Jin Ling menarik nafas sedalam-dalamnya, dia menatap datar ke arah Hangguan-Jun sehingga Lan Wangji dapat merasai aura kedinginan yang dikeluarkan oleh pemuda itu.
"Central Plain menghantar pampasan sebagai tanda minta maaf tapi..."
"tapi Yummeng Jiang menolaknya..."
Jin Ling mengangguk. Dia mengalihkan pandangannya ke arah kolam teratai tempat kegemaran JiuJiunya. Terasa seperti ada batu yang tersekat di halkumnya. Dadanya terasa sakit.
Sandu Senshou dah tiada...
Jiang Wanyin dah pergi...
Jiujiu, Ah' Ling dah meninggal... pergi jauh meninggalkan dirinya tanpa mengucapkan selamat tinggal.
"Yummeng meminta kepala General Seiryuu sebagai pampasan."
Lan Wangji membulatkan matanya, kenapa Yummeng begitu berani mati cuba mencabar Central Plain Palace?! Tak cukup lagi ke dengan Gusu dijadikan contoh berdarah sebagai akibat mencabar mandat diraja?!
Jin Ling dapat merasakan pandangan menghukum dari Lan Wangji, dia ketawa kecil akan riaksi lelaki itu.
"Orang-orang Yummeng... sentiasa setia. Awak fikir selepas pakcik saya tiada, akan masih ada lagi ke Yummeng? Mereka dah sehidup semati membangunkan Yummeng Jiang bersama dengan pakcik... dari mana mereka datang, dari situ jugalah mereka kembali. Yang lain mungkin berfikir bahawa Yummeng memang berani mati... tapi hakikatnya... siapalah mereka tanpa sandu senshou mereka?"
Jin Ling meneruskannya lagi sebelum Lan Wangji sempat untuk berfikir bahawa semua warga Yummeng sudah menjadi gila sejak kematian ketua sekte mereka.
"Sanggup mati demi orang yang mereka cintai... Yummeng tiada bezanya. Namun sebelum sempat Yummeng membuat persiapan perang dengan Central Plain Palace... General Seiryuu terlebih dahulu membunuh dirinya."
Lan Wangji terkejut. General Gu xiawu membunuh dirinya?! Gu xiawu yang terkenal akan tidak boleh disentuh oleh pihak musuh semasa perang berlaku- akhirnya mati di tangannya sendiri?!
"Di sampingnya tertulis wasiat, kenapa dia membunuh diri. Semuanya adalah kerana seorang sandu senshou."
Lan Wangji menaikkan alisnya. Kenapa dengan Jiang Wanyin?
Jin Ling juga mempunyai riaksi yang sama seperti Lan Wangji sebaik sahaja pengutu diraja menyampaikan berita tersebut bersama dengan wasiat Gu xiawu... dan juga kepalanya. Dia juga tak menyangka, orang yang menyebabkan kematian pakciknya, juga membunuh diri kerana pakciknya.
"ahhh... kalaulah pakcik tahu bahawa di luar sana masih ada orang yang mencintainya selain dari kami... pasti dia akan ketawa kerana tak percaya. namun itulah hakikatnya... Alasan kenapa central plain palace selalu memberikan kelebihan pada Yummeng Jiang adalah kerana General Seiryuu mereka mencintai Jiang Wanyin."
kali ini Lan Wangji benar-benar tidak dapat mengawal ekspresinya. Jelas terpampang pada wajah datar tersebut ekspresi terkejutnya. Jadi adakah ini adalah satu sebab kenapa perjanjian di antara Gusu dan Central plain palace tidak mencapai kata sepakat?
Jin Ling mendengus, sepertinya dia faham apa yang di fikirkan oleh Hangguang-Jun. Lelaki ini, kalau menyangkut mengenai Pakciknya, memang seratus-peratus akan menyalahkan pakciknya biar pun Pakciknya selalu menasihati Jin Ling supaya abaikan tatapan menghukum, kata-kata sindiran dan bahkan pakciknya pernah dipermalukan oleh Lan Wangji di khalayak ramai. Pakcik dia tak pernah ambil peduli, bahkan ketika seluruh dunia meletakkan kesalahan yang dilakukan oleh wei wuxian di atas bahu pakciknya, lelaki berjubah ungu itu hanya menerimanya tanpa berkata apa-apa.
"Berhenti di situ. Dari riaksi awak, saya dah dapat agak awak akan salahkan pakcik saya kan? Nampaknya awak tak pernah tahu akan isi perjanjian Gusu-Plain Palace kan? Bukan... awak cuma tak nak ambik tahu."
KAMU SEDANG MEMBACA
In the past or the future (The Untamed)
Fiksi PenggemarSummary; Kisah hidup wang zhuocheng yang ditemani oleh kedua sahabat baiknya, Yubin dan Yibo. Mereka bertiga dikenali sebagai the three musketeers di sekolah mereka kerana terkenal menimbulkan masalah di sekolah. Dia juga mempunyai abang yang sangat...