Boboiboy tiba di dunia baharu itu. Dia berada di dalam gua batu yang agak gelap.
Boboiboy: Gelapnya gua ni. Fire balls!
Dia mengeluarkan beberapa bebola api untuk menerangi dirinya dan keadaan sekeliling. Dia dapati gua tersebut agak besar dan sejuk serta mempunyai banyak kawasan yang tinggi dan kawasan yang dalam. Dia berfikir apa yang patut dia lakukan sekarang.
Boboiboy: Apa aku nak buat sekarang?
???: Aku tahu!!!
Boboiboy: Waaargghh!!!!!
???: Wei,rilek! Ni aku,Blaze.
Boboiboy: Haih, kurus semangat. Blaze janganlah keluar macamtu je!
Blaze: Eheheheh, sori.
(Boboiboy bukan sahaja boleh mengawal kuasa elemental malah setiap elemental ada badan mereka tersendiri di dalam badan Boboiboy. Sebab tu mereka boleh keluar dan masuk badan Boboiboy atau berbual dalam minda mereka.)
Boboiboy: Apa kau nak buat?
Blaze: Apakata kita teroka gua ni? Mana tahu ada apa-apa ke.
Boboiboy: Haah, betul juga tu.
Blaze: Kan.
Boboiboy: Oklah. Masuk balik Blaze. Kita nak jalan dah ni.
Blaze: Ok boss!!
Blaze pun masuk balik ke dalam badan Boboiboy. Sebaik je dia masuk, Boboioboy terdengar bunyi orang kena ketuk. Dia tahu Blaze kena ketuk dengan elemen Tanah,Gempa sebab keluar mengejut macam tu je. Dia endahkan dan mula berjalan tanpa arah tuju.
Selepas berjalan untuk seketika, Boboiboy sedar dia tidak berasa penat.
Boboiboy: Mungkin ini kesan dari Tok Bers rasanya. Kalau macam tu
Boboiboy cuba melompat dari tempat dia berdiri ke tempat lain. Lompatannya menghasilkan lekuk di tempat dia berpijak dan dia terus berada di bahagian gua yang mempunyai banyak tumbuhan dalam sekelip mata.
Boboiboy: Seriuslah,jauh betul aku lompat*tengok darimana dia melompat* *tengok tempat dia berdiri sekarang* banyaknya tumbuhan. Tumbuhan apa ni eh
Tiba-tiba mata dia mengeluarkan skrin seperti gaming screen dan mula menganalisa tumbuhan tersebut.
Boboiboy: Apa ni? *tengok tumbuhan* ooohhhh nama tumbuhan herba ni hanasaki.
Dia melihat semua herba hanasaki di situ. Banyak juga. Dia terfikir adakah dia patut ambil sedikit atau tidak. Tiba-tiba sesuatu dalam poket seluar dia berbunyi. Smartphone dia berdering menandakan ada panggilan. Dia cepat-cepat mengambil smartphone dia dan periksa. Rupanya T.Bers yang hubunginya.
Boboiboy: Macam mana dia dapat no. aku ni*jawab telefon*
Dalam Talian
T.Bers: Ha Boboiboy. Macam mana dunia baru kamu, seronok?
Boboiboy: Hmmm macam mana tok dapat no. saya ni?
T.Bers: Adalah. Ni tok ada benda nak bagitau. Aspek-aspek magik yang tok berikan tu adalah [Appraisal],[Skill Taker] dan [Mimic]. Tok rasa kamu boleh tahu kan apa kelebihan aspek ni kalau tengok nama je kan?
Boboiboy: Haah. Saya faham lagi dua tapi apa tu[Appraisal]?
T.Bers: Ianya adalah aspek yang membolehkan kamu melihat status seseorang atau benda yang kamu nak.
Boboiboy: Oohhh.........
T.Bers: Oklah, itu je yang tok nak cakap. Kalau ada apa-apa masalah telefon tok ye.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: ENTER MAGIC REALM
FanfictionBoboiboy tiba-tiba mati dan dilahirkan ke dunia lain. Dunia penuh magis dan fantasi yang bakal ditempuhi. Nama anime yang author gunapakai untuk fanfic ni: -Tensei Shitara Slime Datta Ken -In Another World With My Smartphone -Kuma Kuma Kuma Bear Dan...