggu yang lepas,puteri beta keluar dengan beberapa pengawal untuk berlatih di hutan. Tapi selepas 3 hari,hanya seorang pengawal saja yang pulang. Itu pun dengan kecederaan yang teruk. Dia beritahu kami yang puteri beta,Fiona telah ditangkap oleh sekumpulan raksaksa. Jadi kami sekarang sedang bersiap sedia untuk menyelamatkannya.

Boboiboy: Oohhh. Tapi,kenapa rakyat kingdom ni nampak macam rilek je?

R.Crom: Sebab beta tak nak mereka risau. Beta nak mereka yang cukup kuat saja untuk selamatkannya sebab raksaksa ni bukan raksaksa biasa. Ianya raksaksa dengan tahap bahaya Goliath.

Boboiboy: Raksaksa tahap Goliath? Raksaksa apa?

R.Crom: Dinocrawl.

Boboiboy: Dinocrawl?

R.Crom: Ianya raksaksa yang hidup berkumpulan. Apa yang buatkan mereka merbahaya bukan sebab kekuatan mereka saja,malah mereka mampu bercakap dan berfikir macam manusia.

Boboiboy: Tapi kenapa saya?

R.Crom: Sebab bukan mudah untuk jumpa dengan orang memiliki semua magik elemental dan boleh gunakan Null Magic sekali. Jadi,beta nak kamu yang selesaikan misi ni. Kalau kamu berjaya,beta akan berikan apa saja yang kamu nak.

Boboiboy berfikir sama ada nak terima tak tawaran itu. Tapi kalau dia terima tawaran tu,dia mungkin boleh belajar lebih lagi tentang dunia ni.

Boboiboy: Baiklah,saya terima.

R.Crom: Bagus! Sekarang saya nak kamu ikut saya ke tempat latihan tentera. Saya nak tengok sejauh mana kekuatan kamu.

Boboiboy: Baiklah tuanku!

R.Crom: Tak perlu nak berformal sangat bila kita berdua je. Saya benarkan.

Boboiboy: Baik.

R.Crom: Baik,jom kita pergi.

Boboiboy: Tapi kawan saya tu?

R.Crom: Jangan risau,saya tahu apa nak buat.

Dan sebab tulah Boboiboy berada di tempat latihan askar diraja. Casey pulak R.Crom suruh empat orang pengawal iringi dia ke kafeteria istana. Nak buat dia leka dengan makanan yang dimasak di sana la tu. Dan Boboiboy pulak rasa menyesal setuju dengan R.crom sebab orang di dunia ni macam tengok luaran orang je.

R.Crom: Semua,beta nak kamu jumpa dengan rakan baru kita. Nama dia Boboiboy.

Semua askar yang berada di depan R.Crom macam nak tergelak dengar nama Boboiboy. Yang Boboiboy pulak redho je lah.

R.Crom: Dia akan ikut kita untuk selamatkan puteri beta. Jadi beta nak kamu semua layan dia dengan baik.

Askar yang dengar itu semua terkejut sebab budak macam dia akan ikut mereka selamatkan puteri Fiona.

Askar#1: Tapi tuanku,dia cuma budak. Patik rasa macam dia akan memperlahankan tugas kita.

Askar#2: Patik pulak risau kalau budak ni mati kena baham raksaksa je tuanku.

Semua askar pakat gelak dengar ayat tu. Ya lah,mereka anggap yang Boboiboy ni budak biasa je. Mereka belum tahu lagi langit tinggi ke rendah.

R.Crom: Kalau kamu kata macam tu,apa kata kamu semua lawan dengan dia?

BOBOIBOY: ENTER MAGIC REALMWhere stories live. Discover now