Chapter 6 : Zewu-jun's regrets

91 3 4
                                    

"Wanyin... kenapa awak tolak lamaran saya?"

Sect leader jiang hanya menatap lelaki berjubah putih di hadapannya ini dengan pandangan kosong. Sebuah pertunangan yang kali ke-3 dilamarkan padanya. Tak ramai orang yang tahu mengenai perikatan pertunangan antara gusu lan dan yummeng jiang. Dan tak ada orang juga yang tahu yang dah dua kali maruahnya sebagai pewaris yummeng jiang tercalar kerana Lan Xichen.

Lelaki ini...

Lelaki ini... dah berkali-kali menjatuhkan maruahnya... merobek hatinya... sehingga dia menjadi lali. Lali dengan permainan tarik tali yang dimainkan oleh Lan Xichen.

Namun dia sendiri hairan. Dia tahu dia sedang disakiti dan dipermainkan... kenapa masih saja dia disini? Membenarkan semua kelakuan dan penghinaan Lan Xichen terhadapnya?

Jauh di sudut hatinya, dia membenci Lan xichen... tapi jauh dari sudut hatinya juga, dia teramat mencintai lelaki ini.

Dia masih ingat kali pertama mereka berdua mengikat tali pertunangan. Dia, Jiang Wanyin... Jiang Cheng saat itu masih berumur 6 tahun manakala Lan Xichen yang baru menjejakkan kaki ke tanah teratai berumur 9 tahun. Mereka berdua masih tidak mengerti apa-apa.

Hanya memahami sebagai teman sepermainan.

Dan dia dengan gembira memanggil Lan xichen dengan panggilan Huan-gege. Dan ketika itu dia dan Lan xichen sangat gembira.

Tapi tak lama kemudian pertunangan itu juga terputus di tengah jalan. Alasannya mereka masih kecil dan masih banyak peluang mereka boleh jumpa kerana perjalanan mereka masih jauh.

Kali kedua mereka mengikat sekali lagi tali pertunangan mereka. Waktu itu Jiang Cheng dan Wei Wuxian belajar di Gusu, dan tanpa disangka-sangka dia dan Lan Xichen terputus lagi di tengah jalan kerana selepas perang sunshot campaign... Lan Xichen tanp rasa bersalah jatuh cinta pada saudara sesumpahnya sendiri Jin Guangyao. Sorlah-olah memori di antara mereka sewaktu kecil dan di Gusu tidak bermakna apa-apa.

Kalau bukan kerana Jiang Yanli yang memujuk mengatakan walau betapa kuat pun kita menggenggam sesuatu itu, kaau ianya tidak memungkinkan untuk kita milikinya....maka ianya akan terlepas jua.

Tapi kalaulah Jiang Yanli tahu pada masa itu bertapa remuknya hati seorang Jiang Cheng... yang selalu menjadi pilihan kedua dan kemudian lebih parah ditinggal begitu sahaja tanpa benarkan hatinya yang terluka itu sembuh terlebih dahulu.
Dan sekarang?

Selepas kejadian di kuil GuanYin dan Lan Xichen mengasingkan dirinya...Sekali lagi?

"Ketua sekte Lan... maruah saya dipijak-pijak, perasaan saya  dipermainkan, Lan xichen, ketika awak perlukan saya saya sentiasa ada untuk awak. Tapi bila awak rasa kehadiran saya membuatkan awak rasa muak, awak buang saya macam tu sahaja.

Lan xichen.... apa yang diberi dan diambil semula, tak perlulah bersusah payah memulangkan kembali lagi. Untuk apa? Kemudian apa? Untuk diambil sekali lagi? Di antara kita hanyalah tinggal kekecewaan dan kemarahan yang terpendam.

Pernah tak awak dengar kita buang air yang sudah pun keruh dan ambil yang jernih? Kenapa kita tak gunakan air yang sama sahaja? Sebabnya sesuatu yang keruh tu susah untuk dijernihkan kembali. Awak faham maksud saya?"

Jiang cheng menelan rasa pahit di tengkoroknya. Mengatakan apa yang terpendam dalam hatinya selama ini pada satu-satunya lelaki yang membuat dia bertahan... dan juga menghancurkan sisa-sisa kepingan di dalam hatinya.

Rasa itu sudah menjadi kaku.

Dia juga rasa Lan Xichen lebih mengerti di antara mereka. Lagipun perasaan itu tidak asing seperti hubungan tiga saudara sesumpah itu.

"Wanyin..."

"Zewujun... tolonglah lebih mengerti perasaan ini... kepercayaan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi dan kemudian disalah guna berkali-kali selepas itu. Dalam banyak-banyak orang...awak seharusnya lebih memahami keadaan saya di sini..."

"Lagipula...bukankah seorang 'Lan' hanya mencintai seorang sahaja sepanjang hayat mereka? Jadi mengapa perlu menyeksa dengan cuba meyakinkan diri sendiri dengan menggunakan saya sebagai pengganti?" Jiang Cheng menghirup tehnya dengan tenang. Perasaan pahit rasa teh dari Guusu ini tersekat pada kerongkongnya. Sama juga seperti perasaannya pada lelaki yang bernama zewujun ini.

Tawar...

Pahit...

Sepertinya perasaan manis di dalam dirinya hanya tertinggal pada kenangan masa lalu yang kian lama semakin pudar oleh kerana masa. Kerana sesungguhnya masa itu juga akan terus berdetik, berputar tanpa menunggu sesiapa pun. Termasuklah dirinya.

'Lupakan semuanya...mari kita terus maju kedepan dan berlagak seperti tiada apa di antara mereka.' Kata-kata terakhir Wei Wuxian yang Jiang Cheng sematkan di dalam hatinya. Apabila perasaan gembira kerana setidaknya hanya wei wuxian dari masa silam Jiang Cheng yang masih hidup.. tetapi shixiongnya juga memilih untuk meninggalkannya.

Ah kenapa dia harus endahkan? Bukankah pengakirannya tetap sama sahaja? A-niang, A-Die, Jie-jie... Wei Wuxian... tiada siapa pun yang akan tetap di sisinya... bukankah diaseharusnya belajar pada kenyataan bahawasanya dia ditakdirkan untuk hidup berseorangan?

"Wanyin... saya tahu awak masih terluka dengan keputusan saya di masa lalu... tapi sekarang saya pasti dengan keputusan saya." Lan Xichen duduk dengan berlutut seolah-olah dia mahu memohon pada Jiang Cheng yang masih duduk kaku di tempatnya terdiam seribu bahasa. Tenggelam dalam tanggapannya sendiri.

Pada akhirnya... sebagai mana kuat pun dia seperti seluruh dunia kultivasi bicarakan...sandu sensshou yang kuat dan bengis...dia tetaplah Jiang Cheng yang pada malam hari selalu merenung jauh di danau teratai miliknya. Meratap dalam kesunyian.... menangis akan kehilangan...tenggelam pada dunia mimpi yang membawanya berjumpa pada orang yang telah tiada.

Berharap pada suatu hari nanti...dia akan bersama dengan mereka....

Apabila masanya akan tiba.

"Maaf zewujun...saya.. terpaksa menolak. Sejujurnya... perasaan itu sudah tiada dan kalau awak bicarakan mengenai ianya baik untuk persekutuan di antara Gusu Lan dan Yummeng Jiang...maka lupakanlah...kerana saya sudah menerima lamaran dari central plain palace."

Kedua mata emas Zewujun membulat, apa maksudnya tu? Wanyin terima lamaran dari General Gu Xiawu? Jadi benarlah kata orang mengenai General Seiryuu dari Istana Syurga melamar Sandu Sensshou?! Tanpa sedar tangan yang berselindung di sebalik jubah putih itu mengepal sehingga kukunya memutih.

Kata-kata itu kalau tidak diguna dengan baik... atau digunakn saat sedang dipengaruhi dengan emosi marah yang memburuk boleh bertukar menjadi racun atau pedang yang tak bermata.

"Jadi betul lah kata orang yang awak jual diri awak pada istana? JADI SEMURAH ITU KAH HARGA DIRI YUMMENG JIANG SAMPAI AWAK SANGGUP LACURKAN DIRI AWAK UNTUK SENTIASA BERADA DI PUNCAK DUNIA KULTIVASI?!"

SLAP!!!

In the past or the future (The Untamed)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang