Bobooboy dan Elementals dah munculkan diri mereka. R.Crom dan Fiona tersenyum sebab bantuan mereka dah sampai.
Boboiboy: Maaflah lama menunggu. Kamu macam mana Zen?
Zen: Saya okay je.
Gempa: Baguslah macam tu.
Gelf dan Ido masih terkejut dengan kedatangan mereka ni. Terjun dari langit tiba-tiba dan berlagak macam di rumah kawan mereka.
Gelf: Woi! Korang ni siapa?!
Boboiboy: Bukan sesiapa pun. Cuma bantuan.
Gelf: Bantuan? Apa yang budak macam korang ni boleh buat?
Zen dan yang lain mendengarnya rasa macam 'Kau dah kenapa cakap macam tu?!' tapi Gelf masih tak tahu memang senanglah nak cakap.
Gempa: Kami boleh lawan.
Gelf tergelak besar bila Gempa cakap macam tu.
Gelf: PFT,HAHAHAHAHAHAHA! Lawan?! Badan kurus macam ni boleh lawan?! Cuba kau serang aku! Aku nak tengok.
Gempa: Okey (^_^)
Gempa menghampiri Gelf. Dia berdiri betul di hadapan Gelf. Dia menarik nafas sikit sebelum menumbuk Gelf di bahagian perut. Disebabkan Gelf pandang rendah diorang,Gempa tak tumbuk perlahan. Dia tumbuk sampai Gelf terpelanting jauh dan terseret. Gelf pengsan sebab serangan tu.
Ido yang nampak kejadian tu rasa takut.
Ido: Mustahil! Siapa korang ni?!
Gempa: Macam kami cakap tadi,bantuan.
Ido: "Tch,aku kena berundur!"
Ido cuba untuk lari tapi dia dikepung oleh Taufan dan Halilintar.
Halilintar: Aku tak kisah lelaki ke perempuan,aku akan lawan musuh aku.
Taufan: Dan aku support.
Ido terperangkap. Dia kalau boleh taknak lawan sebab dia tahu kalau dia lawan dia akan kalah. Dia taknak lawan dengan musuh yang memang akan kalahkan dia. Dia terpaksa buat sesuatu.
Ido: Summon!
G,H,T: Huh?!
Tanah bergegar dan muncul tiga makhluk besar. Mata merah,badan mereput di beberapa bahagian dan nampak tulang. Mereka tak bernafas tapi mereka ada gigi tajam.
Gempa: Apakah?
Ido: Zombie! Korang lawan untuk aku!
Ido melarikan diri selepas memanggil zombie untuk berlawan. Gempa,Halilintar dan Taufan lawan dengan zombie-zombie tu. Boboiboy nak tolong.
Boboiboy:Korang!
Gempa: Takpe! Kitorang boleh handle!
Boboiboy: Hah?!
Halilintar: Jangan risau! Kau pergi tolong yang lain!
Boboiboy: B-Baiklah!
Boboiboy meninggalkan mereka berlawan dengan zombie tu. Dia berlari untuk berjumpa dengan R.Crom tapi segerombolan tentera beruang menghalang jalannya.
Boboiboy: Tepi!
Beruang: Kalau kitorang taknak?!
Boboiboy tak cakap apa dah,dia teruskan berlari. Beruang tu semua nak halang dia tapi bila Boboiboy datang dekat
Boboiboy: Tepi.
Dia rempuh semua beruang tu macam takde apa. Dia teruskan berlari dan sepanjang dia berlari semua yang menghalang dia tercampak ke sana sini sebab pertama,kepantasan dia. Dua,kekuatan dia. Beruang tu semua tak dapat nak tahan dia waalu sekejap. R.Crom yang tengok Boboiboy rempuh semua beruang tu untuk sampai kepadanya hanya mampu mengusap kepala.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: ENTER MAGIC REALM
FanfictionBoboiboy tiba-tiba mati dan dilahirkan ke dunia lain. Dunia penuh magis dan fantasi yang bakal ditempuhi. Nama anime yang author gunapakai untuk fanfic ni: -Tensei Shitara Slime Datta Ken -In Another World With My Smartphone -Kuma Kuma Kuma Bear Dan...