Notes: please Listen to the song, their lyrics inspired me to do write this scene. *crying* please bear with me for a moment. there's couple chapters of flashback till we get into present time. but I promises not to much. Enjoy~
"Mungkin... Kematian adalah sesuatu yang diharapkan oleh Jiang Cheng"
"berdiam diri itu adalah satu pengkhianatan"
"dan Jiang Cheng mengkhianati dirinya sendiri.. dengan berdiam diri"
Kenapa awak tinggalkan dia?! kenapa awak biarkan A-cheng berkorban untuk awak?!" cengkaman pada kolar zewu-jun terasa semakin ketat. seolah-olah Wei Wuxian memang berniat untuk membunuhnya.
"wei ying!" Hanguang-Jun cuba menghentikan suaminya, namun tak berdaya. Lan Wanji terasa lemah apabila terpaksa berdiri di antara ketegangan abangnya dan Wei Ying.
kejatuhan cloud recesses membuka mata kepada seluruh dunia kultivasi bahawasanya, amaran dari Central plain Palace tidak boleh dipandang remeh. Central Plain Palace secara rasminya lantang bersuara untuk mengisytiharkan perang kepada seluruh dunia kultivasi.
sewaktu central plain palace mengutarakan mandat diraja di dalam kultivasi conference, banyak yang menentang apabila maharaja memutuskan untuk menghapuskan institusi kultivasi dan menubuhkan piagam hak sama rata. tujuannya adalah untuk memberikan nilai kesamarataan dan keamanan sejagat pada rakyat kultivasi dan bukan kultivasi untuk hidup bersama. di dalam piagam itu termaktub ;
1. semua sekte harus dibubarkan, dan jika sekte-sekte ini masih mahu beroperasi, fungsi mereka hanyalah terhad kepada trading, business atau apa-apa perkara lain selain dari berkultivasi.
2.kesemua kultivator harus mengunci dasar inti emas mereka, hal ini untuk menghalang daripada mereka terus berkultivasi secara haram.
bagi siapa yang mengingkar mandat daripada maharaja central plain palace ini, akan dianggap menderhaka, dan dihapuskan serta merta.
Gusu Lan dan sekte-sekte kecil seperti Yao, baling ouyang dan meishan yu membantah piagam ini secara serta merta. bagi Gusu Lan, pembubaran dunia kultivasi hanya akan menyebabkan kehilangan keseimbangan dunia manakala sekte-sekte kecil yang lain menganggap kepentingan sekte mereka akan hilang dan mereka juga akan hilang punca pencarian.
sekte Lanlin Jin, Yummeng Jiang dan Nie memilih jalan neutral atau lebih tepatnya memberi hadiah 'sumbangan' untuk memberikan mereka kelebihan dalam piagam tersebut. bagi mereka menentang mandat daripada central plain palace tidak memberikan apa-apa manfaat.
disebabkan Gusu Lan dianggap menderhaka, makanya central plain palace memerintahkan general terbaik mereka iaitu Genaral Seiryuu (naga biru) untuk melaksanakan pembantaian ke atas Gusu Lan.
Di awal kronologi sebelum pembantaian, Lan Xichen dipaksa untuk menamatkan waktu pengasingan dan membuat perbincangan (lebih kepada sebuah rayuan) empat mata dengan General Seiryuu namun pertemuan tersebut tidak mencapai kata sepakat dan memaksa sandu sensshou pula yang menjadi pengantara. syarat yang akan menguntungkan bagi kedua belah pihak saling dipertimbangkan, namun sebaik sahaja General Seiryuu meletakkan syarat terakhir untuk secara rasminya mengisytiharkan Gusu Lan di bawah naugan central plain...
Zewu-jun menolak sekeras-kerasnya. dan secara tak langsung membuat maharaja murka dan mengisytiharkan perang pada Gusu Lan. Dan dari situ bermulalah pembantaian besar-besaran ke atas Gusu Lan yang telah menyebabkan Gusu Lan menjadi seperti padang tandus yang tidak tersisa akan norma kehidupan yang lainnya.
KAMU SEDANG MEMBACA
In the past or the future (The Untamed)
FanficSummary; Kisah hidup wang zhuocheng yang ditemani oleh kedua sahabat baiknya, Yubin dan Yibo. Mereka bertiga dikenali sebagai the three musketeers di sekolah mereka kerana terkenal menimbulkan masalah di sekolah. Dia juga mempunyai abang yang sangat...